KEISTIMEWAAN AROMA SERAI YANG WAJIB MOMMIES TAHU

Jom belajar dan ketahui serba sedikit khasiat serai wangi yang sebenarnya banyak digunakan sebagai rawatan tradisional. Serai wangi merupakan spesis Cymbopogon daripada keluarga Poaceae. Serai wangi merupakan sejenis rumput yang berbau wangi dan hampir mempunyai persamaan dengan serai makan. Serai wangi digunakan untuk kegunaan luar tubuh manakala serai makan boleh dimakan dan digunakan dalam masakan.

Dalam rawatan tradisional, daun serai wangi direbus dan airnya digunakan sebagai air mandian bagi wanita yang berpantang. Khasiat daun serai wangi membantu untuk membuang lebihan angin dalam badan, mengurangi sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan dan aromanya menyegarkan serta menenangkan wanita yang sedang berpantang.

 

Keistimewaan Minyak Pati Serai Wangi

Tahukah anda, serai wangi yang diekstrak dan dijadikan minyak pati banyak digunakan sebagai bahan campuran dalam produk berasaskan kebersihan seperti spray penghalau serangga dan multipurpose cleaner. Kandungan komponen aktif seperti Citronella, Citronellol & Geraniol dalam minyak pati serai wangi atau dikenali sebagai Citronella Essential Oil mempunyai fungsi repellent, antifungal dan antibacterial untuk menghalau serangga perosak.

Aromanya yang fresh, green dan lemony juga membantu untuk meningkatkan fokus dan tenaga. Umpama berada dalam ladang serai wangi, aroma sebegini pastinya menjadi pilihan bagi Oilers. Kenapa para mommies perlu tahu mengenai keistimewaan minyak pati serai wangi ini? Hal ini kerana, minyak pati serai wangi ini membantu memudahkan kerja mommies dalam menguruskan anak-anak. Jom teruskan pembacaan untuk ketahui lebih lanjut mengenai keistimewaan minyak pati serai wangi ini:

1. Mengurangkan ketidakselesaan perut

Pernahkah para mommies alami situasi di mana si kecil menangis kegelisahan, perut kembung dan kadangkala cirit birit. Tanpa ketahui cara yang betul untuk melegakan ketidakselesaan anak-anak, mesti mommies kelam kabut lagi-lagi ketika anak meragam dan merengek.

Kandungan analgesic dan anti-inflammatory dalam minyak pati ini membantu mengurangkan ketidakselesaan perut si kecil anda. Pastikan minyak pati serai wangi sudah dicairkan dengan carrier oil sebelum digunakan pada kulit anak. Paling mudah, gunakan NARINAR Ellgrie yang sudah diadun dengan beberapa minyak pati lain dan minyak pembawa. Dapatkan kesan yang optimum dengan teknik urutan vitaflex. Titikkan 1 hingga 2 titis minyak pati pada tapak tangan dan urut lembut pada bahagian perut membulat pusingan arah jam jika anak sembelit, atau urut lembut perut membulat pusingan lawan jam jika anak cirit birit.

 

2. Membantu melancarkan sistem penghadaman

Pernahkah mommies mengalami situasi yang sama di mana anak kecil anda sering menolak bila anda menyuap makan? Antara faktor yang menyebabkan anak kecil anda menolak makanan adalah masih merasa kenyang dengan susu formula dan ada kemungkinan juga anak kecil anda mengalami masalah penghadaman yang menyebabkan perutnya tidak selesa dan terpaksa menolak makanan. Kandungan komponen aktif Citronella dan Citronellol dalam minyak pati serai wangi mempunyai fungsi antispasmodic iaitu membantu melegakan simptom-simptom Irritable Bowel Syndrome (IBS) seperti masalah penghadaman yang dihadapi si manja anda.

3. Melindungi kulit daripada gigitan serangga

Ada ke para mommies yang jika bangun pada awal pagi terus cek tangan dan lengan anak anda untuk memastikan tiada gigitan nyamuk pada anak. Kesan gigitan merah pada anak mungkin merisaukan mommies. Mana tidaknya si kecil akan menggaru dan meninggalkan kesan pada kulit. Ciri repellent dalam minyak pati serai wangi bertindak untuk melindungi kulit si kecil anda daripada gigitan nyamuk. Titikkan beberapa minyak pati serai wangi pada diffuser untuk perlindungan optimum buat si kecil anda sebelum tiba waktu tidur atau gunakan sahaja NARINAR Ellgrie.

4. Membersihkan udara rumah

Aroma minyak pati serai wangi yang menyegarkan dan uplifting serta mempunyai ciri cleansing dapat membersihkan udara rumah anak. Anak kecil yang mudah terdedah dengan kuman dan bakteria yang tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar. Ciri antibacterial dan antifungal dalam minyak pati serai wangi ini juga berfungsi melindungi si kecil anda.

Happy Tummy with Ellgrie

Tahukah mommies sekalian, mommies boleh dapatkan manfaat aroma minyak pati serai wangi yang siap diadun dengan beberapa minyak pati lain yang sedia diguna dalam satu botol NARINAR Ellgrie. Aroma NARINAR Ellgrie yang lemony, persistent & herbal diperkaya dengan fungsi Serai Wangi untuk melegakan ketidakselesaan perut anak-anak. Adunan aroma lemon & peppermint juga bertindak sebagai ejen cleansing & antibacterial untuk membersihkan udara rumah anda. Dalam mendepani cabaran endemik ini dan ada sesetengah yang terpaksa melalui proses kuarantin, NARINAR Ellgrie ini sangat diperlukan. Happy tummy with NARINAR Ellgrie!

 

 

 


Rujukan:

What You Need to Know About Citronella Essential Oil (Medically reviewed by Debra Rose Wilson, Ph.D., MSN, R.N., IBCLC, AHN-BC, CHT)

https://www.healthline.com/health/citronella-oil#benefits

Biological activity of Cymbopogon schoenanthus essential oil (Hashim et. Al, 2017)

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6169510/pdf/main.pdf

Chemical analysis and therapeutic uses of citronella oil from Cymbopogon winterianus: A short review (Wany et. Al, 2013)

https://www.researchgate.net/publication/304488601_Chemical_analysis_and_therapeutic_uses_of_citronella_oil_from_Cymbopogon_winterianus_A_short_review#:~:text=treated%2C%20Citronella%20can%20be%20clarifying%20and%20balancing.&text=a%20brightening%20effect%20to%20the%20mind.&text=mosquito%20repellent%2C%20antiparasitic%2C%20nematicidal,antifungal%20and%20anti%2Dbacterial%20agents.

Essential oils of Cymbopogon schoenanthus (L.) Spreng. from Algerian Sahara: chemical variability, antioxidant, antimicrobial and insecticidal properties (Aous et. Al, 2019)

https://www.researchgate.net/publication/332949606_Essential_oils_of_Cymbopogon_schoenanthus_L_Spreng_from_Algerian_Sahara_chemical_variability_antioxidant_antimicrobial_and_insecticidal_properties

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required