ADAKAH ESSENTIAL OILS MERUPAKAN ENDOCRINE DISRUPTOR ?

Apakah itu Endocrine Disruptor?

Apakah itu Endocrine Disruptor? Endocrine Disruptor atau istilah Endocrine-Disrupting Chemical (EDC) adalah sifat sesuatu cecair kimia yang dapat mengganggu sistem hormon dalam badan manusia untuk berfungsi dengan normal. Antara kesan EDC yang sering disebutkan ialah berisiko menjejaskan kesuburan wanita, ketidakseimbangan pengeluaran hormon, boleh menyebabkan kanak-kanak melalui fasa akil baligh (prepuberty) lebih awal daripada usia yang normal dan pelbagai lagi.

Kajian Dr Henley Pada 2007

Isu mengenai EDC  ini bukanlah isu yang baru timbul malahan telah lama wujud dan dibincangkan sejak tahun 2007 lagi oleh kalangan doktor, pakar aromaterapi dan badan tertentu. Bermula pada tahun 2007 tersebut, Dr Henley telah membuat kajian atas Case Report yang melibatkan 3 orang kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah Gynecomastia berumur antara 4 hingga 10 tahun. Apakah itu Gynecomastia? Gynecomastia ialah keadaan apabila kanak- kanak lelaki mengalami pertumbuhan pembesaran tisu payudara pada usia yang awal. Ketiga-tiga orang kanak-kanak ini didapati menggunakan produk harian yang mengandungi Lavender dan Tea Tree Oil antaranya ialah healing balm, styling gel, shampoo, skin lotion dan scented soap.

Seterusnya, ketiga orang kanak-kanak lelaki ini telah berhenti menggunakan produk harian tersebut atas nasihat doktor. Setelah beberapa bulan kemudian, ketiga-tiga kanak-kanak lelaki ini telah melalui perubahan positif.

 Kemudiannya, Dr Henly membuat kajian secara In Vitro menggunakan Mammalian Cell Culture. Hasil daripada kajian ini mendapati Lavender menunjukkan sifat estrogenic yang sangat lemah (1.2 million kali  lebih lemah daripada estrogen) dan kajian ini tidak menunjukkan bukti bahawa Lavender dan Tea Tree Oil menyebabkan Endocrine Disruptor. Dr Henly juga menyarankan agar kajian lanjut dilakukan bagi mengesahkan jika Lavender dan Tea Tree Oil adalah EDC.

Kajian Tyler Ramsey pada 2018

Seterusnya, pada tahun 2018, kajian dilakukan oleh Tyler Ramsey. Pada kajian kali ni terdapat case study membabitkan 24 pesakit iaitu terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan yang mengalami Prepubertal Gynecomastia. 4 orang daripadanya berumur antara 3 hingga 7 tahun yang terdiri daripada 3 kanak-kanak perempuan dan 1 kanak-kanak lelaki . Kanak-kanak ini menggunakan produk harian mengandungi Lavender Oil seterusnya telah berhenti menggunakan produk harian tersebut atas nasihat daripada doktor. Hasil kajian Case Report ini menunjukkan 2 orang kanak-kanak ini mengalami perubahan positif dan 2 orang kanak-kanak lagi masih dalam keadaan seperti biasa.

Seterusnya, kajian In Vitro telah dilakukan menggunakan Cell Culture dan menunjukkan keputusan  yang lemah dan tidak menyimpulkan 100% bahawa Prepubertal Gynecomastia mempunyai kaitan dengan penggunaan Lavender. Tyler Ramsey menyarankan jika terdapat masalah Prepubertal Gynecomastia ini, beliau menyarankan agar menghentikan penggunaan produk yang mempunyai Lavender dan Tea Tree Oil. Pada masa yang sama, penggunaan Lavender dan Tea Tree Oil masih boleh digunakan jika tiada masalah yang berkait rapat dengan Prepubertal Gynecomastia ini. Tyler Ramsey juga memberi saranan bahawa kajian lebih lanjut juga diperlukan untuk menyatakan Lavender dan Tea Tree sebagai Endocrine Disruptor.

