NARINAR ESSENTIAL OIL BEBAS “PORCINE PROTEIN” ?

Porcine protein atau lebih dikenali sebagai antigen khinzir merupakan sesuatu bahan yang berpotensi tinggi terkandung dalam kebanyakan produk makanan dan kosmetik di pasaran. 

Baru- baru ini juga terdapat pelbagai isu mengenai antigen khinzir yang diketengahkan oleh para pengguna antaranya ialah mengenai jenis kandungan kolagen yang berada dalam produk kosmetik. Ramai yang tidak tahu bahawa terdapat segelintir pengeluar produk yang menggunakan sumber kolagen yang dihasilkan daripada antigen khinzir kerana kosnya jauh lebih murah berbanding sumber kolagen yang berasaskan marin atau tumbuh-tumbuhan. 

Oleh itu, pelbagai alternatif yang dilakukan oleh pengeluar produk sendiri yang memahami tentang kepentingan untuk memastikan  produk yang dikeluarkan di pasaran memenuhi tuntutan halal dan menyelesaikan kerisauan pengguna terhadap persoalan sebegini.

Apa itu ujian halal Porcine Protein?

Ujian halal porcine protein merupakan ujian yang dilakukan oleh makmal bertauliah yang mempunyai kepakaran serta kemudahan teknologi canggih untuk mengesan kehadiran unsur antigen khinzir yang terkandung dalam satu- satu produk.

Kami di Narinar sendiri sangat peka dan prihatin untuk memastikan setiap Essential Oil yang dikeluarkan terbukti bahawa ianya 100% pure natural serta bebas daripada sumber yang meragukan para pengguna. Sebelum sesuatu produk baru dikeluarkan, Narinar sendiri akan menghantar sampel Essential Oil ke makmal Halvec yang merupakan antara tiga makmal panel yang dipilih dan dilantik oleh pihak Halal JAKIM.

Keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Halvec kesemuanya menunjukkan bahawa produk Narinar 100% selamat dan bebas daripada sumber berasaskan antigen khinzir..

Ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) vs Ujian Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA).

Antara jenis ujian yang dilakukan oleh pihak makmal untuk mengesan unsur antigen khinzir antaranya ialah Ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) dan Ujian Enzyme-Linked Immunosorbent Assay (ELISA). 

Bagi ujian DNA, pihak makmal akan mengesan sebarang pencemaran daripada apa-apa bahan berasaskan khinzir. Manakala ujian ELISA pula untuk mengesan antigen khinzir dalam bahan mentah dan sepanjang proses penyediaannya yang mana diguna pakai oleh pihak Halvec untuk melakukan uji kaji terhadap Essential Oil Narinar.

Bagaimana Ujian ELISA ini dilakukan?

ELISA ialah suatu teknik immunokimia berasaskan protein yang mampu mempercepatkan proses penyaringan sampel dengan kehadiran ‘analyte’ atau antibodi. 

Menurut petikan daripada kertas konferensi The 2nd International Convention on Islamic Management 2015, justifikasi saintifik dan hasil analisis makmal sedikit sebanyak memberi maklumat tambahan kepada ulama dalam menilai status halal sesuatu produk. Tugas pengesahan halal ini bukan hanya bergantung kepada kepakaran dari golongan syariah sahaja tetapi juga melibatkan kepakaran dari bidang lain seperti teknologi makanan, kimia, dan veterinar. 

Semua Narinar Lovers tidak perlu risau dan ragu- ragu kerana produk Essential Oil Narinar telah menjalani ujian di makmal Halvec (makmal panel JAKIM) yang memberi keputusan bahawa Essential Oil Narinar bebas daripada bahan terlarang seperti porcine.

Selain itu, daripada segi produksi, Essential Oil Narinar dikilangkan di kilang yang mempunyai pensijilan Halal JAKIM, GMP (Good Manufacturing Practice) &.ISO (International Organization for Standardization).

Kalau anda nak tahu lebih lanjut bagaimana pihak Halvec melakukan ujian untuk mengesan unsur antigen khinzir, mari belajar sesuatu melalui video di bawah. Hasil perkongsian oleh pihak Halvec sendiri.

 

 

 

RUJUKAN:

Ujian saintifik mengesan sumber berasaskan daging khinzir

http://sihatmalaysia.my/tiada-dna-khinzir-ditemui/

Halal testing services from Halvec

https://www.halvec.com/services/halal-services/halal-testing-services/

Kolagen dan sumbernya

http://www.myhealth.gov.my/kolagen-dan-sumbernya/

Penggunaan teknologi pengesanan halal terhadap produk makanan kajian menurut perspektif hukum Islam

https://www.researchgate.net/publication/283726918_PENGGUNAAN_TEKNOLOGI_PENGESANAN_HALAL_TERHADAP_PRODUK_MAKANAN_KAJIAN_MENURUT_PERSPEKTIF_HUKUM_ISLAM

Halvec Laboratories you tube channel

https://youtu.be/ERL_IiS4TjY

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required