Minyak Mineral. Fakta & Mitos

Sesetengah orang menggunakan minyak mineral sebagai rawatan awal di rumah untuk pelbagai masalah. Tapi ada juga yang mengelak dari menggunakannya kerana ia seperti racun. Patutkah anda beli atau tidak? Mungkin artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan.

Adakah minyak mineral berasal dari petoleum? Adakah ia selamat untuk digunakan?

Minyak mineral ialah produk sampingan dari penghasilan petroleum. Seperti gel petroleum, minyak mineral ialah produk sampingan yang murah dari proses sulingan minyak mentah menjadi gasoline dan produk petroleum yang lain.

Oleh kerana minyak mineral digunakan untuk produk penjagaan kulit dan dijual di kedai ubat dan mudah didapati di kedai am, minyak mineral diproses dengan lebih terperinci berbanding minyak gear. 

Betul ke minyak mineral sangat buruk untuk kulit anda?

Bukan semua begitu. Seperti gel petroleum, minyak mineral sangat efektif untuk melembutkan dan melegakan kulit. Ia menghasilkan lapisan minyak atas kulit yang memerangkap air. Jadi minyak mineral ialah bahan umum dalam penghasilan pelembab dan produk penjagaan kulit lain.

Ada sesetengah orang gunakan minyak mineral terus dari botol untuk merawat kulit kering. Minyak bayi (baby oil) terhasil dari minyak mineral yang ditambah pewangi. Pada tahun 2012 sebuah artikal tentang ruam lampin dari U.S Pharmacist menerangkan minyak mineral “selamat dan berkesan melegakan ruam lampin.” Tetapi ia mencadangkan minyak mineral tidak dibiarkan pada kulit tanpa membersihkanya untuk menghalang iritasi kulit.

Betul ke minyak mineral yang membuat kulit tersumbat yang boleh menyumbang kepada jerawat dan blackhead?

Itu hanyalah mitos. Minyak mineral ialah “noncomedogenic,” ertinya ia tidak menyumbatkan pori dan mempunyai potensi allergy yang rendah.

Boleh ke minum minyak mineral untuk melancarkan pencernaan?

Tidak disarankan sama sekali. Minyak mineral bila di ambil secara oral bertindak sebagai pelincir. Ia juga membantu najis menyimpan air dan kekal lembut. Kadang kala pengambilan minyak mineral disarankan sementara untuk orang sakit yang disebabkan oleh hemorrhoids atau fisur dubur atau selepas pembedahan rektum.

Tapi ia ada kesan buruk terutama kebocoran dari dubur dan ketidak serapan vitamin dan karotin dari makanan. Jika dihidu terlalu lama dalam jagkamasa yang panjang dan berterusan, ia boleh menyebabkan kerosakan paru-paru. Ini sangat bahaya terutama pada orang yang terlantar sakit dan anak kecil dan sesiapa yang ada masalah menelan makanan. Gunakan je NARINAR Ellgrie untuk melancarkan pencernaan. Lagi mudah dan selamat. 

Kesimpulannya nak guna sekali sekala boleh. Gunakanlah secara berpada-pada. Nak lagi selamat. Gunakan je campuran minyak pati NARINAR yang 100% semulajadi dan selamat terutamanya untuk bayi. 

 

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required