“5 RACUN UTAMA YANG MENJADI PENGHALANG SESEORANG BERJAYA”

Setiap orang mesti mempunyai impian untuk berjaya. Untuk mencapai kejayaan pasti banyak halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi. Ianya bukanlah satu jalan yang mudah sebelum boleh menjadi seorang insan yang berjaya. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan dari jiwa.

Adakalanya dalam perjuangan itu, pasti ada yang berputus asa sebelum mencapai apa yang diimpikan. Ingatlah, tiada kejayaan tanpa usaha dan semangat yang kuat. Hati dan mental perlu kuat untuk menghadapi halangan-halangan yang timbul dalam usaha dan perjalanan untuk mencapai apa yang diimpikan.

Jom bongkarkan bersama antara “5 RACUN UTAMA YANG MENJADI PENGHALANG SESEORANG BERJAYA”

 

 

 

1. SUKA MEMBERI ALASAN

Ketahuilah bahawa alasan akan menutup segala pintu jalan yang terbuka untuk kecapi impian. Bahaya nya penyakit alasan ini akan membuatkan anda berhenti berusaha dan melumpuhkan setiap pemikiran baik anda. Pernah dengar kan pepatah melayu ada sebut “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ?. Dalih ini merupakan racun utama yang bakal menghalang setiap peluang kejayaan yang ada di depan mata.

 

Ubah diri buang penyakit alasan ini. Percayalah alasan tidak akan membawa ke mana-mana. Orang berjaya akan mencari 1001 jalan tetapi orang malas akan mencari 1001 alasan. Anda boleh fikir dan pilih  jalan mana  yang terbaik untuk membawa ke jalan kejayaan.. Renung-renungkan dan terus bertindak.

 

 

2. SIFAT SUKA BERTANGGUH

Sifat suka bertangguh ini adalah musuh nombor 1  yang muncul menjadi penghalang untuk yang  betul betul nak ubah nasib hidup menjadi orang berjaya. Malah ianya sikap yang turut menghalang kita dari mula lakukan tindakan awal. 

Pernah ke nampak orang suka bertangguh ni capai kejayaan? Mesti tak pernah nampak kan? Rasa-rasa sebab apa dan apa kesannya? Realitinya suka bertangguh ini  membuatkan hidup anda menjadi kurang produktif. Contoh mudah dalam aspek kerja, seseorang itu akan sengaja melambatkan respon gerak kerjanya dan last minute sehingga menunjukkan hasil kerja yang hanya alar kadar sahaja. Ibarat melepaskan batuk di tangga. Faham kan?

Islam sendiri meletakkan asas yang kukuh dalam menghasilkan kerja yang berkualiti berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan, maka kamu akan melakukannya dengan itqan (sungguh-sungguh).” (Riwayat al-Tabrani) 

Nampak kan? Betapa pentingnya untuk amanah dan bersungguh-sungguh dalam apa jua kerja yang dilakukan.. Kerana ia merupakan tanda awal dalam membentuk anda menjadi insan yang berjaya.

 

 

3. DIKELILINGI CIRCLE YANG NEGATIF (TOXIC)

Kata orang tua, kalau nak bau wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi. Sama juga kalau nak berjaya, dekatilah dengan circle kawan-kawan yang sama-sama ingin berjaya. Kawan yang positif akan membentuk cara pemikiran yang positif selalu. Hanya circle yang positif sahaja akan membawa anda kenal erti kejayaan sebenar.

Tapi berapa ramai  diluar sana yang gagal di tengah jalan disebabkan oleh pengaruh rakan yang toxic?  Hakikatnya dikelilingi circle yang negatif ini akan melunturkan keazaman yang ada dan impian anda lenyap begitu sahaja. Inilah yang berlaku dalam dunia kini. Bukakan mata dan sedarlah!

Circle akan saling mempengaruhi. Kalau kita mampu mempengaruhi, maka boleh la bertahan tetapi kebanyakan orang berada pada ‘state’ dipengaruhi. Maka tingggalkan dan kurangkanlah masa kita bersama mereka yang penuh dengan negativity. Anda pasti boleh!

 

 

 

4. KURANG ILMU PENGETAHUAN

Ilmu amatlah penting dalam kehidupan harian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan mereka. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia.

Ramai orang ada peluang untuk berjaya. Tetapi atas kerana malas untuk menimba lebih banyak ilmu pengetahuan dalam bidang yang ingin diceburinya. Impian lebur menjadi angan-angan sahaja. Jangan pernah berhenti belajar. Kejayaan akan datang bagi orang yang tidak pernah penat mencari ilmu. Perlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ia penting untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup.

Dengan ilmu, seseorang mampu melakukan hal yang dianggap bermanfaat bagi dirinya dan orang lain melalui pengetahuan yang dimiliki. Manfaat ilmu tidak hanya dirasakan individu itu sahaja bahkan masyarakat sekitarnya akan mendapat percikan manfaat dari ilmu yang dimiliki seseorang. Ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang itu juga memberikan manfaat jika disebarkan kepada orang lain. 

 

 

5. TIDAK ISTIQAMAH (KONSISTEN) DALAM BERUSAHA

Di manakah letaknya makna kejayaan jika istiqamah tiada dalam usaha anda? Konsistensi ialah penentu kepada sebarapa besar tahap kejayaan yang bakal anda kecapi. Lebih baik anda lakukan sedikit demi sedikit secara berterusan daripada hanya lakukan sekali sekala sahaja. Inilah yang diajarkan  Islam  dalam berusaha.

Ibarat anda banyak membaca harini untuk peperiksaan anda tetapi esok lusa anda tak amalkan. Pada akhirnya anda lupa apa yang dipelajari. Percayalah akal manusia perlu diasah setiap hari. Belakang parang pun jika diasah sekali sahaja tajamnya jauh beza dengan mereka yang mengasahnya setiap hari. Dapat sesuatu?

Lega sangat dapat kongsi banyak ilmu hari ini. Padat dengan info yang berguna. Moga bermanfaat buat semua.

 

Nak Lebih Banyak Tips Bina  Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>> https://t.me/Bisneszero2hero  untuk info lanjut .

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawannarinar
#jomberjayabersamaNarinar

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required