Search

Mengenai Kami

Edit

Ini cerita NARINAR

Epilepsi adalah keadaan gangguan saraf otak yang sangat serius. Kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui bahawa penyakit-penyakit ringan boleh salah satu faktor berlakunya serangan epilepsi bagi seseorang yang menghidapai Epilepsi.

Itulah pengalaman yang dilalui oleh Kak Erin bersama anak sulung tersayang. Kak Erin tidak pernah berhenti untuk mencari cara mengurangkan faktor yang menyebabkan serangan kepada anak tersayang. Faktor seperti simptom sakit ringan, tekanan, kepenatan boleh kita kawal dengan sokongan terapi luaran dan emosi yang tenang.

Kak Erin menemui penyelesaian melalui pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan yang digabungkan sekali dengan teknik terapi urutan yang menjadi satu formulasi terbaik yang akhirnya menjadi jenama NARINAR.

Minyak pati & aromaterapi bukan lah menjadi penawar secara total. Namun ia memberi sokongan kepada kualiti kesihatan, emosi dan hubungan kekeluargaan. Bermula dari sinilah, pasangan ini mula berkongsi manfaat yang telah mereka lalui kepada ibu bapa lain khususnya.

Edit

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke keluarga Narinar.
Ribuan terima kasih Kak Erin ucapkan kerana memilih Narinar untuk keluarga bahagia anda. Saya Shazren Shah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Erin merupakan pengasas Narinar dan juga Pengarah Urusan syarikat Narinar Group Sdn. Bhd.

Alhamdulillah berkat sokongan anda semua, Narinar masih berdiri teguh dan terus menyampaikan manfaat untuk membantu kesihatan dan perkembangan anak serta hubungan kasih sayang di dalam keluarga.

Narinar wujud disebabkan pengalaman anak sendiri yang sakit kronik. Yang mana keadaan anak amanah Allah ini semakin hari semakin baik dengan penggunaan formulasi Narinar secara konsisten, disamping gabungan usaha alternatif dan konvensional yang lain. Dan ia menjadi kekuatan untuk Kak Erin terus menyebarkan manfaat ini.

Kak Erin

Dengan solusi terbaik melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungkan dengan teknik terapi urutan atau sentuhan, ia membwa perubahan besar dalam kehidupan kami sekeluarga.

Tekad untuk terus berkongsi pengalaman dan manfaat, Kak Erin melanjutkan pengajian dalam bidang Aromaterapi dan pensijilan khas dalam urutan dan pengiktirafan dari Persatuan Urutan Bayi Antarabangsa.

Terima kasih kepada semua pengguna Narinar, leaders Narinar, pengedar, pemilik butik bayi & anak, pemilik taska yang memberi kepercayaan kepada Narinar. Anda telah membuat keputusan paling tepat untuk menyertai keluarga Narinar.

Jutaan terima kasih kepada semua pengguna Narinar kerana memberi kepercayaan penuh terhadap kit terapi Narinar. Sesungguhnya tanggungjawab Kak Erin dan pasukan Narinar amat besar untuk memastikan solusi terbaik untuk anak dan keluarga kita semua. Dengan izin-Nya inshaAllah.

NARINAR Squad Team

KONSULTAN NARINAR ANDA

Kak Erin juga komited untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berbisa dalam sektor solusi anak dan keluarga.
Dengan komitmen penuh, anda mampu mencapai impian bersama Narinar. Potensi anda di Narinar ialah tanpa had, siapa buat dia pasti dapat! Amin ya Mujib.

Dengan kekuatan pasukan yang kami gelarkan Narinar Squad, kami komited untuk terus menyampaikan manfaat Narinar kepada ibu bapa khasnya di Malaysia.
Apabila anda membuat keputusan terbaik menyertai pasukan Narinar, secara automatik menjadi tanggungjawab Narinar untuk memastikan anda mampu menjana pendapatan dan merubah hidup bersama Narinar.

Telah banyak testimoni hebat, antaranya wanita bekerja yang menggiatkan diri dalam perniagaan bersama Narinar secara separuh masa, mampu membuat jualan lebih RM60 000

sebulan.

Semua ini tidak mustahil kerana di Narinar, anda akan dipimpin dan diberi latihan intensif dari segi pemasaran dan jualan. Bukan dibiarkan terumbang-ambing dalam dunia

perniagaan yang penuh cabaran ini.

Kami percaya, keluarga yang gembira dari segala aspek, baik kesihatan, hubungan kasih sayang ibu bapa dan anak, dan kewangan mampu melahirkan masyarakat yang lebih

berkualiti demi negara, ummah dan agama.

Nak Tahu Lebih Lanjut
Mengenai Narinar Squad

Edit

Visi & Nilai-Nilai Narinar

Minyak Pati Pilihan Untuk meningkatkan Kualiti
Kehidupan Di Malaysia

Preffered Essential Oils For
Greater Living In Malaysia
Membantu keluarga sihat, tenang & bahagia dengan minyak pati mampu milik.

Dan tingkatkan ekonomi keluarga.

Nilai-Nilai

Product has been added to your cart