GET GONE HAND CREAM

Inginkan kulit tangan selembut bayi? Tangan adalah salah satu bahagian tubuh badan kita yang terawal untuk menunjukkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, tangan juga sering menjadi kering akibat pencucian yang kerap dalam satu hari kerana bakteria mudah membiak pada tapak tangan.  Justeru, penggunaan hand cream pada tangan amat penting. 

Get Gone Hand Cream keluaran terbaru NARINAR berasaskan bahan semula jadi dengan Essential Oil utama iaitu Orange Essential Oil dan Tea Tree Essential Oil. Teksturnya yang lembut dan ringan berbeza daripada Hand Cleanser yang sedia ada di pasaran. Ianya menjadikan Get Gone Hand Cream sangat eksklusif dengan aroma semulajadi buah oren. 

Selain daripada menggunakan Orange Essential Oil dan Tea Tree Essential Oil, bahan utama dalam formulasi yang digunakan ialah Aloevera Extract dan Green Tea Oil. Seterusnya, terdapat juga bahan-bahan tambahan lain yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam melengkapkan fungsi Get Gone Hand Cream ini iaitu  Sunflower Seed Oil, Grapefruit Oil, Perilla Leaf Extract dan Sweet Flag (Jerangau) Root Extract. Selain daripada fungsinya sebagai Hand Cleanser, teksturnya yang sangat mudah menyerap pada kulit dapat berfungsi untuk mengawal kelembapan pada kulit anda.

KEBAIKAN TERAPEUTIK DALAM KOMPONEN AKTIF

Orange Essential Oil dan Tea Tree Essential Oil secara saintifiknya mempunyai kebaikan terapeutik yang baik untuk kulit berdasarkan kandungan komponen aktifnya. Antaranya, Orange Essential Oil mempunyai kandungan Limonene dan Pinene serta Tea Tree Essential Oil mempunyai kandungan Terpinen-4-ol, y-Terpinene, dan a-Terpinene.

Secara keseluruhannya, Orange Essential Oil dan Tea Tree Essential Oil diketahui bersifat  Antibacterial, Antifungal, Antiseptic, Antimicrobial, Antioxidant, Insecticidal dan Disinfectant.

KEISTIMEWAAN GET GONE HAND CREAM

Get Gone Hand Cream juga mempunyai keistimewaan yang menjadikannya berbeza dengan Hand Cleanser yang lain. Antaranya,

1. Hand Cleanser direka khas untuk kebersihan kulit

Adunan keseluruhan bahan-bahan yang digunakan diketahui mempunyai sifat antibacterial, antimicrobial dan antiviral yang sangat baik untuk kebersihan kulit yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar. Teksturnya yang sangat mudah menyerap pada kulit dan bebas daripada bahan kimia yang berbahaya.

2. Membantu untuk melembapkan dan melembutkan kulit 

Sunflower seed oil, Tea Tree oil dan minyak yang lain bermanfaat untuk melembapkan kulit.. Kebanyakan minyak lain meninggalkan kesan berminyak pada kulit, tidak untuk adunan ini yang mudah menyerap pada kulit. Untuk sesiapa yang mempunyai kulit sensitif sangat sesuai menggunakan Get Gone Antibac Hand Cream.

3. Bantuan semulajadi dalam mengelakkan kehadiran serangga dan gigitan nyamuk

Sifat insecticidal yang terkandung dalam Get Gone Antibac Hand Cream sangat membantu untuk mengelakkan daripada kehadiran serangga seperti lalat yang bergejala membawa bakteria dan kuman yang berbahaya untuk kesihatan manusia. Seterusnya sebagai perlindungan semula jadi daripada gigitan nyamuk. Aromanya yang mudah diterima dan semula jadi untuk sapuan pada anak anda sebelum waktu tidur.

CARA PENGGUNAAN GET GONE HAND CREAM

  • Gunakan Get Gone Hand Cream sebagai Hand Cleanser selepas membasuh tangan atau selepas memegang sesuatu.
  • Get Gone Hand Cream juga boleh dijadikan sebagai Hand Lotion dan Body Lotion. Kulit anda sentiasa terhidrasi dan membantu untuk merawat luka kecil pada kulit.
  • Get Gone Hand Cream sebagai Mosquito Repellent Cream. Sapuan untuk bayi dan kanak-kanak untuk melindungi kulit daripada gigitan serangga dan nyamuk.

Tekstur Get Gone Hand Cream sangat mudah menyerap badan kulit dengan aroma  buah oren yang sangat mudah diterima orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Penggunaan hand cream adalah cara terbaik untuk menjaga tangan anda agar kelihatan lebih muda, sihat dan berasa lembut sepanjang hari.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required