“4 SILAP BESAR USAHAWAN BUAT DALAM SOCIAL MEDIA MARKETING”

Dunia online sekarang ini kita selalu nampak ramai usahawan menggunakan social media sebagai platform utama untuk marketing. Betul ke betul?

Kenapa tak  buat jer offline macam dulu?  Sebab dunia digital sekarang ni, ramai masyarakat yang gunakan social media seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain lebih-lebih lagi ketika musim Covid19 ini. 

Yang suri rumah sudah confirm duduk rumah scroll telefon.. Yang bekerja pun masih scroll social media untuk membeli. Nak keluar rumah pun takut sekarang dengan wabak covid19 ni. Jadi untuk lebih dekat dengan bakal prospek, usahawan nampak potensi yang besar untuk grow dan ambil peluang dengan menggunakan social media marketing untuk berbisnes. 

Social media marketing ini bagusnya boleh membuatkan perniagaan anda berkembang dengan baik. Tapi dalam masa yang sama juga boleh membuatkan perniagaan anda jatuh sekelip mata sahaja.  Kenapa ianya boleh membuatkan perniagaan anda jatuh? Kerana social media marketing ini meluas dan ada banyak pantang larang yang anda perlu elakkan supaya tidak menganggu bisnes anda untuk grow. 

Jom saya kongsikan “4 SILAP BESAR USAHAWAN BUAT DALAM SOCIAL MEDIA MARKETING.

 

1. TAK KONSISTEN POSTING CONTENT

Dalam bisnes, tiada benda yang datang bergolek . Semua perkara perlukan usaha . Hasilnya pula akan bergantung kepada berapa besar usaha yang anda letakkan .

Dah nama pun posting content. Kalau tak konsisten posting, rasa-rasa ada ke orang yang tertarik nak membeli? Confirm takde kan… Jadi, anda wajib kerap posting content yang menarik… Tak boleh seminggu 2x ajer tau!..Sekurang-kurangnya 1x sehari..Lebih baik dan afdhal 3x sehari. Supaya prospek kerap nampak kewujudan anda. Dan mula percaya atas produk yang anda nak jual. 

Tak boleh dinafikan realiti sebenar buat content dan urus social media channel yang  ada bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya memerlukan banyak masa dan usaha untuk hasilkan result yang luar biasa. Dan inilah antara sebab banyak perniagaan yang gagal . Tapi beruntungnya zaman sekarang ini, banyak tools yang boleh digunakan untuk update content dengan pantas dan teratur. Sebagai contoh untuk posting anda boleh guna HootsuiteBuffer dan Sprout Social dan banyak lagi. . Jadi, ianya bukan pengahalang untuk anda kekal maju dalam bisnes. Terus buat dan konsisten okeyh!

 




2.TAK RESPON PADA KOMEN PROSPEK

Percaya tak sebenarnya melalui cara anda respon di komen sahaja pun boleh bantu bina networking, engagement dan gain trust tau!  Reply yang relevan, santun dan menjawab kepada persoalan prospek. Bukan yang merepek ya! 

Jika anda sedar, bisnes kecil yang baru nak grow. Sangat penting untuk jaga prospek dari awal. Bukannya tiada respon.. Sebab nanti akan memberi kesan pada prospek muncul rasa bosan dan lari.. Even brand besar mcm “Watson”tu pun respon komen-komen customer.. Barulah audiens rasa happy dan dihargai..Nampak tak macam mana mereka jaga customer journey dengan baik.. Jadi, wajib untuk rajin reply komen okay?

Anda perlu bijak memberi maklum balas sama ada dapat komen yang baik ataupun buruk. Bakal prospek suka apabila kita memberikan maklum balas kerana ia memberi gambaran sejauh mana perniagaan kita mesra pelanggan. Lagi cepat anda balas, lagi tinggi peluang anda untuk menukar prospek menjadi pelanggan atau menjadikan pelanggan tersebut pelanggan yang setia selamanya. 

Ada kajian yang mengatakan, 71% pelanggan yang ada pengalaman jual beli yang baik dengan perniagaan anda akan mencadangkan perniagaan anda kepada orang lain.Wowww. Luar biasa kann!

 

3.GAMBAR TAK MENARIK MINAT PELANGGAN

Oh No,no,no! Kajian menunjukkan 80% org stop scrolling dan fokus melihat pada posting kita sebab ada gambar/video yg menarik  dan jelas penyampaiannya..Jika posting sekadar ala kadar jer ibarat melepaskan batuk di tangga, jangan pelik pulak ya kenapa prospek tak muncul-muncul. 

Ini hakikat sebenar yang perlu difahami untuk grab attention audience bila anda decide untuk engage dalam social media marketing. Gambar yang anda nak post tu pun tak boleh nampak amateur ! Cuba edit sikit supaya nampak lebih menarik untuk dilihat. Barulah berduyun prospek datang. Boleh ke boleh?

 


4. TIDAK MENGOPTIMUMKAN KANDUNGAN UNTUK SETIAP PLATFORM

Setiap social media adalah berlainan cara untuk marketing. Sebagai contoh, hashtags sesuai digunakan di Instagram tapi di social media lain tidak sesuai, jumlah perkataan di Instagram tidak sama di Tiktok. Dan begitu juga dengan social media yang lain-lain. Anda wajib tahu perbezaan gaya social media marketing di setiap platform social media yang ada.

Social media marketing bukan setakat sign up, log in dan posting biasa sahaja malah lebih daripada itu. Banyak kerja yang perlu dilakukan dalam social media marketing tetapi ianya sangat berbaloi. Jangan berhenti cari ilmu dan cuba apply supaya dapat belajar dan improve dari semasa ke semasa. Apply concept “TRY AND ADJUST”.Selamat mencuba!

Nak Lebih Banyak Tips Bina  Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>> https://t.me/Bisneszero2hero  untuk info lanjut .

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawannarinar
#jomberjayabersamaNarinar

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required