8 CARA ESSENTIAL OIL BERTINDAK MENYOKONG SISTEM IMUN BADAN MANUSIA

Pernahkah anda terfikir ? Selain mengamalkan diet yang sihat, melakukan senaman dan mendapatkan tidur yang cukup, penggunaan Essential Oil juga merupakan cara semulajadi dalam menyokong sistem imun badan manusia lebih-lebih lagi dalam menghadapi fasa endemik ini.

Menurut Johns Hopkins, sistem imun badan melindungi tubuh manusia dari serangan kuman seperti bakteria, virus, kulat, dan toksin (bahan kimia yang dihasilkan oleh mikrob). Terdapat 8 cara Essential Oil bertindak menyokong sistem imun badan manusia. Jom teruskan pembacaan anda.

1.Meningkatkan sel darah putih

Sel darah dalam badan manusia terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan platelet yang mempunyai fungsi masing-masing yang tersendiri. Sel darah putih atau dikenali sebagai leukosit merupakan sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Ianya berfungsi untuk melindungi tubuh daripada penyakit berjangkit mahu pun penyerang asing seperti bakteria, virus, kulat dan toksin (bahan kimia yang dibuat oleh mikrob). Seterusnya, sel darah putih juga berfungsi menghasilkan antibodi untuk melindungi tubuh seseorang daripada serangan penyakit.

Bagaimana Essential Oil berfungsi untuk meningkatkan sel darah putih? Ada sesetengah Essential Oil mempunyai komponen aktif monoterpenes seperti Limonene iaitu dalam kebanyakan Essential Oil sitrus berupaya membantu meningkatkan kadar sel darah putih. Di NARINAR sendiri, formulasi Essential Oil Blend O-Rangers mempunyai kandungan Orange Essential Oil dengan peratusan Limonene yang tinggi berupaya meningkatkan kadar sel darah putih untuk melawan penyakit.

2. Menyokong Phagocytes

Apa itu Phagocytes? Phagocytes merupakan sejenis sel yang bekerja secara semula jadi untuk mengesan kehadiran awal penyerang asing seperti bakteria, virus, kulat, dan toksin (bahan kimia yang dihasilkan oleh mikrob) dalam sistem tubuh manusia. Seterusnya, Phagocytes memakan dan memusnahkan penyerang asing daripada menyerang sistem tubuh manusia.

Terdapat Essential Oil seperti Frankincense yang mempunyai komponen aktif monoterpenes yang tinggi berfungsi sebagai imunomodulator untuk meningkatkan pengeluaran Phagocytes untuk membantu sel ini bekerja secara semula jadi dalam menyokong sistem imun badan manusia melawan serangan penyakit.

3. Meredakan tekanan

Pernahkah anda melalui situasi di mana anda perlu melakukan pembentangan di hadapan ramai orang, anda berasa gementar dan pada waktu yang sama, perut-perut tiba terasa sakit atau anda mengalami kekejangan otot? Tahukah anda bahawa sebenarnya sistem saraf dalam tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan sistem lain. Apabila anda mengalami tekanan atau ketidakstabilan emosi, ianya dapat memberi kesan kepada sistem imun badan manusia dan menyebabkan tubuh seseorang mudah mendapat serangan penyakit.

Terdapat beberapa Essential Oil yang bertindak untuk meredakan tekanan dan memberikan ketenangan dengan manfaat terapeutik yang dimiliki. Sebagai contoh, kandungan Lavender Essential Oil yang mengandungi kebaikan komponen utama Linalool & Linaly Acetate dalam mengawal sistem saraf manusia untuk berada dalam keadaan tenang dan stabil Apabila anda menghidu aroma wangian Lavender, automatik otak akan menghantar signal kepada sistem badan iaitu sistem saraf agar berada dalam mood yang lebih tenang dan terkawal.

4. Meningkatkan kualiti tidur

Tidur sebenarnya memberikan rehat dan menyeimbangkan semula sistem tubuh badan manusia. Semasa tidur, sistem imun badan akan mencipta protein yang dikenali sebagai cytokines yang memainkan peranan besar untuk meredakan infeksi dan keradangan yang dialami.

Lavender Essential Oil merupakan salah satu Essential Oil yang terkenal untuk meningkatkan kualiti tidur seseorang. Apabila anda mendapat tidur yang berkualiti dengan penggunaan Essential Oil ia sebenarnya mempengaruhi tubuh badan dengan beberapa kebaikan. Antaranya ialah, Essential Oil dapat melegakan tekanan otot, menenangkan fikiran dan mengaktif parasympathetic nervous system yang di mana sistem ini dapat meredakan pengeluaran hormon stress dan menggalakkan keseimbangan kepada sistem tubuh badan seseorang.

