MUST HAVE: YOUR ENDEMIC ESSENTIAL

 

      

Fasa ‘peralihan ke endemik’ ini merupakan strategi kerajaan untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19. Namun, adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik? Menurut Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun dari Hospital Kasih Cyberjaya berkata terdapat dua kumpulan, iaitu yang masih terganggu dengan ancaman Covid-19 dan satu kumpulan lagi tidak sabar untuk menikmati kebebasan.

Bagi kumpulan yang masih terganggu dengan ancaman Covid-19 ini tentunya berasa risau dengan kehadiran Covid-19 yang masih hidup dalam kelompok masyarakat terutamanya golongan yang berisiko tinggi dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Tentunya pelbagai inisiatif yang perlu diambil untuk memastikan kesihatan orang yang tersayang sentiasa terjaga.

MUST HAVE: YOUR ENDEMIC ESSENTIAL

Semenjak memasuki peralihan fasa endemik, NARINAR mengambil inisiatif untuk memastikan setiap keluarga mendapat perlindungan yang optimum dengan manfaat aromaterapi Essential Oil. Keluaran trio Essential Oil Eucalyptus, Cinnamon dan Clove merupakan 100% Pure Natural Essential Oil keluaran terbaru NARINAR yang dikeluarkan khas bagi meningkatkan daya ketahanan tubuh badan melawan penyakit.

EUCALYPTUS ESSENTIAL OIL

Eucalyptus atau Tasmanian blue gum lebih dikenali sebagai pokok kayu putih merupakan pokok malar hijau dengan ketinggian 70 meter. Eucalyptus berasal daripada keluarga Myrtaceae. Eucalyptus banyak ditanam di sekitar Australia dan Tasmania serta pulau disekitarnya. Terdapat lebih 900 spesies Eucalyptus ditemui dan diaplikasikan dalam penggunaan ubat-ubatan, minuman & makanan, minyak wangi dan kosmetik.

Single Essential Oil yang didatangkan dengan bau aromatiknya yang strong, cineolic Dan camphoraceous daripada daun Eucalyptus. Eucalyptus Essential Oil diekstrak dengan menggunakan teknik steam distillation bagi mengekalkan keaslian semula jadi Eucalyptus.

Antara kebaikan Eucalyptus Essential Oil ialah:

1. Meredakan masalah pernafasan dengan aroma yang menyegarkan

Komponen aktif Eucalyptol dalam Eucalyptus Essential Oil membantu meredakan masalah pernafasan dengan aroma yang menyegarkan. Pesakit yang menghadapi demam virus Covid 19 mempunyai gejala sukar bernafas. Dengan manfaat decongestant, antiviral dan anti-inflammatory dalam Eucalyptus Essential Oil sedikit sebanyak membantu untuk melegakan keradangan pernafasan yang dihadapi. Kebanyakan produk farmaseutikal menggunakan Eucalyptus Essential Oil sebagai bahan asas untuk meredakan masalah kesukaran pernafasan yang dihadapi.

2. Melegakan sakit tekak, batuk dan selsema

Sifat antiseptic, expectorant dan antibacterial dalam Eugenol juga berpotensi melegakan sakit tekak, batuk dan selesema yang dihidapi lebih-lebih lagi dalam mendepani cabaran penularan wabak penyakit kini. Gunakan Eucalyptus Essential Oil dengan teknik deep inhale atau titikkan dalam diffuser untuk melegakan kesakitan yang dialami.

3. Melonggarkan mukus

Komponen aktif Eugenol dalam Eucalyptus Essential Oil mempunyai sifat mucolytic iaitu berperanan untuk melonggarkan kahak dan mencairkan hingus dengan cara menipiskan mukus dalam badan untuk melegakan saluran pernafasan. Mukus sejenis cecair melekit seakan lendir yang wujud dalam tubuh badan. Hingus akan dihasilkan oleh sel mukus yang terdapat dalam kelenjar mukus pada kawasan hidung, mulut dan tekak. Kahak pula dihasilkan oleh sel mukus yang terdapat pada kelenjar mukus pada paru-paru dan saluran pernafasan. Apabila terdapat lebihan mukus dalam badan, ianya boleh menyebabkan seseorang mendapat demam, selsema dan alahan.