Systematic Literature Review oleh Jessie Hawkins pada 2019

Pada tahun 2019, satu Systematic Literature Review dilakukan oleh Jessie Hawkins pada 4 manuskrip. Hasil kajian data demografi, data klinikal dan beberapa faktor tertentu tidak menemui bukti yang kukuh bahawa Lavender dan Tea Tree Oil ini merupakan EDC. Atas faktor kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan pakar pediatrik, Jessie Hawkins menyarankan agar kajian epidemiological dilakukan.

Selain itu, Jessie Hawkins juga menyatakan terdapat pelbagai faktor lain yang lebih realistik yang boleh menyumbang kepada EDC antaranya ialah penggunaan kepada bahan plastik, bahan kimia, persekitaran, ubat-ubatan dan sebagainya.

Kimia Dikenali Sebagai Endocrine Disrupting Chemicals (EDC)

National  Institute of Environmental Health Sciences (NIEHS) dalam artikelnya menyatakan terdapat beberapa kimia yang sering digunakan dalam produk dikenal pasti secara umum sebagai EDC. Antaranya ialah :

  1. Bisphenol A (BPA) yang digunakan dalam pembuatan plastik seperti bekas makanan.
  2. Dioxins sebagai bahan asas sampingan digunakan dalam pembuatan racun herba
  3. Perchlorate sebagai bahan asas sampingan digunakan dalam bunga api, industri aeroangkasa dan farmasi.
  4. Perfluoroalkyl and Polyfluoroalkyl Substances (PFAS) iaitu penggunaan yang meluas sebagai bahan asas kuali tidak melekat, kertas dan tekstil.  
  5. Phthalates digunakan untuk ketahanan plastik dan terdapat dalam bekas makanan, kosmetik, mainan kanak-kanak dan alatan medical. 
  6. Phytoestrogens secara semula jadi terkandung dalam tumbuhan kacang soya.
  7. Polybrominated diphenyl ethers (PBDE) sebagai bahan asas dalam pembuatan barang rumah seperti  kapet.
  8. Polychlorinated biphenyls (PCB) digunakan dalam barangan elektrik. 
  9. Triclosan sebagai bahan aktif, pengawet dan agen anti bakteria yang djumpai dalam produk kegunaan harian seperti ubat gigi dan sabun badan.

Langkah Keselamatan Penggunaan Essential Oil

Manfaat Essential Oil dikenal pasti keistimewaanya melalui kajian dan penggunaanya yang membantu untuk menambah baik kualiti kehidupan. Telah banyak kajian dilakukan membuktikan manfaat dan kebaikannya sekiranya digunakan dengan langkah yang betul. Dapatkan nasihat pakar aromaterapi anda untuk mengendalikan penggunaan Essential Oil dengan betul agar selamat dan mendapat kesan yang optimum. Everyone deserves  a great essential oils experience.

Rujukan:

Tisserand, Robert, and Rodney Young. Essential Oil Safety: A Guide for Health Care Professionals. 2nd ed., Churchill Livingstone, 2013.

Henley, Derek V., et al. “Prepubertal Gynecomastia Linked to Lavender and Tea Tree Oils.” New England Journal of Medicine, vol. 356, no. 5, 2007, pp. 479–85. Crossref, doi:10.1056/nejmoa064725.

Ramsey.,et al. “Lavender Products Associated With Premature Thelarche and Prepubertal Gynecomastia: Case Reports and Endocrine-Disrupting Chemical Activities” National Library of Medicine, 2019 Nov doi: 10.1210/jc.2018-01880.

Hawkins et.al. “The relationship between lavender and tea tree essential oils and pediatric endocrine disorders: A systematic review of the literature” National Library of Medicine, DOI: 10.1016/j.ctim.2019.102288

“Endocrine Disruptors” National  Institute of Enironmental Health Sciences (NIEHS), https://www.niehs.nih.gov/health/topics/agents/endocrine/index.cfm

“Earlier puberty linked with personal care products” National  Institute of Enironmental Health Sciences (NIEHS),  https://factor.niehs.nih.gov/2019/1/papers/puberty/index.htm

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required