5. Meredakan keradangan

Pada tahun 2020, terdapat satu kajian yang dilakukan untuk mengaitkan hubungan antara imuniti, tekanan perasaan dan keradangan. Kajian ini mendapati bahawa individu yang mengalami keradangan yang kronik menunjukkan sistem imun badan yang tidak terkawal mengakibatkan peningkatan kepada risiko jangkitan penyakit lebih-lebih lagi mendepani cabaran virus covid ketika ini.

Fungsi anti-inflammatory dan analgesic dalam Essential Oil membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya daripada menyerang sistem pernafasan manusia dan meredakan kesakitan yang dialami. Sebagai contoh, adunan Lavender Essential Oil dan Frankincense Essential Oil dalam formulasi NARINAR Frankie membantu seseorang meredakan demam dan masalah pernafasan yang dialami.

6. Meningkatkan antioksidan

Radikal bebas boleh dihasilkan oleh tubuh badan sendiri atau disebabkan oleh faktor luar seperti asap rokok, zat kimia dalam makanan atau bahan pencemar. Radikal bebas juga menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit dan ia mempengaruhi sistem imun badan seseorang. Cara untuk menangani radikal bebas ini adalah dengan bantuan antioksidan.

Terdapat beberapa Essential Oil yang mempunyai manfaat terapeutik antioksidan meningkatkan kesihatan dan meningkatkan sistem imun badan seseorang. Sebagai contoh, fungsi komponen Menthol dan Menthone dalam Peppermint Essential Oil bertindak sebagai anti-bacteria, antioxidant serta anticancer. Kandungan bahan aktif ini berupaya untuk melindungi diri daripada mendapat serangan penyakit berbahaya.

7. Mengurangkan pendedahan kepada bahaya mikrob

Apabila anda selalu terdedah kepada bahaya mikrob, ianya menyebabkan sistem imun badan anda perlu bekerja keras untuk melawan serangan mikrob dan serangan yang lain seperti virus dan sebagainya. Fungsi antibacterial, antimicrobial dan antifungal dalam Essential Oil sangat diperlukan untuk melindungi seseorang daripada serangan sebegini. Frankincense mengandungi kadar monoterpenes yang tinggi mempunyai ketiga-tiga fungsi ini untuk melindungi tubuh badan seseorang dari serangan bahaya mikrob.

 

8. Mengurangkan pendedahan kepada kimia yang berbahaya

Bahan kimia yang berbahaya seperti kimia sintetik dalam bentuk cecair mahupun dalam bentuk pepejal boleh mengundang kepada penurunan sistem imun badan seseorang. Hal ini kerana, sistem imun badan perlu bekerja kuat untuk melindungi tubuh badan seseorang daripada kimia sintetik yang bahaya.

Bagaimana Essential Oil bertindak untuk melindungi seseorang daripada kimia yang berbahaya? Sifat antimicrobial dan cleansing dalam Essential Oil berupaya untuk membantu membersihkan udara rumah secara semula jadi dan menghindarkan seseorang daripada terdedah kepada bahaya bahan kimia seperti pewangi sintetik rumah yang banyak dijual di pasaran.

Kesimpulannya, fasa endemik yang perlu dilalui pada hari ini merupakan satu peluang dan cabaran baru bagi seseorang. Ia merupakan satu ruang serta peluang untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Dan pada waktu yang sama, ianya merupakan satu cabaran kerana semua orang berisiko untuk terdedah kepada bahaya virus covid ini. Selain daripada mengamalkan cara hidup yang sihat untuk meningkatkan sistem imun badan seseorang, manfaat aromaterapi juga merupakan bantuan semula jadi untuk seseorang mendepani cabaran endemik ini.