4. Memberi sokongan dan kestabilan emosi yang kuat

Sifat antidepressant dan anxiolytic dalam eucalyptol berperanan untuk menghantar signal kepada sistem saraf untuk memberikan sokongan dan kestabilan emosi yang kuat. Komponen aktif eucalyptol dan limonene dalam Eucalyptus Essential Oil memberikan aroma yang powerful, fresh dan medicial yang secara semulajadinya menjadikan seseorang lebih bersemangat dan bermotivasi.

5. Meningkatkan fokus dan fikiran yang jelas

Kandungan Eucalyptus Essential Oil yang mengandungi kebaikan komponen utama eucalyptol dalam merangsang sistem saraf manusia untuk berada dalam keadaan segar dan fokus. Ianya juga merangsang rasa bertenaga untuk mental dan fizikal kita. Ini mengelakkan rasa letih dan lebih produktif dalam melakukan kerja harian.

Selain itu, Eucalyptus Essential Oil memudahkan anda untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti penting iaitu tugas kognitif yang menggunakan mental seperti proses memahami sesuatu pelajaran, merangsang kreativiti berfikir dan aktiviti lain yang berkaitan.

CINNAMON ESSENTIAL OIL

Cinnamon atau rempah yang dikenali sebagai kayu manis merupakan bahan masakan Melayu yang digunakan untuk meningkatkan aroma dan menjadi penyedap sesuatu masakan. Cinnamon berasal dari keluarga Lauraceae ditanam di sekitar asia seperti China dan Australia. Negara lain yang terlibat dengan penanaman kayu manis ialah India.

Cinnamon Essential Oil merupakan 100% Pure Natural keluaran terbaru NARINAR. Single Essential Oil yang didatangkan dengan bau aromatiknya yang sweet-spicy, herbaceous & peppery daripada Cinnamon Leaves. Cinnamon diekstrak dengan menggunakan teknik steam distillation bagi mengekalkan keaslian dan semula jadi Cinnamon.

Antara kebaikan Cinnamon Essential Oil ialah:

1. Menyokong daya ketahanan badan

Fungsi komponen aktif Cinnamaldehyde dan Eugenol dalam Cinnamon Essential Oil mempunyai manfaat anti-inflammatory, antimicrobial dan antioxidant untuk merangsang fungsi immunomodulatory dalam meningkatkan ketahanan tubuh badan melawan penyakit. Antioxidant dalam Cinnamon Essential Oil melawan radikal bebas yang berbahaya dalam mengundang infeksi atau penyakit.

Radikal bebas boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan dan juga faktor luaran seperti asap rokok, zat kimia dalam makanan atau bahan pencemar. Radikal bebas juga menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit dan ia mempengaruhi sistem imun badan seseorang. Fungsi anticancer dalam Cinnamon Essential Oil juga membantu merencatkan pertumbuhan tumor.

2. Meredakan kesakitan dan ketegangan otot

Cinnamon Essential Oil juga mempunyai ciri analgesic untuk meredakan kesakitan dan ketegangan otot. Aroma Cinnamon Essential Oil yang spicy dan warm berupaya melegakan kesakitan otot di samping melegakan masalah kesakitan yang dihadapi oleh wanita ketika datang bulan iaitu kekejangan otot dan sakit senggugut. Gunakan Cinnamon Essential Oil dengan mencairkannya dengan minyak pembawa untuk penggunaan yang selamat.

