IDEA HADIAH AROMATERAPI TERBAIK 2022

“Bahasa kasih sayang” merupakan salah satu cara untuk menyampaikan perasaan cinta kita kepada seseorang termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa atau sahabat. Setiap orang mempunyai bahasa kasih sayang yang berbeza. Menurut Dr. Gary Chapman di dalam bukunya yang bertajuk “The Four Seasons of Marriage”, terdapat 5 bahasa kasih sayang dan setiap orang mempunyai 5 bahasa kasih sayang tetapi ada 1 atau 2 bahasa kasih sayang yang lebih menonjol berbanding yang lain.

Dengan bahasa kasih sayang ini, seseorang akan rasa dirinya dihargai dan disayangi. Antara bahasa kasih sayang yang dikongsikan oleh Dr. Gary Chapman ialah yang pertama, kata-kata penghargaan serta pujian. Ungkapan sayang sangat bermakna bagi seseorang yang sukakan kata-kata yang indah. Seterusnya, masa berkualiti bersama yang sangat diperlukan oleh seseorang yang sukakan aktiviti bersama. Ketiga, “act of service” iaitu seseorang yang sukakan pertolongan melalui kerja-kerja rumah, sebagai contoh, suami yang membantu isteri memasak dan menjaga anak menunjukkan tanda kasih sayang kepada isteri. Keempat, sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan tangan yang buatkan seseorang rasa sangat dihargai.

Bahasa kasih sayang yang kelima ini iaitu pemberian hadiah memang memerlukan modal tetapi seseorang yang sukakan hadiah sangat menghargai pemberian anda. Dalam Islam juga, Rasulullah amat menggalakkan pemberian hadiah kerana pemberian hadiah dapat mewujudkan perasaan kasih sayang sebagaimana bertepatan dengan petikan hadis; 

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang”

Barang elektrik, bunga, patung, alatan rumah dan sebagainya mungkin sudah menjadi satu kebiasaan. Mungkin anda tertanya-tanya sesuatu pemberian hadiah yang unik dan sangat bermanfaat untuk orang yang tersayang. Di sini ada beberapa idea hadiah aromaterapi terbaik untuk tahun 2022 yang ingin kami cadangkan. Antaranya ialah:

Set Bundle of Joy:
Set terbaik bagi yang baru menimang cahaya mata

Bundle of Joy ini merangkumi 3 top Essential Oil yang bermanfaat untuk seseorang yang baru menimang cahaya mata. Dengan cabaran virus covid yang berpotensi besar menyerang sesiapa sahaja tentunya membimbangkan lebih-lebih lagi buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Bundle of Joy ini merangkumi NARINAR Frankie, NARINAR Sidrie dan NARINAR Ellgrie yang membantu seseorang dalam cabaran menuju endemik ini.

Aroma NARINAR Frankie yang refreshing, soothing & citrusy sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri, the king oils Frankincense yang berfungsi sebagai immunomodulatory dimana komponen aktif ini membantu menyokong sistem ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dan melancarkan sistem pernafasan.

Aroma NARINAR Sidrie yang soft, grounding & calming ini juga menjadi pilihan utama para ibu bapa. Anak-anak perlukan tidur yang cukup dan berkualiti sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sistem imun badan. Komponen aktif Linalool dalam Lavender mengawal diri agar lebih tenang.

Aroma NARINAR Ellgrie lemony scent, persistent & herbal diperkaya dengan fungsi Serai Wangi untuk melegakan ketidakselesaan perut anak anda. Adunan aroma lemon & peppermint dalam Ellgrie ini bertindak sebagai ejen cleansing & antibacterial untuk membersihkan udara rumah anda apabila digunakan bersama NARINAR Ultrasonic Diffuser.

Set WanderLust:
Set terbaik buat pasangan yang baru berkahwin dan yang sudah lama berkahwin

Bagi seseorang yang inginkan sesuatu yang unik untuk dihadiahkan buat pasangan baru berkahwin atau yang sedang menyambut ulang tahun perkahwinan Set WanderLust ini adalah pilihan terbaik. WanderLust ini merangkumi NARINAR Rose Love dan NARINAR Deep Must-Cle.

