Aroma Lemon Dalam NARINAR Lemon Essential Oil

Dalam menyambut kemeriahan bulan Ramadhan, sudah tentu ramai yang tidak sabar mengunjungi bazar Ramadhan mencari makanan dan minuman kegemaran untuk santapan berbuka puasa. Bagi penggemar minuman teh lemon ais pula, sudah tentu mencari gerai air balang yang menjual teh lemon ais kan. Rasa masam manis teh lemon ais apabila dihidangkan dengan gula atau madu mampu menghilangkan rasa dahaga seharian berpuasa. Cuba anda bayangkan juga, perahan daripada hirisan buah lemon mengeluarkan satu aroma sitrus yang menenangkan dan buat anda rasa lebih santai. Kombinasi rasa dan aroma daripada buah lemon sangat digemari oleh ramai orang kerana keistimewaannya.

Secara amnya, Lemon banyak digunakan sebagai minuman kesihatan, penggunaannya meluas dalam produk kosmetik dan kulinari. Lemon juga merupakan sumber Vitamin C yang sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan manusia dalam melawan penyakit berjangkit seperti penularan Covid 19 pada masa kini.

 

SEJARAH LEMON

Lemon merupakan spesis buahan sitrus daripada keluarga Rutaceae. Lemon berasal daripada kawasan beriklim tropika seperti Asia Tenggara dan China. Pokoknya malar hijau berduri serta ketinggiannya rendang antara 10 hingga 20 kaki. Daun Lemon kelihatan hijau gelap serta buahnya kekuningan emas. 

Antara pengeluar Lemon yang terbesar ialah negara India, Mexico, Argentina, Brazil, Spain, Amerika Syarikat, Turkey, Iran dan Itali. Buah Lemon juga mempunyai pelbagai variasi seperti Bush lemon, Eureka, Lisbon, Pnderosa, Variegated Pink, Verna, Villafranca, Yen Ben dan Yuzu. Lemon juga banyak diaplikasikan dalam penggunaan farmasi, sanitasi, kosmetik, penyegar udara dan minyak wangi. Penggunaan lemon sangat terkenal kerana fungsi dan manfaatnya yang membantu untuk menambah baik kualiti kehidupan manusia.

 

 

KEISTIMEWAAN LEMON ESSENTIAL OIL

Sempena menyambut bulan Ramadhan tahun ini, kami di NARINAR sangat teruja untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua NARINAR lovers. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu dengan kemunculan Single Essential Oil terbaru kami iaitu Lemon Essential Oil. Apa yang menariknya mengenai Lemon Essential Oil? Yang menariknya mengenai Lemon Essential Oil ini ialah ianya100% Pure Natural dan NARINAR lovers boleh dapatkan dengan mudah  manfaat dan keistimewaan hanya dalam satu botol.

Lemon Essential Oil mempunyai komponen aktif iaitu Limonene dan  komponen lain yang akan memberi kesan positif secara luaran dan terapeutik. Antaranya ialah:

1. Melancarkan sistem penghadaman.

Fungsi anti-spasmodic dalam komponen Limonene dapat melancarkan sistem penghadaman serta menghalang daripada mendapat sidrom Irritable Bowel Sydrome seperti sembelit, ketegangan pada bahagian perut serta pelbagai lagi. Fungsi anti-obesity dan detoxifying yang ada dalam Lemon juga membantu sistem badan untuk mengeluarkan toksik dan menurunkan kolesterol dalam badan. Cairkan Lemon Essential Oil bersama NARINAR Gentle Glo Carrier Oil, sapukan pada perut dan titik Vitaflex untuk melegakan ketidakselesaan perut anda.

 

2. Menenangkan fikiran, emosi dan melegakan tekanan.

Kandungan Limonene yang tinggi dalam Lemon Essential Oil juga membantu melegakan perasaan bimbang dan tekanan kerana diketahui mempunyai ciri-ciri antidepresan dan anti-anxiety. Lemon Essential Oil mempunyai aroma yang nyaman dan dikategorikan sebagai natural stress reliever apabila anda menghidunya menggunakan teknik deep-inhale.

3.Membantu mengurangkan rasa mual, loya dan muntah.

Seterusnya, kandungan komponen aktif  Lemon Essential Oil juga membantu untuk mengurangkan rasa mual, loya dan muntah. Lebih- lebih lagi bagi ibu mengandung yang sering mengalami masalah morning sickness di awal kehamilan. Aroma Lemon yang masam dan manis sedikit sebanyak dapat membantu para ibu. Manfaat terapeutik Lemon Essential Oil iaitu stress reliever dapat membantu para ibu dalam mengawal mood agar berada dalam keadaan stabil.

4. Meningkatkan sistem imun badan.

Vitamin C yang tinggi dalam Lemon juga sangat diperlukan oleh sistem badan manusia kerana mempunyai fungsi untuk melawan pelbagai penyakit. Selain itu, Vitamin C sangat dititik beratkan bagi meningkatkan sistem imun badan lebih- lebih lagi dengan cabaran penularan wabak Covid 19 pada masa kini. Gunakan Lemon Essential Oil bersama NARINAR ultrasonic diffuser, pasti seisi keluarga anda mendapat manfaat.

