ADAKAH BUNGA CENGKIH HANYA SEKADAR PENYEDAP MASAKAN?

Adakah kita pernah terfikir khasiat bunga cengkih? Atau kita hanya beranggapan bunga cengkih hanya sekadar penyedap masakan? Tahukah NARINAR lovers, bunga cengkih secara kajian saintifiknya mempunyai banyak manfaat terapeutik seperti yang dikongsikan dalam beberapa kajian jurnal.

Baru- baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan bunga cengkih mampu merawat virus Covid. Terdapat banyak perkongsian daripada orang awam mahu pun pendapat daripada doktor pakar yang  membincangkan isu ini. Jom kita kenali cengkih dengan lebih dekat. 

SYZYGIUM AROMATICUM

Nama latin atau nama saintifik bunga cengkih ialah Syzygium aromaticum. Rempah ini berasal daripada Indonesia serta banyak ditanam di sekitar Sri Lanka, Malaysia, Madagascar dan Tanzania. Bunga cengkih boleh diekstrak sebagai minyak pati. Ianya mempunyai komponen aktif Phenols seperti Eugenol, Eugenol Acetate dan Gallic Acid menjadikan aromanya berunsurkan spicy, deep dan woody. Aromanya yang unik diketahui mampu menaikkan semangat dan ia memiliki sifat antibakteria dan antifungal yang bagus untuk perlindungan seharian kita.

KEBAIKAN KOMPONEN AKTIF DALAM BUNGA CENGKIH

Sifat antioxidant, antimicrobial dan antifungal

Bunga cengkih dikatakan mempunyai sifat antioxidant serta antimicrobial yang tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran. Sifat ini menjadikan bunga cengkih bantuan semula jadi yang sangat bagus untuk melindungi diri dan keluarga anda. 

Kandungan antiseptik

Bunga cengkih mempunyai kandungan antiseptik yang sangat bagus untuk meredakan kesakitan. Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai ubat untuk melegakan kesakitan gigi dengan meletakkan bunga cengkih yang dihancurkan pada kawasan gigi yang sakit. Kesannya, kandungan komponen aktif bunga cengkih memberi tindak balas pada kesakitan dan meredakan kesakitan gigi yang dialami seterusnya sangat bagus untuk menjadikan pernafasan lebih segar.

Mosquitto repellent dan penyegar udara semula jadi

Bunga cengkih juga sering disebut sebagai larvicidal agent yang berfungsi untuk memerangi nyamuk denggi. Aroma bunga cengkih yang spicy dan segar berupaya untuk melindungi anda sekeluarga. Selain itu, aromanya bukan sahaja menjadi pembangkit selera dalam masakan, malahan menyegarkan udara rumah anda secara semula jadi.

Secara khususnya,  bunga cengkih mempunyai pelbagai manfaat terapeutik yang sangat bagus untuk kesihatan. 

KEISTIMEWAAN O-RANGERS

NARINAR O-Rangers merupakan adunan 100% Pure Natural Essential Oil iaitu Oren, Tea Tree, Kayu Manis, Bunga Cengkih, Marjoram & Minimal Carrier Oil. Ianya juga sudah diadun dengan minimal carrier oil atau minyak pembawa 100% tumbuhan semula jadi bertujuan penggunaan terus pada kulit.

Antara keistimewaan semula jadi bahan- bahan tumbuhan dalam NARINAR O-Rangers ialah:

  • Membersihkan persekitaran udara rumah. Titikkan NARINAR O-Rangers ke dalam NARINAR Ultrasonic Diffuser berisi air.

  • Meningkatkan  mood dengan aroma Oren yang segar dan wangi. Titikkan NARINAR O-Rangers ke dalam NARINAR Ultrasonic Diffuser berisi air.

  • Mengelakkan permukaan meja dan lantai rumah dari jangkitan kuman dan bakteria. Titikkan NARINAR O-Rangers ke dalam botol semburan air dan baldi berisi air untuk digunakan sebagai sabun lantai.
  • O-Rangers sebagai hand sanitizer semula jadi. Titikkan NARINAR O-Rangers ke dalam botol semburan air.

Ujian Microb Challenge telah dilakukan ke atas NARINAR O-Rangers dan terbukti ianya mampu membunuh 99% bakteria. Gunakan NARINAR O-Rangers sebagai pelengkap kehidupan  keluarga anda dalam mendepani cabaran wabak Covid 19 ini. Lebih- lebih lagi pada musim lock down ini, serikan ruang tamu rumah anda dengan aroma NARINAR O-Rangers di segenap ruang rumah. Lindungi keluarga anda dengan aroma kasih sayang.

 

 

RUJUKAN:

Clove (Syzygium aromaticum: a precious spice)

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3819475/

Recent Trends in Indian Traditional Herbs Syzygium aromaticum and its Health Benefits

https://www.researchgate.net/publication/241678166_Recent_Trends_in_Indian_Traditional_Herbs_Syzygium_Aromaticum_and_its_Health_Benefits

Clove: A Review of a Precious Species with Multiple Uses

https://www.researchgate.net/profile/Asma-El-Zerey-Belaskri/publication/337821557_Clove_A_review_of_a_precious_species_with_multiple_uses/links/5debf6d24585159aa46ba407/Clove-A-review-of-a-precious-species-with-multiple-uses.pdf

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required