APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI ESSENTIAL OIL?

Penggunaan Essential Oil kini sudah menjadi satu “lifestyle” atau cara hidup kebanyakan orang yang mempercayai manfaatnya. Apa yang anda perlu tahu sebelum membeli Essential Oil? Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia aroma Essential Oil, soalan ini wajar ditanya pada diri anda sebelum anda membuat satu-satu pembelian Essential Oil. Seperti pembelian barangan yang lain, pembelian Essential Oil juga wajar menjadi keutamaan untuk anda  selidiki tentang beberapa perkara. Antaranya ialah :

1. Latar belakang pengasas

Sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan pembelian Essential Oil sangat penting untuk anda selidiki latar belakang pengasas produk Essential Oil tersebut. Hal ini bukan meragui identiti bisnes tersebut tetapi untuk anda mengenal pasti bahawa Essential Oil yang dikeluarkan benar- benar tulen.

Sebagai contoh, di NARINAR sendiri Blended Essential Oil diformulasikan oleh Certified Professional Aromatherapist iaitu Puan Shazren sendiri iaitu seorang Certified Professional Aromatherapist, NAHA (National Association for Holistic Aromatherapy) dan MIFPA (Member of International Federation of Professional Aromatherapists). Kredibiliti latar belakang seseorang pengasas sangat penting agar anda percaya dan yakin dengan formula produk yang dijual.

2. Kualiti terapeutik

Seterusnya, perkara yang anda perlu tahu ialah mengenai kualiti Essential Oil yang dikeluarkan. Di NARINAR sendiri menjadi tanggungjawab untuk kami meneliti latar belakang, reputasi, komitmen terhadap kualiti bagi setiap minyak pati dan sampel. Selain itu, NARINAR sendiri menjalinkan usahasama yang baik bersama pembekal, peladang atau ‘distiller’. Sebaik sahaja semua perincian dilaksanakan, kami memeriksa minyak pati ini, seterusnya melalui ujian GCMS untuk memastikan ketulenan dan sifat terapeutik itu sendiri.

3. Pengetahuan maklumat mengenai Essential Oil

Langkah ketiga yang perlu anda tahu sebelum memilih sesuatu produk Essential Oil ialah maklumat mengenai Essential Oil yang diberikan oleh konsultan. Antara maklumatnya ialah mengenai fungsi dan keistimewaan Essential Oil tersebut. Anda juga boleh membuat beberapa review mengenai senarai testimoni pengguna agar anda tahu mengenai keberkesanan fungsi Essential Oil tersebut.

Di samping itu, berbeza dengan pengeluar Essential Oil yang lain, di NARINAR sendiri Essential Oil kami diuji oleh pihak ketiga iaitu Ujian Toxicity & Anti-Inflamasi, Ujian Iritasi Kulit/Kulit Merah, Ujian Kestabilan Produk, Ujian Mikrobiologi & Logam Berat dan Ujian Keberkesanan Membunuh Bakteria. Senarai ujian ini dilakukan untuk memastikan anda mendapat yang terbaik daripada rangkaian produk kami. 

4. Harga yang Mampu Milik

Seterusnya, harga Essential Oil dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah teknik pengekstrakan yang digunakan. Selain itu, jika anda melakukan pembelian di platform online seperti Shopee amat penting untuk anda tahu mengenai ketulenan Essential Oil yang dijual. Antara cara yang anda boleh gunakan untuk mengesan sama ada Essential Oil yang dijual itu benar-benar tulen ialah dengan melihat pada kadar harga. Jika harga yang ditawarkan sangat murah (ada yang menjangkau RM10 untuk 10ml di Shopee!), ada kemungkinan Essential Oil tersebut merupakan minyak fragrance biasa. Sangat penting untuk anda berhati-hati agar tidak tertipu dengan penjual yang tidak bertanggungjawab. 

Kami di NARINAR sangat percaya, meningkatkan kualiti hidup melalui alternatif tumbuhan mampu dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat. Dengan rantaian operasi di Malaysia, kami menjana ekonomi dalam Malaysia. Dengan model perniagaan bukan MLM membolehkan penggunaan minyak pati dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

5. Diuji oleh Panel Halal

Seterusnya, Essential Oil yang anda bakal beli haruslah bebas daripada sebarang bahan-bahan yang meragukan. Kami di NARINAR sangat sedar bahawa perkara ini menjadi tanda tanya kebanyakan orang. Minyak pati kami bebas Porcine Fat & Oil dengan ujian Deoxybonucleic Acid (DNA) dan ujian Enzym-Linked Immunosorbent Assay (ELISA) yang diuji oleh panel halal kami.

6. Nilai Bonus Tambahan: Teknik Urutan Khas

Selain daripada anda fokus kepada fungsi dan manfaat Essential Oil tersebut, perkara lain yang anda perlu lihat ialah nilai tambah yang bakal anda dapat daripada jenama Essential Oil itu sendiri. Di NARINAR, kami meneliti cara penggunaan yang memaksimumkan manfaat kepada seisi keluarga. Dengan teknik urutan khas dan sentuhan yang diberi penekanan, ia mampu merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak, komunikasi berkesan, merangsang perkembangan anak dan memberi kelegaan. Ini menjadikan NARINAR sangat istimewa berbanding jenama lain.

Secara keseluruhannya, sebelum melakukan pembelian Essential Oil amat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada konsultan yang pakar dan lebih arif mengenai Essential Oil ini. Dapatkan cara penggunaan yang betul dan selamat. Dengan NARINAR kami akan pastikan anda mendapat konsultasi yang betul daripada senarai konsultan kami yang terlatih. Kami yakin Every Family Deserves A Great Essential Oil Experience!

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required