ESSENTIAL OIL YANG WAJIB ANDA PERLUKAN KETIKA TRAVEL

Seperti yang telah dijanjikan oleh perdana menteri Malaysia, kebenaran merentas negeri di seluruh negara telah bermula 11 Oktober 2021 setelah negara mencapai kadar vaksinasi lengkap 2 dos sebanyak 90%. Sudah tentu ramai yang telah merancang percutian bersama keluarga sama ada travel ke kampung halaman bertemu dengan ibu ayah tercinta, mahu pun sudah merancang untuk bercuti ke destinasi terpilih.

Pengumuman kebenaran merentas negeri kali ini seolah-olah meriah seperti menyambut hari perayaan. Lalu lintas jalan raya pun penuh sesak dengan kenderaan. Menjadi anak perantauan dalam tempoh yang lama sejak PKP dilaksanakan kali ini menguji emosi seseorang kerana perasaan rindu pada keluarga di kampung. Jadi ambil lah peluang kali ini untuk melepaskan rasa rindu pada keluarga anda.

Ketika anda merancang untuk pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti, jangan lupa untuk menyenaraikan beberapa perkara penting. Antara perkara yang banyak dikongsi kan oleh para blogger ialah pentingnya untuk anda melakukan servis ke atas kenderaan agar tiada kerosakan yang secara tiba-tiba berlaku menyebabkan perancangan anda tergendala.

Seterusnya, pastikan rumah anda selamat ditinggalkan agar tiada kecurian yang berlaku semasa ketiadaan anda. Pastikan anda memberitahu jiran tetangga mengenai ketiadaan orang di rumah. Selain itu, pelbagai perkara penting lain yang anda perlu ambil kira dan paling penting ialah persediaan daripada sudut kesihatan fizikal dan emosi ketika travel. Hal ini penting untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang terbaik. Bagaimana cara terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan emosi sepanjang tempoh travel ini? Caranya sangat mudah sahaja, pastikan 4 jenis Essential Oil ini ada bersama anda sepanjang masa iaitu set NARINAR Safari Roll On Series:

  1. NARINAR Safari Roll-On Bless You

NARINAR Safari Roll-On Bless You diadun dengan 100 % Pure Natural Essential Oil iaitu Frankincense (Gam Arab), Myrhh, Lemon, Lavender, Peppermint & Minimal Carrier Oil.  Siri Aromaterapi kanak-kanak ini diadun bersama minimal carrier oil atau minyak pembawa 100% tumbuhan semula jadi bertujuan penggunaan terus pada kulit. 

Kadangkala perubahan cuaca dan persekitaran ketika travel menjadikan anda mengalami ketidakselesaan pada fizikal anda seperti masalah pernafasan dan sebagainya. Keistimewaan bahan- bahan tumbuhan semula jadi dalam NARINAR Safari Roll-On Bless You ialah dapat melonggarkan mukus secara semula jadi serta melegakan ketidakselesaan pernafasan dengan aroma yang menyegarkan. Sememangnya Blended Essential Oil berbentuk Roll-On wajib dimiliki oleh setiap keluarga kerana kebaikan semulajadinya. Hanya golekkan sahaja.

  1. NARINAR Safari Casy Wind

Apabila pergi travel sudah pasti ramai yang meneliti tempat makan yang sedap dan menarik. Ketidakselesaan pada perut mungkin menjadi masalah untuk anda dan ahli keluarga yang lain. Pastikan NARINAR Safari Casy Wind sentiasa bersama anda. Ianya merupakan adunan 100 % Pure Natural Essential Oil iaitu Serai Wangi, Halia, Lemon, Bidara, Peppermint & Minimal Carrier Oil. Ianya juga sudah diadun dengan minimal carrier oil atau minyak pembawa 100% tumbuhan semula jadi bertujuan penggunaan terus pada kulit.

Antara keistimewaan bahan- bahan tumbuhan semula jadi dalam NARINAR Safari Casy Wind ialah dapat melegakan ketidakselesaan perut. Gunakan terapi urutan pada perut atau teknik Vitaflex pada tapak kaki. Seterusnya, ianya dapat melindungi kulit anda dari gigitan serangga seperti nyamuk. Lagi-lagi anda yang sukakan aktiviti berkhemah, jadi sangat penting Casy Wind ini berada dalam poket anda sepanjang waktu. Adunan tumbuhan semulajadinya juga menjadikan anda jauh lebih tenang.

  1. NARINAR Safari Roll-On Nighty Dream

Selain itu, masalah yang sering dialami ramai orang ketika aktiviti travel ialah masalah sukar tidur kerana perubahan tempat. Bukan itu sahaja, ada juga yang rasa loya dan pening kepala kerana perjalanan yang jauh. Jadi pastikan NARINAR Safari Roll-On Nighty Dream perlu ada di poket anda. Ia merupakan adunan 100% Pure Natural Essential Oil iaitu Chamomile, Lavender, Frankincense, Bidara, Epal Hijau, Sandalwood, Oren & Minimal Carrier Oil

Antara keistimewaan semula jadi bahan- bahan tumbuhan dalam NARINAR Safari Roll-On Nighty Dream ialah dapat melegakan sakit kepala serta menyeimbangkan emosi. Urutan boleh digunakan pada titik Vitaflex dan kawasan pelipis atau dahi. Seterusnya, NARINAR Safari Roll-On Nighty Dream dapat meningkatkan kualiti tidur kerana bau aromanya yang menenangkan. Ada juga ibu bapa yang susah hati menjaga anak-anak kecil yang meragam dan sukar tidur, gunakan sahaja Nighty Dream pada anak anda.

  1. NARINAR Safari Roll-On Claritie

NARINAR Safari Roll-On Claritie merupakan adunan 100% Pure Natural Essential Oil iaitu Chamomile, Sandalwood, Frankincense, Helichrysum, Kaffir Lime, Bidara, Bergamot, Vetiver, Grapefruit & Minimal Carrier Oil. Ianya juga sudah diadun dengan minimal carrier oil atau minyak pembawa 100% tumbuhan semula jadi bertujuan penggunaan terus pada kulit.

Antara keistimewaan bahan- bahan tumbuhan semula jadi dalam NARINAR Safari Roll-On Claritie ialah dapat meningkatkan daya fokus ketika memandu kenderaan. Gunakan teknik deep- inhale untuk menghidu aroma NARINAR Safari Roll-On Claritie. Pastikan perjalanan anda selamat dengan meningkatkan fokus pemanduan anda bersama teman baik Claritie.

Stay Safe and Take Care sepanjang waktu bersama NARINAR. Bagi yang pulang ke kampung halaman, jangan lupa hadiahkan sesuatu yang menarik untuk keluarga anda iaitu Set Essential Oil NARINAR sempurna buat yang tersayang. Tersenyum riang keluarga di kampung dengan hanya yang terbaik daripada NARINAR.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required