“5 WIN TIPS TAWAN HATI PELANGGAN”

Setiap perniagaan yang diusahakan mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya. Namun, untuk menjadikan perniagaan itu berjaya anda sebagai usahawan harus bijak bagaimana ingin mengambil hati pelanggan. Supaya mereka merasa seronok ketika berurusan dengan kita.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, anda perlu menjadi seorang yang produktif dan sentiasa bergerak pantas untuk merebut peluang apa sahaja yang ada. Dalam usaha mendapatkan kejayaan, penting untuk anda tahu bagaimana cara yang berkesan untuk menarik perhatian pelanggan. Lantas menjadikan mereka sebagai pelanggan yang setia terhadap produk yang anda jual. 

Jadi, harini saya akan kongsikan “5 WIN TIPS TAWAN HATI PELANGGAN” dalam membantu anda semua buat jualan dengan berkesan. 

 

1. MENYEBUT NAMA PELANGGAN

Macam mana nak dapatkan perhatian pelanggan? Pelanggan akan rasa lebih teruja bilamana anda rajin untuk menyebut nama gelarannya dengan kerap. Nampak macam cliche tapi tips ini sangat berguna untuk tawan hati pelanggan anda kali pertama. Salah satu bunyi yang paling menyenangkan seseorang adalah dengan mendengar nama mereka sendiri. Manusia lebih memberi tumpuan kepada apa yang didengari atau dilihat. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan diri mereka.

 

2. MENGENAL PASTI BAHASA MEREKA

Dalam proses jual beli, sangat penting untuk kenal pasti bahasa pelanggan. Kerana setiap manusia mempunyai  pelbagai  jenis cara yang berbeza dalam penggunaan bahasa mereka. Adakalanya faktor usia juga memainkan peranan penting supaya anda dapat menggunakan cara yang sesuai untuk tawan hati mereka. Yang mana satu pelanggan kita? Nak semua? Boleh. Tapi harus menggunakan kaedah yang tepat untuk kumpulan yang berbeza. 

 

3. MENGENAL PASTI MASALAH PELANGGAN

Setiap pelanggan mempunyai banyak jenis soalan dan ragam yang berbeza. Penting untuk anda mengenal pasti setiap masalah yang mereka hadapi . Kerana pelanggan akan rasa lebih dihargai sekiranya anda mampu bantu mereka dengan memberi jalan penyelesaian yang pantas. Secara tidak langsung, anda sudah membina hubungan baik bersama pelanggan dalam berkomunikasi. Kerana apa? Komunikasi yang efektif dapat memberi kesan dan impak yang positif untuk menarik perhatian pelanggan. 

 

4. MEMBERI MESEJ YANG BERMANFAAT

Apabila anda berurusan dengan pelanggan, anda perlu menyampaikan mesej yang bermanfaat dan yang mudah untuk difahami oleh pelanggan. Elakkan post content yang ‘syok sndiri’ .  Banyakkan sampaikan content yang audiens cari dan mahukan. Lebih baik dapat bantu memberi jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Jika sudah mempunyai jenama yang kukuh juga  dapat membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda. 

 

5.BIJAK MENGURUS CABARAN BERSAMA PELANGGAN

Pernah tak anda sudah memulakan perbualan tapi pelanggan tidak berminat? Jadi, anda perlu menggunakan kaedah lain yang lebih sesuai dengan mereka. Bukan mudah untuk berurusan dengan pelanggan jika anda tidak tahu bagaimana cara yang terbaik untuk memulakan perbualan. Tetapi, ianya akan menjadi mudah jika anda bijak mengatasinya. Rintangan dalam perniagaan pasti ada, tetapi ianya bergantung kepada diri anda sendiri bagaimana mahu menyelesaikannya. Antaranya adalah, dengan bertanyakan mungkin mereka ada beberapa soalan yang hendak dikatakan ataupun, dengan memahami kehendak mereka. 

 

Dapat sesuatu melalui perkongsian kali ini?

Semoga ilmu ini dapat membantu anda dalam membuat jualan dengan baik bersama pelanggan. 

Nak Lebih Banyak Tips Bisnes Berjaya? ☟
https://t.me/Bisneszero2hero

 

 

 



Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required