HFMD; Apa yang mommies perlu buat?

MALAYSIA mencatatkan sebanyak 22,463 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) iaitu peningkatan sebanyak 12.8 kali ganda berbanding tahun lalu. HFMD adalah disebabkan oleh virus yang biasanya daripada kumpulan coxsackie enterovirus terutamanya virus coxsakcie A16 dan menyebabkan cecair lepuh pada tangan dan kaki, dalam mulut serta di kawasan ‘nappy’. Bilangan angka yang meningkat saban hari tentunya merisaukan para mommies sekalian, lebih-lebih lagi mudah dijangkiti dalam musim perayaan ini.

Tanda dan Gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.

HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat yang disusuli dengan kurang selera makan. Dalam sehari atau dua, luka (ulser) di mulut akan timbul. Sebilangan kanak-kanak mungkin mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang berkemungkinan menjadi lepuh. Ruam ini juga boleh terjadi pada lutut, siku dan bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah ini biasanya tidak menyebabkan kegatalan.

Kekeringan badan atau dehidrasi akan mudah terjadi disebabkan ada sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit pada mulut. Tidak semua kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami tanda dan gejala yang sama. Sesetengah kanak-kanak mungkin hanya mengalami ruam merah atau lepuh pada kulit atau luka pada mulut. Sebilangan kanak-kanak lain mungkin dijangkiti tanpa kehadiran sebarang tanda atau gejala.

Bagaimana Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut berjangkit?

Penyakit HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit. Virus penyebab penyakit ini boleh ditemui di hidung, tekak, cecair lepuhan kulit dan pada najis pesakit. Virus akan tersebar daripada pesakit kepada orang lain (khususnya kanak-kanak) melalui:

  • Batuk atau bersin;
  • Hubungan rapat contohnya bermain;
  • Berlaku sentuhan dengan cecair lepuhan atau najis pesakit;
  • Perkongsian peralatan makanan seperti sudu, garpu atau peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan berus gigi;
  • Bersentuhan dengan permukaan atau barang yang telah dijangkiti virus seperti pemegang pintu tandas.
  • Pesakit boleh menyebarkan virus dalam tempoh seminggu ia mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit HFMD.

HFMD; Apa yang mommies perlu buat?

Dalam mendepani cabaran pelbagai penyakit yang mudah menular ini, tentunya para mommies di luar sana perlukan persedian dan perlindungan yang terbaik buat yang tersayang. Jom ikuti langkah di bawah ini dalam menghadapi cabaran HFMD:

  • Meningkatkan kesedaran dan keupayaan mengenalpasti tanda-tanda penyakit HFMD pada kanak-kanak yang kurang sihat seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut;
  • Memastikan anak berada di rumah dan tidak membawa anak ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan. Maklumkan pusat jagaan, tadika atau sekolah anak-anak anda mengenai penyakitnya;
  • Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • Pastikan peralatan makanan dan barangan peribadi anak anda seperti tuala, sudu, garfu, cawan dan sebagainya sentiasa bersih dan tidak dikongsikan dengan kanak-kanak lain. Pastikan peralatan ini dibawa balik setiap hari untuk dicuci bersih.
  • Membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan sabun dan air bersih;
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang ke dalam tong sampah yang bertutup.

O-Rangers bantuan terapi terbaik

Gabungan Essential Oil Orange, Tea Tree, Cinnamon, Clove & Marjoram, powerful combination to stay safe! Manfaat antibacterial dan antiseptic Essential Oil seperti Orange, Cinnamon dan Clove dalam O-Rangers membantu meredakan keradangan yang dialami. Sifat antibacterial & immunomodulatory juga bertindak untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan melawan penyakit disamping bantu membasmi kuman dan bakteria.

Antiseptic semulajadi untuk melegakan keradangan kulit yang dialami terutamanya yang dialami oleh kanak-kanak. Aroma buah oren yang menyegarkan dan mampu melegakan kegatalan yang dialami. Komponen aktif monoterpenes seperti Limonene iaitu dalam O-Rangers berupaya membantu meningkatkan kadar sel darah putih. Di NARINAR sendiri, formulasi Essential Oil Blend O-Rangers mempunyai kandungan Orange Essential Oil dengan peratusan Limonene yang tinggi berupaya meningkatkan kadar sel darah putih untuk melawan penyakit.

Rujukan:

8 Science-Based Ways Essential Oils Support the Immune System.

https://www.aromahead.com/blog/8-science-based-ways-essential-oils-support-the-immune-system-acp?_hsmi=200842097&_hsenc=p2ANqtz-_2dAJlk_LxEDphjDKPYZJxcRkyrGD3yjhpnRhwX2V4Rfu1Uo-5zizAoMOSQmt6k9LiMGydUQzaFF3b9EXULL1oEw2tqg&utm_source=ahw-email

Soalan Lazim (FAQ) Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease, HFMD)

Soalan Lazim (FAQ) Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot and Mouth Disease, HFMD)

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required