Search

Soalan Lazim

Ketahui Jawapan Kepada Soalan-Soalan Lazim Di Bawah

Edit

Terdapat banyak salah faham mengenai harga dan kualiti Essential Oil yang sering dipersoalkan. Ini juga merupakan salah satu sebab Narinar bermula, apabila kami sedar yang Essential Oil berkualiti dengan kesan therapeutic boleh didapati dengan harga yang mampu milik.  

Ramai yang beranggapan bahawa untuk memiliki manfaat Essential Oil mereka perlu membayar dengan harga yang sangat mahal. Kami di Narinar sangat faham dan mendengar kerisauan orang ramai tentang perkara ini. Justeru, kami menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan produk-produk Essential Oils yang berkualiti tinggi dan pastinya sentiasa mengekalkan manfaat optimum pada harga mampu milik.

Pertama, kami dapat menawarkan harga yang lebih mampu milik kerana bahan mentah yang digunakan adalah dari dalam dan luar negara bergantung kepada jenis tumbuhan, pengilangan domestik di dalam Malaysia, kos bahan mentah, operasi dan logistik yang kebanyakannya diserap melalui kitaran ekonomi di dalam negara.

Kami berusaha memberi yang terbaik dari segi kos yang paling optimum, dan memberi penjimatan itu terus kepada anda. Kami yakin dan percaya, dengan mempraktikkan pengilangan domestik terurus dan komitmen jaminan kualiti produk, ini dapat membantu kami untuk mengekalkan kos efisen produk Narinar. Akhirnya inilah produk mampu milik yang sememangnya dinanti-nantikan oleh kita semua rakyat Malaysia.

Kedua, model perniagaan NARINAR ialah melalui pengedar/ konsultan sah dengan 5 jawatan, dengan komisen mengikut pencapaian masing-masing. Jawatan tertinggi iaitu PARTNER hanya terhad kepada seorang bagi setiap Parlimen sahaja. 

Model perniagaan ini menyerupai kebanyakan produk di pasaran iaitu dari Kilang ——> Pengedar ——> Pemborong ——> Peruncit ——> Pengguna.

Ini adalah supaya produk-produk NARINAR dapat sampai ke tangan pengguna dengan lebih cepat, konsultasi dapat dilakukan dengan lebih terperinci, di samping dapat berkongsi rezeki perniagaan ini bersama pengedar sah NARINAR dan mereka sama-sama dapat mengeluarkan zakat dan cukai kepada negara.

Dengan kaedah ini, TIADA komisen overidding dan TIADA komisen TANPA HAD pada semua peringkat dan penjimatan ini dapat terus disalurkan kepada pengguna dengan harga produk NARINAR yang jimat serta mampu milik.

Ini juga merupakan soalan yang sangat kerap ditanya! Seperti pilihan alternatif lain, terdapat banyak pandangan mengenai apa yang dianggap "selamat" untuk dimakan. Sila buat kajian anda sendiri dan buat pilihan yang sesuai untuk keluarga anda.

Narinar tidak menyarankan penggunaan Essential Oil secara dalaman walau apa pun kualiti yang didefinisikan. Ini selari dengan saranan badan aromaterapi antarabangsa iaitu National Association for Holistic Aromatherapy (NAHA) dan International Federation of Aromatherapists (IFA) yang tidak membenarkan Essential Oil diambil secara dalaman kerana kepekatannya yang sangat tinggi.

Essential Oil disarankan untuk kegunaan aromatik dan topikal. Malah cara ini sebenarnya yang paling efektif.

Penggunaan secara dalaman mestilah mendapat konsultasi dari doktor atau juru-aromaterapi klinikal secara individu basis, bukan secara am.  

Essential Oil merupakan bahan aromatik di dalam tumbuhan. Jadi cara paling mudah ialah dengan menggunakan cara aromatik iaitu Diffuser Ultrasonik Narinar atau bauan secara terus.

Selain menyampaikan manfaat Essential Oil Narinar pada harga mampu milik, kami juga menawarkan harga kombo bagi Diffuser Ultrasonik dengan Essential Oil Narinar. Dengan kombo menarik ini, anda berpeluang mendapatkan manfaat jenis Essential Oil Narinar yang belainan pada harga jimat.

