3 CARA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN LEMON ESSENTIAL OIL DI DAPUR

 

 

3 cara yang mudah menggunakan Lemon Essential Oil di dapur dan kenapakah Lemon Essential Oil menjadi pilihan yang terbaik?

Aroma Lemon yang menyegarkan boleh meningkatkan tenaga dan menjadikan seseorang lebih kreatif. Kandungan Limonene yang tinggi dalam Lemon Essential Oil bertindak sebagai cleansing dan antibacterial untuk mengurangkan kehadiran bakteria dan meningkatkan sistem imun badan.

Sifat terapeutik dalam Lemon Essential Oil menjadikan ianya pilihan terbaik untuk diaplikasikan di dapur anda.

Gunakan Lemon Essential Oil di dalam Ultrasonic Diffuser

Dengan potongan beberapa keping lemon dapat meningkatkan mood seseorang dan meningkatkan kesegaran dapur anda. Begitu juga dengan menggunakan Lemon Essential Oil dengan beberapa titik di dalam Ultrasonic Diffuser dapat menceriakan suasana dan menjadikan dapur anda lebih hidup dan segar.

Gunakan Lemon Essential Oil untuk Membersihkan Span Basuh Pinggan

Ramai yang tidak sedar span basuh pinggan merupakan salah sat barang yang mudah terdedah kepada bakteria dan sisa makanan yang kotor. Apabila kerap digunakan tanpa dibersihkan, span mudah memindahkan bakteria terdahulu kepada perkakas dapur yang lain.

Mudah sahaja, titikkan 2 titik Lemon Essential Oil pada span basuh pinggan dan biarkan ia semalaman. Atau, sediakan 1 botol spray mengandungi 30 ml air kosong dan titikkan 18 titis Lemon Essential Oil. Goncang dan bole digunakan pada span atau boleh dijadikan sebagai sanititzer untuk membersihkan permukaan dapur dan meja makan.

Gunakan Lemon Essential Oil untuk Membersihkan Papan Pemotong

Papan pemotong banyak digunakan untuk persediaan bahan masakan seperti daging, ikan atau sayur-sayuran. Kehadiran bakteria yang tidak diundang pada papan pemotong boleh menjadikan papan pemotong mudah kotor dan menjadi tempat pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya.

Tititkkan beberapa Lemon Essential Oil pada papan pemotong dan ratakan dengan menggunakan tisu. Seterunya, anda juga boleh menggunakan botol spray yang disediakan. Warna coklat dan kehitaman pada papan pemotong boleh dihilangkan denan menggunakan Lemon Essential Oil kerana adanya sifat cleansing.

Selain daripada kebaikan Lemon Essential Oil yang boleh digunakan untuk kebaikan tubuh badan, ia juga sangat sesuai digunakan di dapur. Sharp, fresh dan sweet, aroma Essential Oil Lemon yang uplifting dan dapat meningkatkan mood happy.

 

Rujukan:
3 Ways to Use Lemon Essential Oil in the Kitchen
https://www.aromahead.com/blog/how-to-use-lemon-essential-oil-in-the-kitchen-acp

 

 

 

 

 

 

 

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required