“3 TIPS UNTUK PASTIKAN BISNES MEROKET SECARA KONSISTEN”

Hakikat kehidupan, kebiasaannya kita akan mula teruja untuk mulakan sesuatu. Pada peringkat awal, keterujaan itu mencetuskan semangat yang luar biasa. Namun begitu, lama kelamaan semangat itu menurun dan kita akan mula kurang konsisten.
 
Nak sentiasa kekal positif tu memang satu cabaran juga. Yelah kita manusia ada emosi yang sentiasa berubah-ubah. Macam dalam bisnes juga, perlu untuk kekal konsisten supaya apa yang telah kita usahakan tidak terhenti setakat itu saja.
 
Cabaran dan halangan yang paling besar sebagai seorang usahawan adalah perasaan nak give up dan putus asa. Sampai rasa satu tahap tak mampu nak teruskan, nak tutup bisnes, nak berhenti berniaga dan give up bila rasa diri tak memberi apa-apa sumbangan.
 
Lebih parah lagi bila kita nampak orang lain berjaya kita terus nak tutup bisnes dan jalankan bisnes sebiji macam orang lain buat. Kalau ada pemikiran macam ni, memang buat apa-apa bisnes pun takkan maju dan konsisten.
 
Seorang pakar Alexander Luria, berkata :
“Otak kita boleh diprogramkan mengikut apa jua kemahuan kita, jika ia dilatih dengan konsisten.”
Dalam bisnes, ‘konsisten’ adalah adalah senjata yang memberi perbezaan antara syarikat yang berjaya dari yang biasa-biasa sahaja.
 
Usahawan yang bijak takkan biarkan bisnes yang diusahakan terkandas dan buat sales hanya cukup-cukup makan sahaja. Jadi sebelum bisnes anda menjadi lebih parah adalah penting untuk anda tahu
 
 “5 TIPS UNTUK PASTIKAN BISNES MEROKET SECARA KONSISTEN” yang saya nak kongsikan ini.
 
1. Perbetulkan NIAT dan INGAT Kenapa Kita Bermula?
 
Tanya diri sendiri apa niat anda. Konsistensi memerlukan sebab yang jelas kenapa anda perlu buat apa yang anda mahu lakukan.
 
Kebanyakan usahawan berniaga dah berpuluh tahun tetapi bila dugaan tu datang pada dia, terus tak tahu nak buat apa, rasa nak give up dalam bisnes. Kenapa anda nak kurung diri dalam rasa nak give up ni sedangkan banyak lagi kejayaan dalam bisnes yang anda belum capai.
 
Usahawan yang nak berjaya dalam bisnes wajib ada mindset dan emosi yang luar biasa. Bila ada rasa nak give up je usahawan kena cepat-cepat ingat kenapa anda bermula, apa matlamat yang nak capai, siapa yang anda boleh gembirakan dan kehidupan siapa yang anda boleh baiki. Sebab kenapa kita BERMULA lebih penting daripada rasa kita nak give up.
 
Semakin kritikal “BIG WHY” anda, semakin  membakar semangat anda untuk terus istiqamah.
 
 2. Tetapkan matlamat yang spesifik dan realistik.
 
Kita kena jelas apa yang mahu dicapai. Ramai orang biasa letakkan matlamat seperti mahu kaya. Matlamat sebegini tidak jelas. Bila ada sasaran yang jelas, kita akan secara tidak langsung memaksa diri untuk bekerja keras mencapainya.
 
Saya bagi contoh yang tidak spesifik : Berjaya mencapai jualan lebih baik.
Dan contoh yang lebih spesifik :
Berjaya mencapai jualan sehingga RM 50k sebulan dengan 125 orang pelanggan.
Kemudian elak tetapkan yang terlalu tinggi angkanya. Ia akan memberi halangan untuk kita kekal konsisten.
 
Manusia yang tidak ada impian dan matlamat dalam hidup ni umpama hidup kosong, gelap dan hidup tanpa arah tujuan. Buat lah apa-apa pun memang akan STUCK pada satu level yang biasa-biasa sahaja sebab hidup hanya sekadar hidup.
 
Setiap orang WAJIB untuk merangka impian dan ada momentum yang berterusan untuk capai impian. Baru lah boleh terus meroket dalam bisnes yang diusahakan.
 
Kalau patah semangat dan ada rasa nak give up, terus ingat apa impian yang anda nak capai.
 
 
 
3. FOKUS KEPADA YANG UTAMA
 
Orang yang tamak selalu rugi. Kita biasa dengar pepatah ini, tapi tidak semua daripada kita dapat laksanakannya.
 
Kita terbiasa untuk multitask. Ada masanya tidak salah untuk multitask, tetapi jika ia melibatkan satu battle yang besar, ia perlukan fokus dari segenap sudut.
 
Pernah tak biasa dengar orang sekeliling kita buka satu bisnes, selang beberapa tempoh buka bisnes yang lain dan akhirnya gulung tikar? Keadaan ini berlaku sebab ketiadaan fokus yang utama.. 
 
Ramai usahawan yang baru naik akan diuji dengan peluang demi peluang untuk buat duit. Berwaspadalah kerana memajukan sebuah bisnes sudah cukup sukar kerana perlukan perhatian sepenuhnya terutama di peringkat mula, bagaimana mungkin untuk bahagikan fokus kepada bisnes lain?
 
Ingatlah bahawa, “Konsisten itu adalah Fokus!”
Bila kita mula fokus mengejar matlamat utama dalam bisnes, kejayaan itu sendiri akan hadir tanpa perlu dijemput.
 
Usahawan perlu ingat pengukur kejayaan dalam bisnes bukan siapa yang paling laju meroket tetapi siapa yang konsisten berusaha dan kekalkan momentum untuk capai kejayaan dalam bisnes..Ruang dan peluang dah ada, anda cuma perlu berikan masa dan komitmen jer. InsyaAllah anda akan nampak jalannya… 
 
 
Anda ingin lihat lebih banyak tips dan motivasi bisnes secara konsisten?
Boleh terus tekan link  di bawah untuk info lanjut☟☟☟
 
#narinarsquad
#usahawannarinar
#jomberjayabersamanarinar
 
 
 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required