AROMA ROS, TERAPI BUAT WANITA

Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada tanggal 8 Mac setiap tahun menunjukkan bahawa wanita merupakan insan ciptaan tuhan yang unik dan berperanan besar bukan sahaja dalam institusi kekeluargaan malah penting dalam institusi masyarakat, ekonomi dan pembangunan negara. Untuk menjadi wanita yang sentiasa berketerampilan tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Tanggungjawab dan cabaran yang perlu digalas memerlukan keseimbangan dari segi penjagaan kesihatan mental, emosi, fizikal dan spiritual.

Wanita, Keluarga & Masyarakat

Kaum wanita dan lelaki diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain bagi bersama-sama menjalankan tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Peranan sebagai seorang isteri dan ibu perlu dipikul dengan ilmu dan dipraktikkan dengan betul agar suami dan anak-anak sentiasa berasa selesa dan bahagia.

Begitu juga dalam institusi masyarakat, peranan wanita dalam bidang kerjaya sangat diperlukan untuk keharmonian masyarakat. Sebagai contoh, kepakaran wanita dalam bidang kedoktoran sakit puan amat penting bagi memberikan keselesaan khas buat kaum wanita lain untuk merujuk permasalahan berkait wanita.

Aroma Ros, Terapi Buat Wanita

Wanita sangat memerlukan bantuan terapi agar diri mereka sentiasa berada dalam keadaan optimum untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Apakah bantuan terapi yang diperlukan wanita? Dalam bidang aromaterapi, aroma minyak pati ros menjadi terapi bantuan utama kepada beberapa masalah wanita. Antara masalah yang sering dihadapi wanita ialah emosi yang tidak stabil, haid yang tidak teratur, sakit senggugut ketika haid dan pelbagai lagi.

Dalam satu kajian jurnal Natural Product Communication menyatakan Ibnu Sina merupakan saintis pertama yang membuktikan aroma minyak pati ros memberikan kesan yang menenangkan hati, meningkatkan memori ingatan, mencerdaskan otak dan menguatkan tubuh badan.
Keistimewaan minyak pati ros kemudiannya terus dikaji dan dijelaskan dalam beberapa kajian lanjut. Antara manfaat terapeutik minyak pati ros atau rose essential oil ini adalah:

 

Menstabilkan emosi dengan memberi ketenangan

Cabaran terbesar bagi seorang wanita adalah untuk mengawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan stabil. Emosi yang tidak stabil menjadikan seorang wanita mudah berasa marah dan bertindak di luar jagaan terutamanya wanita yang mengalami kesakitan ketika haid dan sebagainya. Komponen aktif citronellol dan geraniol dalam minyak pati ros ini berfungsi sebagai anti-depressant dan anti-anxiety yang membantu mengawal sistem saraf wanita agar lebih tenang.

Melegakan ketidakselesaan semasa haid

Antara masalah yang sering dialami oleh golongan wanita muda ialah haid yang tidak teratur dan masalah senggugut ketika haid. Kesakitan yang dialami oleh wanita ini menjadi penyebab kepada emosi yang tidak stabil seterusnya boleh menjadi faktor kepada terganggunya hubungan dengan orang sekeliling. Fungsi analgesic dan anti-inflammatory dalam minyak pati ros ini membantu untuk melegakan kesakitan dan keradangan yang dialami. Fungsi emmenagogue dalam minyak pati ros ini juga berfungsi membantu melancarkan pengeluaran darah haid.

 

Membantu mendapatkan kulit yang sihat serta menaikkan seri wajah

Minyak pati ros mempunyai kandungan monoterpenol iaitu citronellol dan geraniol. Ciri antibacterial, antimicrobial, anti-inflammatory dan antiseptic yang ada pada komponen aktifnya bertindak untuk merawat masalah jerawat berpunca daripada serangan bakteria Propionibacterium acnes dan S. epidermidis dalam kelenjar sebum. Kandungan astrigent dalam mnyak pati ros dapat menaikkan seri wajah. Campurkan minyak pati ros dalam botol semburan air untuk dijadikan sebagai face mist. Semburkan pada kulit wajah dengan kerap untuk kesihatan kulit dan wajah.

Mengeratkkan hubungan suami isteri

Sesebuah rumah tangga kadangkala terganggu disebabkan masalah isteri yang kurang keinginan untuk bersama. Selain daripada minyak pati Ylang ylang dan Vanila, kajian mendapati minyak pati ros juga berfungsi sebagai aphrodisiac yang membantu meningkatkan keinginan kepada hubungan intim suami isteri. Hal ini menjadikan hubungan suami isteri bertambah erat seterusnya dapat meningkatkan kebahagian rumah tangga.

Adunan minyak pati ros dalam NARINAR Rose Love

Adunan minyak pati ros digabungkan bersama minyak pati lavender, grapefruit dan bergamot dalam NARINAR Rose Love diformulasikan khas oleh Certified Profesional Aromatherapist yang sesuai untuk terapi diri wanita. NARINAR Rose Love ini mempunyai keunikan tersendiri dan mampu menjadikan wanita lebih berkeyakinan dan bahagia. Adunan aroma bunga dan sitrus menjadikan aromanya lebih grounding, bertenaga dan meningkatkan rasa cinta dalam diri wanita. Jom hargai wanita dengan NARINAR Rose Love!

 

Rujukan:

Rose Mentioned in the Works of Scientists of the Medieval East and Implications in Modern Science (Baser, 2017)

https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/1934578X1701200843

Relaxing Effect of Rose Oil on Humans (Hongratanaworakit, 2009)

https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/1934578X0900400226

Therapeutic Efficacy of Rose Oil : A Cmprehensive Review of Clinical Evidence (Mohebitabar et. Al, 2016)

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5511972/

Healthline : The Benefits of Rose Oil & How To Use It

https://www.healthline.com/health/rose-oil#1

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required