Narinar juga menghargai pelanggan Narinar yang menggunakan produk kami secara berulang. Anda boleh mengumpul mata pembelian, dan redeem produk terpilih Narinar secara percuma. Caranya mudah sahaja! Hanya perlu scan kod QR di setiap produk Narinar, log masuk, dan mula kumpul mata pembelian.

Anda boleh bersama dengan konsultan Narinar Squad iaitu pengedar sah Narinar, untuk menyebarkan manfaat ini. Kami menggalakkan konsep ‘saya guna, saya sebar’, di mana anda boleh berkongsi manfaat ini bermula dari Dropship. Untuk keterangan lanjut, anda boleh klik di sini.

Edit

Essential Oil Narinar ialah 100% pure grade dengan fungsi therapeutic, natural dan diekstrak daripada tumbuhan semulajadi serta tiada campuran bahan kimia sintentik lain. 

Bagi blend Essential Oil yang mengandungi carrier oil dengan tujuan boleh digunakan terus dan diuji di makmal, Narinar menggunakan carrier oil yang juga natural, tanpa bahan kimia campuran.

Tiada kesepakatan umum atau badan tertentu yang memantau definisi therapeutic. Terma ini digunakan untuk membezakan Essential Oil yang memiliki sifat therapeutic (manfaat kepada kesihatan berdasarkan chemical component tumbuhan itu sendiri), berbanding fragrance oil contohnya perfume.

Essential Oil Narinar diuji merangkumi kandungan profil chemical component yang memberi kesan therapeutic dan bermanfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan kehidupanPenggunaan ini adalah ideal untuk kegunaan therapeutic, bermakna anda mendapat manfaat therapeutic daripada produk kami. 

Di Narinar, kami mengawal kualiti produk seawal pemilihan Essential Oil itu sendiri. Kami sangat komited memastikan setiap rangkaian essential oil kami adalah 100% pure natural dengan fungsi therapeutic yang berkualiti tinggi melalui beberapa penelitian.

Ianya bermula daripada pemilihan peladang dan pembekal yang mempunyai pengalaman luas dan kepakaran mengenai Essential Oil. Kami menjalankan Certificate of Analysis (COA) atau Gas Chromatography/Mass Spectrometry (GC/MS) bagi Single Oil yang menyatakan hasil pengujian kualiti Essential Oil Narinar mengikut kualiti yang digariskan. Bagi Blend Essential Oil yang mengandungi carrier oilCertificate of Analysis (COA) turut dijalankan.

Laporan GC/MS boleh didapati setiap bahagian produk Single Essential Oil. Sila hubungi Narinar HQ untuk mendapatkan laporan terperinci bagi setiap batch yang anda miliki. (Laporan ini berada di bahagian produk untuk Single Oil dan di sini untuk ujian makmal yang telah dijalankan untuk Blended Oil

Selain itu, kami mempunyai kontrak manufacturing line sendiri iaitu kilang dengan pensijilan ISO (International Organization for Standardization), GMP (Good Manufacturing Practice) & Halal. ISO certified yang dimaksudkan adalah kilang yang telah disahkan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Antarabangsa bagi Standardisasi (ISO). Ini termasuk persekitaran pengurusan kilang, kaedah pengeluaran, dan kualiti pengeluaran kilang yang mencapai piawaian antarabangsa ISO. Good Manufacturing Practice (GMP) ialah pengiktirafan yang diberikan kepada pengilang yang menitik beratkan keselamatan pengguna dengan memastikan pengeluaran sesuatu produk berada dalam keadaan selamat serta terjamin.

Kami turut bekerjasama dengan makmal dengan menjalankan ujian tertentu bagi Blended Essential Oil terpilih mengikut fungsinya  Antara ujian yang dijalankan adalah seperti di bawah.   

  • Ujian Logam Berat dari SIRIM
  • Ujian Mikrobiologi dari SIRIM
  • Ujian Iritasi Kulit dari SIRIM
  • Ujian Kadar Toksin dari UPM
  • Ujian Anti Oxidasi dari UPM
  • Ujian Anti Inflimasi dari UPM
  • Ujian di makmal Halvec (makmal panel JAKIM) yang memberi keputusan bahawa Essential Oil Narinar bebas dari bahan terlarang seperti porcine.

Essential Oil Narinar telah menjalani ujian di makmal Halvec (makmal panel JAKIM) yang memberi keputusan bahawa Essential Oil Narinar bebas dari bahan terlarang seperti porcine.

