NIKMATI AROMATERAPI DENGAN PEPPERMINT ESSENTIAL OIL

Peppermint atau lebih dikenali sebagai daun pudina terkenal dengan aromanya yang dingin dan menyegarkan. Bagi peminat yang menyukai minuman detoks seperti air campuran lemon dan peppermint, pasti merasa kesegaran dan kebaikan daun pudina itu sendiri.

Peppermint juga terkenal dalam resipi masakan Melayu dan Barat. Antara resipi popular yang menggunakan peppermint ialah ramuan ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani serta perasa untuk kek dan puding. Peppermint digunakan dalam pelbagai aneka resipi masakan kerana aromanya yang wangi.
SEJARAH PEPPERMINT

Mari kita fahami sejarah berkenaan Peppermint. Peppermint berasal dari rantau Asia dan rantau Mediterranean. Di Amerika Utara, Peppermint ditanam secara komersil dan secara eksklusif di utara dan timur dari Indiana ke New York dan kawasan paling selatan di Kanada.

Michigan mempunyai kawasan paling banyak yang ditanam dengan Peppermint di Amerika Syarikat, dan membuatkan Amerika Syarikat menghasilkan kira-kira setengah daripada penghasilan Peppermint di dunia.

Menurut sejarah, secara ringkasnya Peppermint Essential Oil mempunyai pelbagai keistimewaan antaranya ialah orang Yunani menggunakan Peppermint untuk membersihkan meja jamuan mereka dan mengaplikasikan penggunaannya ke dalam air mandian untuk merangsang kesegaran tubuh mereka. Orang Rom pula menggunakan Peppermint sebagai bahan perasa dalam sos dan juga untuk tujuan pencernaan serta penyegar mulut.

 

NIKMATI AROMATERAPI DENGAN PEPPERMINT ESSENTIAL OIL NARINAR

Info dia atas adalah mengenai daun pepermint ya! Jom kita dalami apakah kelebihan Essential Oil Peppermint pula. Disebabkan Essential Oil memiliki kepekatan yang tinggi, penggunaannya perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. 

Menurut website Healthline, Peppermint merupakan antara 10 aroma Essential Oil yang popular dan menjadi pilihan. Pelbagai produk gunaan harian dipasaran yang menjadikan peppermint sebagai bahan wajib dalam produk mereka di antaranya ialah ubat gigi, syampu, produk kesihatan seperti ubat batuk dan pelbagai produk lain. Kini, kami di NARINAR sendiri mengambil inisiatif mengeluarkan Peppermint Essential Oil keluaran terbaru, semestinya 100% Pure Natural.

Peppermint Essential Oil mempunyai komponen utama yang aktif iaitu Menthol dan Menthone. Kandungan komponen seperti Menthol dan Methone ini mempunyai fungsi atau keistimewaan yang sangat optimum dan membantu untuk kegunaan harian anda.

Di antara keistimewaan Peppermint Essential Oil, ialah:

1. Melegakan penghadaman

Kandungan Menthol dalam Peppermint Esssential Oil mempunyai fungsi antispasmodic iaitu membantu melegakan simptom – simptom Irritable Bowel Syndrome (IBS). Menurut perkongsian Dr Hafiz Sulaiman iaitu seorang pengamal functional nutrition dalam penulisan di blognya menyatakan, Irritable Bowel Syndrome atau sindrom usus sensitif merupakan sindrom yang dialami oleh ramai golongan muda yang memberi kesan kepada masalah sistem pencernaan, ketegangan pada otot perut yang kemudiannya membawa kepada ketidakselesaan sakit perut.

2. Membantu untuk mendapatkan pernafasan yang segar 

Seterusnya, Peppermint yang sangat terkenal dengan kesegaran aromanya banyak digunakan dalam penghasilan ubat gigi yang memberi kesan sensasi dan sejuk. Semestinya tiada sesiapapun yang menidakkan keistimewaan Peppermint dalam membantu anda untuk mendapatkan pernafasan yang segar seterusnya menghilangkan bau nafas yang kurang menenangkan pada pernafasan mulut.

3. Membantu untuk meningkatkan rasa segar dan fokus

Pasangkan Peppermint Essential Oil pada Ultrasonic Diffuser NARINAR di ruang bilik atau ruang kerja anda. Aromanya yang segar dan menenangkan pasti membantu untuk anda tingkatkan rasa segar dan fokus anda terhadap tugas kerja yang perlu diselesaikan.