NARINAR Rose Love adalah gabungan adunan 4 terapeutik Essential Oil seperti Ros, Lavender, Grapefruit dan Bergamot. Rose Love ini diformulasikan khas buat wanita bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah wanita seperti hormon dan emosi yang tidak stabil, ketidakselesaan ketika haid dan sebagainya. Rose Essential Oil dalam NARINAR Rose Love ini mempunyai fungsi analgesic dan anti-inflammatory yang membantu untuk melegakan ketidakselesaan haid yang dialami wanita. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai keistimewaan Rose Essential Oil yang lain anda boleh klik https://narinar.com/aroma-ros-terapi-buat-wanita/

NARINAR Deep Must-Cle pula adalah gabungan adunan 4 terapeutik Essential Oil seperti Angelica Root, Peppermint, Chili Seed dan Black Pepper. Aromanya yang nyaman, sedikit ‘sharp’, segar dan melegakan pengguna. Sangat sesuai dijadikan sebagai minyak urutan buat suami yang penat bekerja dan isteri yang letih menguruskan tugasan di pejabat mahu pun rumah. Black Pepper Essential Oil dalam NARINAR Deep Must-Cle ini mempunyai sifat anti-inflammatory berfungsi untuk mengurangkan lenguh dan keletihan dan yang dialami.

Set Safaa:
Hadiah Travel dan Umrah

Anda nak hadiahkan sesuatu yang eksklusif dan mudah digunakan untuk ahli keluarga atau sahabat yang ingin berangkat mengerjakan umrah atau anda sudah merancang bercuti serta ingin membuat persediaan lengkap ketika travel. Set Safaa ini sangat diperlukan dan memudahkan ketika anda sedang bercuti. Set ini merangkumi NARINAR Frankie, NARINAR Ellgrie dan NARINAR Deep Must-Cle.

Adunan beberapa Essential Oil dalam NARINAR Frankie seperti Frankincense Essential Oil berfungsi membantu untuk mengurangkan keradangan pernafasan dan meningkatkan ketahanan tubuh badan melawan penyakit seperti selsema dan demam disebabkan perubahan cuaca dan lokasi ketika dalam perjalanan. Selain itu, ketika bercuti akan menjadi suatu kebiasaan untuk anda makan di lokasi-lokasi popular. NARINAR Ellgrie sangat diperlukan bagi membantu melegakan ketidakselesaan perut . NARINAR Deep Must-Cle pula memang wajib diperlukan bagi melegakan keletihan/lenguh otot dan sengal-sengal badan akibat banyak berjalan ketika bercuti.

Get Gone Hand Cream:
Hand Cleanser untuk kawan-kawan dan keluarga

Anda suka hadiah yang comel dan mudah dibawa ke mana-mana? NARINAR Get Gone Hand Cream ini menjadi pilihan terbaik berasaskan bahan ekstrak semula jadi yang utama iaitu Orange Essential Oil dan Tea Tree Essential Oil. Teksturnya yang lembut dan ringan berbeza daripada Hand Cleanser yang sedia ada di pasaran. Ianya menjadikan NARINAR Get Gone Hand Cream sangat eksklusif dengan aroma semulajadi buah oren. Selain daripada fungsinya sebagai Hand Cleanser, teksturnya yang sangat mudah menyerap pada kulit dapat berfungsi untuk mengawal kelembapan pada kulit anda.

Krave Away:
Hadiahkan buat sahabat yang ingin berdiet sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan

Anda ada sahabat atau ahli keluarga yang ingin berdiet tetapi perancangannya asyik tidak menjadi? Anda nak hadiahkan sesuatu yang unik kepada seseorang dalam bulan Ramadan ini? NARINAR Krave Away Essential Oil Blend ini merupakan bantuan semula jadi yang diformulasi khas untuk membantu mengawal diet. NARINAR Krave Away Essential Oil Blend mengandungi 6 jenis terapeutik 100% Pure Natural Essential Oil seperti Mandarin Orange, Peppermint, Ginger, Lemon, Cinnamon dan Sweet Fennel.

Bagaimana NARINAR Krave Away ini bertindak? Krave Away ini bertindak dengan fungsi komponen aktif seperti limonene dalam Mandarin Orange dan Lemon yang memberikan rasa bertenaga dan mudah berasa kenyang. Fungsi anti-obesity dalam Mandarin Orange Essential Oil dapat mengurangkan kuantiti pemakanan, mendatangkan rasa mudah kenyang dengan bantuan sistem neurohormonal. Sistem ini menghantar isyarat bau dari hidung ke hypothalamus dan mengarahkan sistem badan untuk mengawal pengeluaran hormon Leptin untuk mengurangkan selera makan dan merencat hormon Ghrellin yang mencetuskan rasa lapar.

Kesemua idea hadiah aromaterapi ini merupakan satu kelainan buat si pemberi dan penerima. Selain daripada menggembirakan orang tersayang, hadiah aromaterapi ini sudah tentu dapat memberikan ketenangan dengan manfaat aromaterapi yang tersendiri. Menarik kan?!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required