APAKAH ITU SDS ?

 

Safety Data Sheet (SDS) merupakan maklumat keselamatan mengenai satu-satu produk yang merangkumi tentang risiko penggunaan sesuatu produk dan langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kemalangan ketika menggunakan produk tersebut. 

NARINAR Essential Oil adalah cecair yang selamat digunakan jika anda menggunakannya mengikut cara penggunaan dan panduan yang betul. SDS pada setiap produk NARINAR merupakan langkah keselamatan yang perlu anda tahu  andai terjadi sebarang kemalangan ketika menggunakannya. 

SDS diwujudkan bertujuan untuk

  1. Memastikan pengguna memahami peraturan keselamatan yang diperlukan apabila mengendalikan sesuatu bahan tersebut.
  2. Mewujudkan kesedaran akan bahaya bahan tersebut.
  3. Memastikan pengguna sedar akan simptom-simptom apabila terdedah  kepada bahan tersebut.
  4. Menggalakkan pengguna memikirkan strategi untuk menjaga keselamatan diri ketika menggunakan bahan tersebut.

Apakah maklumat yang terdapat dalam SDS?

SDS memberikan maklumat penting mengenai bahan kimia berbahaya, termasuk potensi risiko yang berkaitan dengan penggunaan dan penyimpanannya, dan cara untuk menggunakannya dengan selamat. Format 16 bahagian wajib bertujuan membantu pengguna  mengurangkan risiko yang mungkin timbul semasa menggunakan bahan tersebut. Bahagian ini merangkumi 16 seksyen yang berbeza untuk rujukan anda. Antaranya ialah:

Seksyen 1: Product Identification (Pengenalan produk)

Bahagian 1 SDS mengandungi maklumat asas mengenai sesuatu bahan termasuk; nama, kegunaan yang dikenal pasti relevan, maklumat pembekal dan maklumat hubungan kecemasan.

Seksyen 2: Hazard Identification (Pengenalpastian bahaya)

Bahagian ini menguraikan risiko berkaitan dengan bahan iaitu penggunaan klasifikasi bahaya, kod bahaya/pernyataan, kod pernyataan/pencegahan, kata isyarat dan piktogram bahaya. Piktogram mempunyai ciri yang jelas untuk mengenal pasti bahaya dengan cepat. Sembilan piktogram tergolong dalam tiga kategori bahaya: fizikal, persekitaran dan kesihatan. 

Seksyen 3: Composition & Information On Ingredients (Komposisi dan maklumat mengenai ramuan)

Maklumat bahan-bahan dan kepekatan sesuatu bahan dinyatakan dalam seksyen ini. Kepekatan bahan yang membentuk sesuatu bahan itu selalunya merupakan hak milik sesuatu badan/organisasi dan ianya akan dirahsiakan. Kebiasaannya sesuatu badan/organisasi hanya akan mendedahkan julat peratusan dan bukannya peratusan formulasi yang tepat mengenai sesuatu bahan. Sebagai contoh, NARINAR Claritie mempunyai beberapa komposisi Essential Oil yang diadun.

Seksyen 4 : First Aid Measures (Langkah pertolongan cemas)

Bahagian ini memperincikan rawatan perubatan yang disyorkan sekiranya terdedah kepada sesuatu bahan kimia. Pendedahan biasanya terjadi melalui sentuhan mata, kulit, penyedutan dan penyerapan. Anda boleh merujuk kepada langkah pertolongan cemas seandainya perkara yang tidak diingini berlaku.

Seksyen 5 : Fire & Explosion Hazard Data (Langkah-langkah memadam kebakaran)

Bergantung pada sesuatu bahan, ianya selalu berisiko tinggi untuk mudah terbakar kerana komposisi atau cara penyimpanannya. Seksyen ini mengajarkan cara bagaimana kebakaran yang melibatkan bahan kimia harus dipadamkan sekiranya berlaku. Sebagai contoh, ada jenis bahan yang tidak berbahaya sebagaimana yang dinyatakan dibawah mengenai NARINAR Essential Oil.

Seksyen 6 : Accidental Release Measures (Langkah-langkah pelepasan tidak sengaja)

Kemalangan adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam pengendalian bahan kimia dan seksyen ini mengandungi maklumat penting mengenai perkara yang harus anda lakukan sekiranya bahan kimia itu tumpah. Maklumat merangkumi jenis PPE yang diperlukan, langkah berjaga-jaga yang harus diambil, prosedur kecemasan untuk diikuti dan cadangan pembersihan.