3. Menghilangkan hapak dan membasmi bakteria

Tahukah anda, aroma Cinnamon dijadikan salah satu aroma wangian pilihan di spa-spa aromaterapi kerana aromanya yang uplifting dan dapat meningkatkan mood yang positif. Fungsi cleansing, refreshing, disinfectant dan antibacterial dalam Cinnamon Essential Oil dapat menggantikan pewangi sintetik yang berisiko memudaratkan kesihatan. Cinnamon Essential Oil sesuai dijadikan disinfectant spray dengan mencampurkan 2-3 titis Cinnamon Essential Oil dalam botol semburan air. Semburkan pada permukaan meja dan kawasan tertentu untuk menghapuskan bakteria.

4. Mengurangkan bau mulut dengan pernafasan yang segar

Dalam industri penghasilan chewing gum, Cinnamon digunakan sebagai bahan asas untuk mengeluarkan bau yang pleasant dan refreshing kepada sistem pernafasan. Fungsi cleansing dan antibacterial dalam Cinnamon Essential Oil berfungsi untuk mengurangkan bau pernafasan yang kurang enak disebabkan kehadiran bakteria di dalam mulut. Gunakan teknik deep inhale untuk cara yang paling mudah.

5. Membantu mengurangkan selera makan

Makanan manis seperti kek, manisan dan air berkarbonat merupakan faktor utama yang menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan. Pengambilan makanan manis yang kerap boleh menyumbang kepada perasaan ketagih kerana sistem tubuh badan sudah terbiasa menjadikan ia sukar dikawal.
Aroma Cinnamon Essential Oil yang herbaceous dan peppery menjadikan seseorang kurang berselera untuk makan dengan adanya fungsi anti-diabetic. Dengan ini, proses untuk mendapatkan berat badan ideal menjadi lebih mudah dengan pengawalan pengambilan makanan manis.

CLOVE ESSENTIAL OIL

Clove bud atau lebih dikenali sebagai bunga cengkih mempunyai nama latin atau nama saintifik Syzygium aromaticum. Bunga cengkih banyak ditanam di kepulauan Maluku, Indonesia serta di sekitar India, Sri Lanka, Malaysia, Madagascar dan Tanzania. Dalam kulinari, ia digunakan sebagai rempah masakan untuk meningkatkan aroma dan rasa sesuatu makanan. Bunga cengkih digunakan sebagai preservative untuk menjadikan sesuatu makanan itu tahan lebih lama.

Clove Essential Oil merupakan 100% Pure Natural Essential oil keluaran terbaru NARINAR. Single Essential Oil yang didatangkan dengan bau aromatiknya yang sweet, spicy dan woody daripada kuntuman bunga cengkih (clove bud). Clove Essential Oil diekstrak dengan menggunakan teknik steam distillation bagi mengekalkan keaslian semula jadi Clove.

Antara kebaikan Clove Essential Oil ialah:

1. Menyokong daya ketahanan badan

Fungsi komponen aktif eugenol dalam Clove Essential Oil bertindak sebagai immunostimulatory, anti-bacteria, antioxidant serta anti-inflammatory. Kandungan bahan aktif membantu memberi sokongan daya ketahanan tubuh badan yang kuat dengan membantu meningkatkan pengeluaran sel darah putih dalam tubuh badan manusia. Sel darah putih atau dikenali sebagai leukosit merupakan sel sistem imun yang membentuk komponen darah. Ianya berfungsi untuk melindungi tubuh daripada penyakit berjangkit mahu pun penyerang asing seperti bakteria, virus, kulat dan toksin (bahan kimia yang dibuat oleh mikrob). Seterusnya, sel darah putih juga berfungsi menghasilkan antibodi untuk melindungi tubuh seseorang daripada serangan penyakit.

Selain itu, dalam dapatan kajian mendapati Clove Essential Oil mempunyai kadar antioxidant yang tinggi dalam melawan radikal bebas yang berbahaya dalam mengundang infeksi atau penyakit. Radikal bebas boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan serta faktor luaran seperti asap rokok, zat kimia dalam makanan atau bahan pencemar. Radikal bebas juga menyebabkan seseorang mudah mendapat penyakit dan ia mempengaruhi sistem imun badan.

