APA ITU VANILLA ?

Bila sebut mengenai Vanilla, ramai yang akan terbayang aiskrim Vanilla, dengan cuaca yang panas memang sangat sesuai nikmati aiskrim Vanilla. Rasanya yang nyaman dan menyegarkan bukan sahaja dapat menghilangkan rasa dahaga, malahan ramai doktor mengesyorkan aiskrim Vanilla sebagai alternatif untuk meredakan sakit tekak.

 

 Sejarah Vanilla

Apa itu Vanilla? Vanilla atau nama saintifiknya Vanilla Planifollia merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam di kawasan tropika. Di asia tenggara sendiri, tanaman vanila mula bertapak di Indonesia pada 1819 dan kemudiannya meluas ke beberapa kawasan di Indonesia pada 1850. Vanilla mula ditanam di Pulau Jawa kemudian ke Bali, Acheh dan Sumatera Barat. Vanilla dari Pulau Jawa terkenal kerana kualitinya yang mengandungi kandungan vanilin yang tinggi dan dikenali sebagai Java Vanilla Bean.

 

Vanilla Essential Oil: Single Oil yang pertama keluaran Narinar

Ramai yang bertanya dan tertunggu-tunggu single essential oil keluaran Narinar. Kami penuhi permintaan semua Narinar lovers dengan memperkenalkan Vanilla Essential Oil yang tulen, penuh aroma dan berbau sedikit manis, diekstrak daripada kacang vanilla (vanilla beans). Vanilla kami diimport dari Papua New Guinea dan  diekstrak menggunakan teknik solvent extraction bagi memastikan ketulenan dan keaslian minyak.

 

Vanilla Essential Oil kami adalah 100% pure natural  tanpa sebarang penambahan bahan sintetik dan pengawet. Seperti koleksi Essential Oil keluaran Narinar yang lain, Vanilla Essential Oil juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan manfaat. Antaranya,

  1. Meredakan kebimbangan dan kemurungan

Vanilla Essential Oil mampu menenangkan dan merehatkan minda sekaligus membantu mengurangkan simptom-simptom kebimbangan, tekanan dan ketegangan. Wangian aromatiknya membantu menstabilkan emosi sekaligus dapat mendorong perasaan positif dan meningkatkan motivasi diri.

  1. Meningkatkan daya tahan badan

Kandungan sedatif dalam Vanilla Essential Oil membantu menyeimbangkan tahap hormon dalam badan. Tahap hormon yang seimbang akan menjamin kesihatan fizikal dan mental seterusnya dapat meningkatkan daya tahan badan anda.

  1. Memberikan ketenangan dan kestabilan emosi

Vanilla Essential Oil yang penuh aroma dan berbau sedikit manis mampu memberikan ketenangan dan kestabilan emosi. Emosi yang stabil dan positif menjadikan seseorang sentiasa optimis dan bersemangat, seterusnya membuat anda sentiasa ceria.

  1. Memberikan tidur yang lebih berkualiti.

Sebagai sedatif semulajadi, Vanilla Essential Oil juga boleh membantu  merehatkan badan dan minda. Vanilla Essential Oil juga merupakan ejen penenang, ianya membantu anda untuk tidur dengan lebih baik dengan merehatkan otot dan memberi perasaan yang tenang kepada pengguna.

  1. Pewangi aromatik untuk kediaman anda

Pewangi aromatik Vanilla dapat menghilangkan bau yang kurang enak di kediaman anda seterusnya menjadikan udara di rumah anda lebih segar. Aromanya yang sedikit manis dan lembut membuatkannya serta mudah diterima oleh semua tahap golongan tidak kira kanak- kanak mahu pun orang dewasa.

  1. Membantu membangkitkan sensasi dalam hubungan suami isteri

Mengikut kajian, komponen kimia dalam Vanilla iaitu aphrodisiac juga dapat merangsang hubungan suami isteri dengan membangkitkan rasa seksual. Ini menjadikan hubungan suami isteri semakin intim.

  1. Nutrisi tambahan untuk kesihatan kulit

Seterusnya, menurut sumber maklumat daripada USDA National Nutrient, setiap kandungan ekstrak Vanilla mempunyai nutrisi niacin, thiamin dan pantothenic acid yang bagus untuk mengecutkan jerawat dan mengurangkan bintik hitam pada kulit.

Pasti ramai yang tertanya- tanya, bagaimana cara menggunakan Vanilla Essential Oil ? Senang sahaja cara menggunakannya, anda boleh praktikkan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah:

  1. Digunakan dengan ultrasonik diffuser NARINAR. Hanya titik 3-4 titis di dalam diffuser berkapasiti 120ml air. Untuk kapasiti diffuser berbeza, boleh pelbagaikan kiraan titisan.
  2. Dicampurkan dalam carrier oil untuk tujuan urutan keseluruhan badan. Campurkan 10-12 titis di dalam 30ml carrier oil.
  3. Titikkan 1 titis di tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan, tekup di hidung untuk teknik deep inhale.
  4. Mencampurkan 2-3 titis ke dalam losyen muka, face mist untuk kebaikan kepada kesihatan kulit.
  5. Titikkan 5-10 titis dalam air mandian untuk mendapat kesegaran dan ketenangan.

Secara ringkasnya, hanya sebotol comel Vanilla Essential Oil terdapat banyak manfaat yang dapat anda perolehi di samping dapat variasikan cara penggunaanya.

 

 Rujukan:

Nutrients Fact of Vanilla Extract

https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/173471/nutrients

Natural Aphrodisiacs: Myth or Reality

https://books.google.com.my/books?id=zbRRAAAAQBAJ&pg=PA41&dq=Aphrodisiac&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwiXlMDpqLfuAhWkxzgGHamvDToQ6AEwCXoECAYQAg

Orchids as Aphrodisiac, Medicine or Food

https://books.google.com.my/books?id=iEGjDwAAQBAJ&pg=PA101&dq=Aphrodisiac&hl=ms&sa=X&ved=2ahUKEwiXlMDpqLfuAhWkxzgGHamvDToQ6AEwBHoECAMQAg#v=onepage&q=VANILLA&f=false

 

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required