 

 

 

 

 

Rujukan:

8 Science-Based Ways Essential Oils Support the Immune System.

https://www.aromahead.com/blog/8-science-based-ways-essential-oils-support-the-immune-system-acp?_hsmi=200842097&_hsenc=p2ANqtz-_2dAJlk_LxEDphjDKPYZJxcRkyrGD3yjhpnRhwX2V4Rfu1Uo-5zizAoMOSQmt6k9LiMGydUQzaFF3b9EXULL1oEw2tqg&utm_source=ahw-email

American Lung Association. (2020, July 13) Cleaning Supplies and Household Chemicals. Lung.org.

https://www.lung.org/clean-air/at-home/indoor-air-pollutants/cleaning-supplies-household-chem
American Psychological Association. (2006, February 23) Stress Weakens the Immune System. APA.org. https://www.apa.org/research/action/immune

Bae, Y.S., Shin, E.C., Bae, Y.S., Van Eden, W. (2019) Editorial: Stress and Immunity. Frontiers in Immunology. 10 (245).

https://www.frontiersin.org/article/10.3389/fimmu.2019.00245. 10.3389/fimmu.2019.00245. ISSN 1664-3224.

Bendich A. Physiological role of antioxidants in the immune system. J Dairy Sci. 1993 Sep;76(9):2789-94. doi: 10.3168/jds.S0022-0302(93)77617-1. PMID: 8227682.

Berić, T., Nikolić, B., Stanojević, J., Vuković-Gačić, B., & Knežević-Vukčević, J. (2008). Protective effect of basil (Ocimum basilicum L.) against oxidative DNA damage and mutagenesis. Food and Chemical Toxicology, 46(2), 724-732.

Carvalho-Freitas, M. I. R., & Costa, M. (2002). Anxiolytic and sedative effects of extracts and essential oil from Citrus aurantium L. Biological and Pharmaceutical Bulletin, 25(12), 1629-1633.

Hongratanaworakit, T. (2011). Aroma-therapeutic effects of massage blended essential oils on humans. Natural product communications, 6(8), 1934578X1100600838.

Hotta, M., Nakata, R., Katsukawa, M., Hori, K., Takahashi, S., Inoue, H. (2010) Carvacrol, a component of thyme oil, activates PPARa and y and suppresses COX-2 expression. Journal of Lipid Research. 51, 1, P132-139. doi.org/10.1194/jlr.M900255-JLR200

Iddir, M., Brito, A., Dingeo, G., Fernandez Del Campo, S. S., Samouda, H., La Frano, M. R., & Bohn, T. (2020). Strengthening the Immune System and Reducing Inflammation and Oxidative Stress through Diet and Nutrition: Considerations during the COVID-19 Crisis. Nutrients, 12(6), 1562. https://doi.org/10.3390/nu12061562

Johns Hopkins Medicine. The Immune System. Hopkinsmedicine.org. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/the-immune-system
Knight JA. Review: Free radicals, antioxidants, and the immune system. Ann Clin Lab Sci. 2000 Apr;30(2):145-58. PMID: 10807157.

Liao JB, Wu DW, Peng SZ et al. (2013) Immunomodulatory potential of patchouli alcohol isolated from Pogostemon cablin (Blanco) Benth (Lamiaceae) in mice. Tropical Journal of Pharmaceutical Research 12, 4, 559–565.

Olson MD, E.J. (2018, November 18) Lack of sleep: Can it make you sick? The Mayo Clinic. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/insomnia/expert-answers/lack-of-sleep/faq-20057757
Raphael TJ, Kuttan G. (2003) Immunomodulatory activity of naturally occurring monoterpenes carvone, limonene, and perillic acid. Immunopharmacol Immunotoxicol. May;25(2):285-94. doi: 10.1081/iph-120020476. PMID: 12784919.

Segerstrom, S. C., & Miller, G. E. (2004). Psychological stress and the human immune system: a meta-analytic study of 30 years of inquiry. Psychological bulletin, 130(4), 601–630. https://doi.org/10.1037/0033-2909.130.4.601

Silva, B., Guterres, S.S., Weisheimer, V. and Schapoval, E.E. (2008) Antifungal activity of the lemongrass oil and citral against Candida spp. Brazilian Journal of Infectious Diseases 12, 63-66.

Tohidpour, A., Sattari, M., Omidbaigi, R., Yadegar, A., & Nazemi, J. (2010). Antibacterial effect of essential oils from two medicinal plants against Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). Phytomedicine, 17(2), 142-145.

Wei A, Shibamoto T (2010) Antioxidant/lipoxygenase inhibitory activities and chemical compositions of selected essential oils. Journal of Agricultural and Food Chemistry 57: 1655-7225.

Yang, S.-A., Jeon, S.-K., Lee, E.-J., Shim, E.-H. and Lee, I.-S. (2010) Comparative study of the chemical composition and antioxidant activity of six essential oils and their components. Natural Products Research 24, 140-151.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required