2. Melancarkan pernafasan dan mengurangkan bau pernafasan kurang enak

Sifat anti-inflammatory dan antiviral dalam komponen aktif Eugenol dapat membantu melancarkan saluran pernafasan (respiratory aid) dengan mengurangkan keradangan dan meredakan beberapa penyakit yang berkaitan yang dengan sistem pernafasan seperti bronchitis, batuk, asma dan sinus. Gunakan Clove Essential Oil dengan teknik deep inhale sebagai ikhtiar untuk meredakan masalah pernafasan.

Selain itu, ciri cleansing dan antibacterial dalam Clove Essential Oil berfungsi untuk mengurangkan bau pernafasan yang kurang enak disebabkan oleh kehadiran bakteria dalam mulut. Gunakan teknik deep inhale untuk cara yang paling berkesan.

3. Membantu meningkatkan semangat dengan menstabilkan emosi

Aroma Clove Essential Oil yang sweet, spicy dan woody mempunyai ciri antidepressant membantu menstabilkan emosi dan meningkatkan mood yang baik. Aroma persis herba rempah bunga cengkih yang kuat dan mempunyai profil spicy membantu meningkatkan semangat, keyakinan diri seseorang dan tenaga lebih-lebih lagi buat seseorang yang sedang “down”. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati Clove sebagai general stress reliever yang membantu untuk merangsang circulatory system, mengurangkan kepenatan mental dan menguatkan daya memori.

4. Menghilangkan hapak dan membasmi bakteria

Terdapat petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bau hapak dan bakteria adalah dengan meletakkan beberapa biji bunga cengkih di ruang-ruang tertentu. Dengan adanya ciri-ciri cleansing dan antibacterial yang ada dalam Clove Essential Oil ianya memudahkan dan membantu untuk menghilangkan bau hapak serta membersihkan ruang udara rumah dengan menggunakan NARINAR ultrasonic diffuser. Manfaat Clove Essential Oil mudah tersebar dengan lebih luas di segenap ruang udara rumah. Atau titikkan Clove Essential Oil pada kapas, dan letakkan di ruang laci atau rak kasut bagi menghilangkan bau hapak.

Kesimpulannya, berada di dalam fasa peralihan endemik ini selain daripada penjagaan pemakanan, fizikal dan emosi, manfaat terapeutik daripada Essential Oil juga tidak dinafikan akan kebaikannya dan dibuktikan oleh daripada beberapa kajian jurnal.

 

 

 

Rujukan:
Beneficial and Healthy Properties of Eucalyptus Plants: A Great Potential Use (Vecchio et. Al, 2016)

A Review on Eucalyptus globulus: A New Perspective in Therapeutics (Hayat et. Al, 2015)

Eucalyptus: A Review on Agronomic and Medicinal Properties (Parul et. Al, 2021)

Antiviral Activities of Eucalyptus Essential Oils: Their Effectiveness as Therapeutic Targets against Human Viruses (Mieres-Castro, 2021)

Chemical composition and antioxidant activity in the essential oil of Cinnamomum zeylanicum Nees with medicinal interest (Ribeiro, et. Al, 2020)

Cinnamon: A Multifaceted Medicinal Plant (Rao & Gan, 2014)

Cinnamon & Health (Gruenwald & Armbruester, 2015)

Culinary Spices in Food and Medicine: An Overview of Syzygium aromaticum (L.) Merr. and L. M. Perry [Myrtaceae] (Otunola, 2022)

Recent Trends in Indian Traditional Herbs Syzygium Aromaticum and its Health Benefits (Kumar et. al, 2012)

Molecular Basis of the Therapeutical Potential of Clove (Syzygium aromaticum L.) And Clues to Its Anti-Covid-19 Utility (Vicidemini et. Al, 2021)

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required