Erti Tangisan Bayi

Bayi memang comel. Tapi bila dia menangis tanpa kita faham sebabnya, semua orang ternganga tertanya tanya. Sebenarnya tangisan bayi ialah cara bayi berkomunikasi.

Bila dia gembiara dia gelak tapi bila dia nangis tak memang susah nak tahu dia lapar ke, perut kembung ke, panas ke. Memang banyak kemungkinan yang ada.

Jika anda ialah ibubapa baru pasti sukar memahami tangisan bayi. Kita pangil menangis tapi dia sebenarnya tengah beri klu pada kita apa yang dia mahu.

Untungnya Bahasa yang mereka gunakan bersifat universal. Macam tulah bayi di Eropah menangis, macam tu juga bayi mommies di rumah menangis.

Secara umumnya terdapat lima bunyi asas yang bayi buat sebelum menangis:

 

  1. Neh – lapar

 Bunyi ini dibuat dengan reflex sedutan dan lidah ditolak ke atas lelangit. Bayi juga akan hisap tangan atau cuba mencapai anda. Jika bayi mula menangis ia akan berirama dan kuat. Makin cepat anda beri kemahuannya makin cepat bayi akan rasa tenang dan diam.

 

  1. Eh – angin (burp)

Bunyi reflex ‘Eh’ ertinya bayi perlu burp. Ganguan pada gelombang udara yang terperangkap di dada tidak selesa pada bayi. Bunyi ‘Eh’ dilakukan untuk melepaskan udara melalui mulut.

Bayi akan beri ekspresi muka seperti sakit, mengecutkan badan, menyepak kaki, menggoyangkan tangan dan kaki.

Bayi akan mengelak jika anda mahu terus susukannya. Ini menunjukkan mereka tidak mahu lagi menyusu tapi mahu burp.

 

  1. Eairh – angin (gas)

Jika bayi ada ketidak selesaan perut, mereka akan mengeluarkan bunyi reflex ‘Eairh’ untuk memaklumkan pada anda. Bunyi ini dari udara yang terperangkap dari burp yang tidak dapat dilepaskan. Udara itu sudah sampai ke perut.

Di sini, otot usus akan mengetat dan memaksan gelombang udara keluar. Bunyi ini juga menunjukkan pergerakan usus sedang berlaku.

Bayi akan menangis sangat kuat, intense dan rhythmic. Bayi akan menangis sehingga angin keluar. Bantu bayi dengan angkat kaki bayi ke perutnya.

Jika pergerakan usus sedang berlangsung, bayi anda akan membengkokkan lututnya sehingga ke perut untuk membantu proses itu.

 

  1. Heh – tak selesa (panas, sejuk, basah)

Jika bayi mengeluarkan bunyi ‘Heh’ ertinya dia sedang stress, tidak selesa atau perlu tukar lampin. Bunyi ini terhasil kerana reflex pada kulit seperti berpeluh atau rasa gatal.

Bila bayi tidak selesa, mereka biasanya menangis perlahan dan berselang-seli. Tangisan bayi akan bertambah kuat jika anda membiarkannya.

 

  1. Owh – Penat

Bayi akan mengeluarkan bunyi ‘Owh’ untuk beri tahu anda bahawa mereka penat. Bunyi ini sama seperti sedang menguap.

Bayi juga akan menggosok mata. Dia akan menangis perlahan dan rendah. Makin lama makin kuat.  Jika bayi kepenatan, tangisannya seperti tangisan lapar. Jika anda dapat dengar bunyi ‘Owh’ sebelum menangis, anda akan dapat perbezaannya.

Dah tahu apa tanda bayi menangis? Cepat bertindak ikut klu yang bayi berikan sebelum tangisannya menjadi kuat. Lakukan aktiviti ini bersama pasangan anda.

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required