Depresi PostPartum – Punca & Simptom


Depresi Post Partum terjadi pada wanita sejurus selepas melahirkan bayi. Simptom yang boleh dilihat ialah kemurungan dan rasa putus asa. Ada juga ibu akan rasa bersalah kerana anda rasa tidak dapat jaga atau bonding dengan bayi anda.

Sebagai ibu baru, anda menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir. Anda juga mungkin tidak dapat tidur yang cukup, tanggungjawab baru dan juga sakit pada payudara jika anda menyusu badan.

Depresi Post partum bukan hanya berlaku pada ibu yang melahirkan anak pertama tapi boleh juga terjadi pada ibu yang melahirkan bayi bukan kali pertama.

Kenapa depresi post partum boleh terjadi?

Ada banyak sebab berlakunya depresi post partum termasuklah:

Hormon. Tahap hormon akan meningkat semasa mengandung. Selepas anda melahirkan bayi, tahap hormon akan terus menurun. Perubahan mendadak ini akan mencetuskan depresi pada sesetengah wanita. Sama macam bila anda datang bulan.

Sejarah depresi. Jika anda pernah menghidap depresi sebelum ini atau ada keluarga anda yang pernah menghidap depresi, anda mungkin boleh mengalami depresi postpartum.

Tekanan dan masalah. Jika anda tidak bersedia untuk mengandung atau pasangan dan keluarga tidak bantu menjaga bayi, anda mungkin jadi depresi sebagai ibu baru. Keadaan ini biasa terjadi pada ibu yang mempunyai masalah kewangan, masalah dengan dadah atau alkohol atau punca tekanan yang lebih besar.

Wanita yang terlalu muda dan tidak bersedia untuk jaga bayi juga berisiko mengalami depresi postpartum.

Simptom

Simptom anda mungkin tidak sama seperti wanita lain tapi ada persamaan yang anda boleh rasa

  • Kemurungan, hilang harapan
  • Rasa tidak mampu jaga bayi atau buat kerja rumah
  • Sering menangis, kadang kala menangis tanpa sebab
  • Masalah dalam rasa dekat dengan bayi atau bonding
  • Kurang berminat dengan makanan, penjagaan diri dan perkara yang anda biasanya suka
  • Tidur terlalu banyak
  • Susah fokus, belajar atau mengingat

Atasi depresi post partum seperti ini.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required