Seksyen 7 : Handling & Storage (Pengendalian dan penyimpanan)

Seksyen 7 menggariskan amalan pengendalian dan penyimpanan yang selamat untuk meminimumkan pendedahan. Contoh saranan yang ada termasuk cara penutupan botol, tempat penggunaan dan juga cara penggunaan. NARINAR Essential Oil perlu diletakkan dalam botol yang gelap dan tertutup bagi mengelakkan proses oksidasi berlaku.

Seksyen 8 : Exposure Controls/Personal Protection (Kawalan pendedahan/ perlindungan diri)

Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan peralatan keselamatan lain adalah perkara penting untuk mencegah pendedahan kepada bahan kimia. Bahagian ini memberikan cadangan seperti pemasangan stesen pencuci mata, pancuran keselamatan, ekzos udara serta PPE tertentu yang harus dipakai, seperti cermin mata keselamatan dan alat pernafasan.

 

Seksyen 9 : Physical/Chemical Characteristic (Sifat fizikal dan kimia)

Bahagian ini memperincikan sifat fizikal dan kimia sesuatu bahan. Ia memberikan maklumat mengenai bahan kimia seperti keterangan gambar di bawah:

Seksyen 10 : Stability & Reactivity Data (Data Kestabilan dan Kereaktifan)

Sebahagian besar seksyen 10 berkaitan dengan seksyen 7 SDS, Pengendalian dan Penyimpanan. Bahagian utama maklumat baru dalam seksyen ini berkait dengan kestabilan dan kereaktifan sesuatu bahan. Anda boleh merujuk contoh di bawah:

Seksyen 11 : Toxicological Information (Maklumat toksikologi)

Seksyen 11 dalam SDS adalah bahagian yang sangat penting kerana ianya memperincikan gejala yang mungkin dialami setelah terdedah kepada bahan kimia melalui semua aspek yang mungkin berlaku (penyedutan, pengambilan, sentuhan kulit dan mata). 

Seksyen 12 : Ecological Information (Maklumat ekologi)

Bahagian ini menggariskan kesan sesuatu bahan pada persekitaran jika berlaku sebarang pendedahan. Maklumat mengenai potensi bioakumulasi, serta kesan buruk yang lain (jika ada). 

Seksyen 13 : Disposal Considerations (Pertimbangan pelupusan)

Bahagian 13 menggariskan cadangan  pembuangan sesuatu bahan tersebut. Cadangan akan menggariskan bekas pelupusan yang ideal, kesan pembuangan kumbahan, langkah berjaga-jaga untuk pembakaran dan sifat kimia yang boleh mempengaruhi proses pelupusan.

Seksyen 14 : Transportation (Maklumat pengangkutan)

Seksyen pengangkutan merangkumi maklumat yang perlu disertakan pada sebarang label penghantaran. Label perlu merangkumi maklumat seperti di bawah: 




Seksyen 15 : Others Regulatory Information (Maklumat pengawalseliaan)

Maklumat peraturan berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan regulasi akan terus diperbaharui dari masa ke semasa kerana penyelidikan dan penemuan baru yang membawa kepada perubahan peraturan. Ini termasuk kemaskini maklumat-maklumat tambahan dari penyelidikan-penyelidikan terkini dan maklumat yang dianggap tidak lagi relevan.

Seksyen 16 : Other Information (Maklumat lain)

Seksyen terakhir SDS merangkumi maklumat mengenai sejarah SDS dan definisi lengkap singkatan yang digunakan pada seluruh penulisan SDS.

Langkah Keselamatan Penggunaan Essential Oil

Jika anda ingin merujuk maklumat SDS produk-produk NARINAR, anda boleh merujuk pada setiap maklumat produk di laman web NARINAR. Manfaat Essential Oil dikenal pasti keistimewaannya melalui banyak kajian. Penggunaanya membantu menambah baik kualiti hidup ramai orang. Banyak kajian dilakukan membuktikan manfaat dan kebaikannya sekiranya digunakan dengan langkah yang betul. Dapatkan nasihat daripada pakar aromaterapi berdaftar anda untuk penggunaan Essential Oil yang betul. Everyone deserves  a great essential oils experience.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required