5. Meningkatkan daya memori dan kreativiti

Apabila Lemon Essential Oil digunakan dengan teknik deep-inhale atau bersama NARINAR Ultrasonic Diffuser, ianya merangsang signal otak agar menjadikan anda lebih kreatif. Aromanya yang menyegarkan berupaya membantu anda untuk lebih kreatif dengan datangnya pelbagai idea yang menarik. Secara tidak langsung, menjadikan tugasan anda dapat diselesaikan dengan lebih mudah dan efektif.

Selain itu, Lemon Essential Oil membantu anda menyelesaikan sesuatu aktiviti penting iaitu tugas kognitif seperti proses memahami sesuatu pelajaran. Aroma Lemon Essential Oil yang semestinya menyegarkan sangat sesuai digunakan bagi para pelajar yang perlu memahami dan menghafal sesuatu pembelajaran.

CARA PENGGUNAAN LEMON ESSENTIAL OIL

  1. Gunakan Lemon Essential Oil bersama NARINAR Ultrasonic Diffuser. Titikkan 4-5 titis ke dalam diffuser berkapasiti 220ml. Kadar titsan berbeza dan pelbagai mengikut kapasiti diffuser anda.
  2. Campurkan Lemon Essential Oil bersama Carrier Oil untuk tujuan urutan di bahagian badan yang diperlukan. Untuk kegunaan kanak-kanak, titikkan 5-6 titis Lemon Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Untuk kegunaan orang dewasa, titikkan 10-12 titis Lemon Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Anda boleh gunakan urutan di bahagian perut dan pada titik Vitaflex untuk membantu melegakan masalah penghadaman.  Jika Lemon Essential Oil digunakan pada  kulit elakkan terdedah pada cahaya matahari kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit yang sensitif.
  3. Lemon Essential Oil juga boleh digunakan dengan teknik Deep-Inhale. Titikkan 1 titis Lemon Essential Oil pada tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan, tekup di hidung dan tarik nafas yang dalam untuk menikmati aroma yang segar. Pasti anda akan lebih tenang dan santai dalam bulan puasa, rasa sama macam bulan-bulan yang lain.

4. DIY Lemon Essential Oiluntuk kegunaan harian anda

  • Campurkan 2-3 titis Lemon Essential Oil bersama syampu, untuk menyegarkan dan menjadikan rambut anda wangi.
  • DIY semburan serangga dengan mencampurkan  2-3 titis Lemon Essential Oil bersama 30ml air semburan. Semburkan pada permukaan meja makan, meja dapur dan kawasan lain jika perlu.
  • Titikkan 5-10 titis Lemon Essential Oil di dalam air mandian untuk mendapat kesegaran dan ketenangan.
  • Campurkan 5-7 titis Lemon Essential Oil dalam air cucian mop lantai untuk proses pembersihan lantai.
  • DIY semburan fabrik dengan mencampurkan  2-3 titis Lemon Essential Oil bersama 30ml air semburan. Semburkan pada fabrik kusyen, sarung bantal, sarung tilam, langsir dan fabrik lain untuk mengurangkan kesan hama dan habuk yang tidak dapat dilihat  dengan jelas.
  • DIY cecair sanitasi. Campurkan 2-6 titik Lemon Essential Oil dalam 100ml air semburan. Jadikan sebagai hand sanitizer, cecair sanitasi untuk bersihkan mainan anak- anak dan semburan pada face mask.

Penggunaan Lemon Essential Oil ini sangat jimat, mudah dan selamat digunakan. Tingkatkan kualiti hidup anda dengan tambahkan  Lemon Essential Oil dalam koleksi anda untuk kegunaan seisi keluarga. Apabila semua ahli keluarga gembira, anda pun senang hati. Selamat menyambut bulan Ramadhan, semoga pahala kita berganda- ganda seperti berganda- ganda senyuman anda menggunakan NARINAR Lemon Essential Oil.

 

 

 

Rujukan:

Biological Activties and Safety of Citrus spp. Essential Oil.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6073409/

 

Assesement of Essential Oil as a Potential Anti-Obersity Agent:  A Narrative Review.

https://www.researchgate.net/publication/306023455_Assessment_of_essential_oil_as_a_potential_anti-obesity_agent_a_narrative_review

 

Current and Potential Use of Citrus Essential Oil.

https://www.researchgate.net/publication/260598935_Current_and_Potential_Use_of_Citrus_Essential_Oils

 

Health and Medicinal Properties of Lemon Citrus Limonum.

http://interscience.org.uk/v3-i1/8-ijahm.pdf

 

D-Limonene:Safety and Clinical Applications.

http://www.cygnetenterprises.com/files/Limonene12-3.pdf

 

Yield and Chemical Composition of Citrus Essential Oils as Affected by Drying Pretreatment of Peels.

https://www.researchgate.net/publication/236286692_Yield_and_chemical_composition_of_Citrus_essential_oils_as_affected_by_drying_pretreatment_of_peels

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required