4. Membantu mengurangkan rasa mual dan loya

Bagi orang dewasa yang kadangkala tidak selesa dengan rasa mual dan loya, terutamanya golongan wanita yang mengalami ketidakstabilan pada sistem hormon badan. Peppermint Essential Oil sangat membantu anda untuk mengurangkan rasa mual dan loya kerana manfaat Menthol dan Menthone dalam Peppermint Essential Oil itu sendiri. Caranya, anda boleh menggunakan teknik deep-inhale, tarik nafas dalam – dalam, sedikit sebanyak rasa mual dan loya dapat dikurangkan.

5. Mengurangkan kegatalan  kulit kepala

Golongan wanita bekerjaya terutamanya wanita bertudung selalunya akan mengalami kegatalan pada kulit kepala yang berpunca daripada kelemumur. Selesaikan masalah  anda dengan mencampurkan Peppermint Essential Oil dalam syampu. Kesan Menthol yang menyegarkan dapat mengurangkan kegatalan kulit kepala.

 

 

CARA PENGGUNAAN PEPPERMINT ESSENTIAL OIL

1. Gunakan Peppermint Essential Oil dalam  NARINAR ultrasonic diffuser. Titikkan 4-5 titis ke dalam diffuser berkapasiti 220ml. Untuk kapasiti diffuser berbeza, boleh pelbagaikan kiraan titisan. 

2. Campurkan Peppermint Essential Oil dalam Carrier Oil untuk tujuan urutan di bahagian badan yang diperlukan. Untuk kegunaan kanak-kanak, titikkan 5-6 titis Peppermint Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Untuk kegunaan orang dewasa, titikkan 10-12 titis Peppermint Essential Oil ke dalam 30ml Carrier Oil. Anda boleh gunakan urutan di bahagian perut untuk membantu melegakan masalah penghadaman. Urutan boleh digunakan pada titik Vitaflex di kawasan pelipis atau dahi untuk melegakan sakit kepala Disebabkan kandungan Menthol dan Menthone yang tinggi di dalam Essential Oil Peppermint, adalah tidak disarankan ianya digunakan secara topikal kepada bayi. 

3. Peppermint Essential Oil juga boleh diguna teknik Deep-Inhale. Titikkan 1 titis Peppermint Essential Oil pada tapak tangan. Gosok kedua tapak tangan, tekup di hidung dan tarik nafas yang dalam untuk menikmati aroma yang segar.

4. DIY Peppermint Essential Oil untuk kegunaan harian anda

  • Campurkan 2-3 titis Peppermint Essential Oil dalam syampu, untuk menyegarkan dan mengurangkan kegatalan kulit kepala.
  • DIY semburan serangga dengan mencampurkan  2-3 titis Peppermint Essential Oil dalam botol 30ml semburan air. Semburkan pada permukaan meja makan, meja dapur dan kawasan lain jika perlu. Aroma Peppermint dapat menghalang kehadiran serangga perosak seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
  • DIY semburan fabrik dengan mencampurkan  2-3 titis Peppermint Essential Oil dalam botol 30ml semburan air. Semburkan pada fabrik kusyen, sarung bantal, sarung tilam, langsir dan fabrik lain untuk mengurangkan kesan hama dan habuk yang tidak dapat dilihat  dengan jelas.

    Secara ringkasnya, Peppermint Essential Oil mempunyai fungsi dan manfaat yang pelbagai. Sangat rugi jika anda yang tidak menggunakan  Peppermint Essential Oil sebagai salah satu aromaterapi kegemaran anda. 

     

    Rujukan:

    Effect of Nitrogen, Location and Harvesting Stage on Peppermint, Productivity, Oil Content and Composition

    https://journals.ashs.org/hortsci/view/journals/hortsci/44/5/article-p1267.xml

    The Effect of Peppermint Oil on Nausea, Vomiting and Retching in Cancer Patients Undergoing Chemotherapy: An Open Label Quasi-Randomized Controlled Pilot Study 

    https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33197662/

    The Effect of Mentha Piperita L. on the Mental Health Issues of University Students: A Pilot Study

    https://www.researchgate.net/publication/344659006_The_effect_of_Mentha_piperita_L_on_the_mental_health_issues_of_university_students_A_pilot_study

    Menthol: A simple Monoterpene with Remarkable Biological Properties 

    https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24054028/

    Sindrom Usus Sensitif

    https://www.hafizsulaiman.com/sindrom-usus-sensitif-ibs/

    Write a comment

    Your email address will not be published. All fields are required