KUARANTIN TENANG DENGAN MANFAAT AROMATERAPI

Peningkatan berterusan kes jangkitan Coronavirus 2019 (Covid-19) sejak beberapa minggu ini menimbulkan perasaan resah dan risau dalam kalangan ibu bapa kerana varian terbaru yang melanda negara iaitu Omicron lebih mudah tersebar dan menjangkiti sesiapa sahaja termasuk golongan kanak-kanak. Dapatan terkini mengesan kenaikan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 160% dalam kalangan kanak-kanak. Sudah tentu para ibu bapa ketika ini menghadapi satu situasi yang sangat sukar jika virus Covid-19 ini terus menular dan menjangkiti anak-anak dan diri mereka sendiri.

Tempoh kuarantin yang perlu dilalui memakan masa beberapa hari (berbeza mengikut jumlah dos vaksin yang diambil) tentunya meninggalkan kesan dalam diri seseorang seperti gangguan fizikal, emosi, mental, spiritual, persekitaran dan sebagainya. Memang mudah untuk berkata atau menasihati seseorang supaya bersabar di saat mendepani ujian dan cabaran tempoh kuarantin tetapi ianya amat sukar untuk dihadapi.

Oleh itu, dalam menjalani tempoh kuarantin, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh para pesakit atau kontak rapat kepada jangkitan Covid-19 ini. Ini membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit berjangkit ini di samping menghilangkan rasa bosan. Antara tips yang mudah dipraktikkan adalah:

Menjaga pemakanan

Makanan menjadi sumber tenaga utama bagi seseorang sepanjang tempoh kuarantin. Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat dan Vitamin C yang cukup untuk meningkatkan sistem imunisasi badan anda. Bawang putih, halia, kekacang dan tempe merupakan makanan yang disarankan oleh pakar untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan air kosong secara konsisten bagi mengekalkan kadar air dalam badan anda.

Aktif bergerak

Menjalani tempoh kuarantin bukanlah satu tiket untuk anda berehat semata-mata. Lakukan aktiviti-aktiviti senaman ringan seperti berjalan di ruang tamu, berlari setempat, ataupun berzumba. Pergerakan membantu anda berasa lebih ‘familiar’ dengan persekitaran kuarantin anda.

Aktiviti yang disukai

Bagi mengelakkan rasa bosan, ini adalah masanya untuk anda melakukan perkara yang disukai atau meneruskan hobi anda seperti membaca buku, menonton filem, mendengar ceramah keagamaan, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu anda untuk berfikiran lebih terbuka dan positif mendepani cabaran jangkitan Covid-19. Positive vibes daripada aktiviti-aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan gangguan fizikal dan emosi yang mungkin dihadapi sepanjang menjalani tempoh kuarantin.

Bagaimana aromaterapi essential oil membantu ketika menjalani tempoh kuarantin?

Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, terdapat juga alternatif lain yang dapat membantu anda menjalani tempoh kuarantin dengan lebih tenang dan selesa iaitu melalui penggunaaan Essential Oil. Antara manfaat penggunaan Essential Oil ialah:

Perlindungan semulajadi sepanjang tempoh kuarantin

Selain daripada pemakanan yang sihat dan pengambilan Vitamin C, perlindungan semulajadi adalah amat penting dalam mencegah sesuatu penyakit. Beberapa dapatan kajian menyatakan bahawa essential oil dapat membantu mengurangkan penularan kuman, bakteria dan virus dengan adanya ciri antibacterial, antimicrobial dan antiviral pada komponen aktif yang ada padanya. Sebagai contoh, komponen aktif limonene dalam orange essential oil, terpinen-4-ol dalam tea tree essential oil dan eugenol dalam clove essential oil boleh bertindak sebagai perlindungan semula jadi untuk anda. 

Seterusnya, ciri immunostimulant yang ada pada komponen aktif tea tree essential oil dan clove essential oil secara semulajadinya menyokong ketahanan tubuh badan untuk melawan penyakit dengan merangsang sistem imunisasi badan. Sifat terapeutik seperti purifying, antibacterial dan antiseptic yang ada pada kompnen aktif limonene dalam orange essential oil dan lemon essential oil membantu anda untuk melindungi diri daripada serangan penyakit.

Menstabilkan emosi dan menjadikan diri lebih positif

Emosi yang tidak stabil pastinya menjadikan suasana kuarantin agak tegang. Emosi yang stabil dan positif amat penting sepanjang menjalani tempoh kuarantin. Komponen aktif limonene dalam lemon essential oil bertindak sebagai mood booster untuk memastikan kecergasan diri berada dalam keadaan yang baik dan optimum. Selain itu, komponen utama dalam lavender essential oil, iaitu linalool diketahui melalui siri penyelidikan dapat membantu menenangkan nervous system dan mengurangkan kegelisahan.  

Persekitaran yang lebih tenang dan bersih

Sepanjang menjalani tempoh kuarantin sudah semestinya persekitaran anda menjadi kelam dan kurang selesa. Essential oil adalah selamat dan fleksibel untuk digunakan bagi memastikan keluarga anda mendapat perlindungan yang lebih optimum sepanjang tempoh kuarantin. Ciri cleansing terutamanya dalam aroma essential oil dari kumpulan sitrus membantu melancarkan sistem pengudaraan rumah, menghilangkan bau hapak dan membasmi kuman. Manfaatnya lebih mudah tersebar dengan penggunaan Narinar Ultrasonic Diffuser.

Kesimpulannya, tempoh kuarantin anda akan menjadi lebih tenang dan selesa dengan adanya perlindungan optimum daripada manfaat semula jadi Essential Oil. Dapatkan konsultasi dan cara penggunaan yang betul daripada pakar aromaterapi anda because you deserve a great essential oils experience!

Rujukan:

  1. Biological Activties and Safety of Citrus spp. Essential Oil. (Dosoky & Setzer, 2018)
  2. Assesement of Essential Oil as a Potential Anti-Obersity Agent:  A Narrative Review.     (Rashed, Nawi & Sulaiman, 2016) 
  3. Current and Potential Use of Citrus Essential Oil. (Palazzolo, Laudicina & Germana, 2013)
  4. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-peningkatan-besar-kes-kanakkanak-keadaan-sangat-membimbangkan-khairy-347269

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required