KENAPA ANDA PERLU AMBIL BERAT MENGENAI KESIHATAN KAKI ?

Kaki merupakan anggota yang penting untuk menampung berat badan seseorang. Bukan itu sahaja, kaki juga memudahkan seseorang untuk bergerak kemana sahaja bagi menyempurnakan aktiviti harian. Tahukah anda bahawa menurut Pakar Ortotik Pusat Rehabilitasi Antarabangsa Sunfeet Petaling Jaya, Datuk Dr Edmund Lee, dianggarkan 80 peratus individu di Malaysia mempunyai masalah kaki tertentu seperti pemakaian kasut bertumit tinggi yang menyebabkan tekanan pada tulang dan otot.

Kita tidak menafikan bahawa terdapat golongan yang kerap mengalami masalah kaki berpunca daripada faktor penambahan usia seperti golongan tua. Faktor kerjaya seperti para nurse dan cikgu juga tidak terkecuali mengalami masalah pada kaki. Tugas nurse yang sangat mencabar, waktu kerja yang padat, dan banyak berjalan untuk memantau para pesakit mempunyai potensi besar untuk kaki mengalami keletihan dan rasa lenguh. 

Selain itu, para cikgu juga tidak ketinggalan mengalami masalah keletihan dan lenguh pada kaki dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik para pelajar. Berdiri dalam keadaan yang lama, menaiki tangga untuk ke kelas dan memakai kasut tumit tinggi juga mengganggu keselesaan pada kaki.

Kesan kepada masalah kaki

Walaupun ramai yang seolah-olah tidak mengambil serius berkenaan masalah kesihatan ini, perlu diingat kaki juga seharusnya diberi perhatian khusus kerana anggota penting itu mempunyai peranan terbesar dalam kehidupan seharian. Wajah dan bentuk badan cantik tidak memberikan apa-apa makna sekiranya kaki tidak dijaga rapi yang akhirnya meninggalkan kemudaratan pada kesihatan seseorang.

Antara kesan kepada keletihan dan lenguh kaki ini ialah ianya mengganggu rutin harian seseorang jika kesakitan berterusan. Selain itu, kaki yang tidak dijaga boleh menyebabkan kepada masalah lain seperti kaki berbau akibat daripada kemunculan bakteria pada bahagian kaki. Seterusnya, keletihan dan lenguh kaki juga boleh menjejaskan emosi seseorang. Anda nampak jelaskan bahawa anggota kaki ini mempunyai peranan besar dalam kehidupan seseorang.

Tips penjagaan kaki

Penjagaan kaki perlu menjadi keutamaan agar kaki sihat dan selesa untuk melakukan rutin harian. Anda boleh ikuti tips yang mudah ini untuk penjagaan kaki:

  • Pakai kasut yang selesa dan sesuai dengan saiz kaki dan berat badan anda. Ini sangat penting untuk mengurangkan tekanan pada otot dan tulang kaki. Pilih kasut yang mempunyai fabrik dan bentuk yang direka khas untuk kesihatan kaki.

  • Pastikan kulit kaki lembut dan licin. Sapukan losyen pada bahagian atas dan bawah kaki. Ini memastikan kulit sentiasa lembut dan tidak kering.

  • Potong kuku kaki setiap minggu atau sekerap mungkin apabila dirasakan perlu. Potong secara menegak dan gosok hujung kuku dengan aksesori yang sesuai untuk meratakan bucu pada hujung kaki

  • Basuh kaki setiap hari. Cuci kaki anda dengan air suam, bukan air panas setiap hari. Lap kaki terutama di celah jari hingga benar-benar kering. Kaki yang lembap boleh menyebabkan ia berbau dan menyediakan ruang sesuai untuk pembiakan bakteria.

  • Rendaman kaki dengan Foot Bomb. Manfaat terbesar merendamkan kaki di dalam air suam ialah rasa tenang bermula dari kaki ke keseluruhan badan. Dengan penambahbaikan bersama NARINAR Foot Bomb essential oil infused, memberi kesan yang baik terhadap mood, emosi, tahap tenaga, kualiti tidur dan ketidak selesaan badan.

Kesimpulannya, penjagaan kaki amat perlu dititik beratkan kerana semuanya bermula daripada kaki. Ikuti sahaja tips mudah diatas untuk penjagaan kaki anda.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required