Dari segi pengilangan, Essential Oil Narinar dikilangkan di kilang yang mempunyai pensijilan Halal, Good Manufacturing Practise (GMP) dan ISO.

Di Narinar, kami fokus untuk bekerjasama dengan peladang dan pembekal untuk mendapatkan Essential Oil berkualiti pada harga optimum. Ada sesetengah peladang kecil tidak memiliki pensijilan Organik, tetapi tetap mengamalkan operasi pertanian dan perladangan yang mesra alam. Oleh sebab ini, secara amnya Essential Oil Narinar tidak dikategorikan Organik.

Dengan itu, cara kami memastikan kualiti Essential Oil Narinar ialah melalui Certificate of Analysis (COA) , GC/MS dan ujian makmal terpilih.  

Kami bekerjasama dengan pembekal dan peladang dalam memperoleh Essential Oil Narinar. Kerjasama bersama peladang terutamanya, sangat membantu kitaran ekonomi negara. Buat masa sekarang, Narinar tidak memiliki ladang sendiri. 

Ya, Diffuser Narinar merupakan ultrasonik. Iaitu tanpa menggunakan haba.
Ia menggunakan getaran yang memecahkan molekul Essential Oil ke udara bersama wap air.

Narinar bekerjasama dengan pengilang Diffuser dari kilang di luar Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembuatan diffuser ultrasonik. Setiap diffuser diuji by batch oleh pihak Quality Assurance (QA) dan juga Quality Control (QC) kilang bagi memastikan diffuser yang dikeluarkan mencapai kualiti yang digariskan. Dengan kerjasama yang baik bersama pihak kilang, kami dapat menggariskan spesifikasi dan kualiti Diffuser yang mengikut keutamaan dan keselesaan pengguna di Malaysia.

Pengguna yang membeli diffuser Narinar mempunyai warranty selama 100 hari. Jika ada sebarang kerosakan, customer service sedia melakukan pemeriksaan dalam tempoh 3 hari bekerja. Selepas kerosakan diffuser disahkan, kami akan menggantikan diffuser yang baru untuk kepuasan hati pelanggan.

Diffuser Ultrasonik Narinar ialah mampu milik. Keutamaan kami ialah anda mendapat manfaat Essential Oil Narinar, melalui penggunaan Diffuser, pada harga yang tidak membebankan.

Boleh. Tahap pemecahan molekul Essential Oil bergantung kepada berat molekul (Molecular Weight) Essential Oil itu sendiri (salah satu faktor). Bagi Blended Essential Oil Narinar yang mengandungi minimal carrier oilratio campuran Essential Oil dan Carrier Oil masih membolehkan molekul Essential Oil dipecahkan ke udara. Ini adalah terhad kepada Blend Essential Oil Narinar sahaja kerana kami tahu seacara terperinci berapakah peratusan atau pun ratio setiap adunan. Sekiranya anda mengadun Essential Oil anda sendiri dan menggunakannya bersama diffuser, ia bergantung kepada berat molekul yang anda adunkan. Pihak Narinar tidak bertanggungjawab atas adunan Essential Oil anda sendiri, yang digunakan bersama Diffuser.

Narinar Frankie ialah lebih ‘berat’ berbanding Essential Oil Narinar yang lain, dan ia menghasilkan mist yang lebih kecil.

Untuk pengetahuan anda, ada juga sesetengah Essential Oil neat dengan berat molekul yang tinggi tidak sesuai untuk digunakan bersama diffuser contohnya Myrrh. Ini kerana berat molekul yang tinggi menyebabkan molekul itu sukar untuk dipecahkan ke udara.    . 

Edit

Kos penghantaran ialah mengikut pemprosesan dan berat.

Untuk pembelian di website, kami menggunakan perkhidmatan NinjaVan atau Poslaju.

Untuk pembelian dari Narinar Squad, ia bergantung kepada konsultan Narinar Squad sendiri.

Tempahan akan diproses dan dihantar dalam 1-2 hari bekerja. Selepas tempahan diproses, anda akan menerima email beserta nombor tracking.

 Dengan perkhidmatan NinjaVan dan Poslaju, kebiasaan barang akan sampai dalam masa 2-5 hari bekerja, dari masa penghnatran dilakukan. Sila hubungi Narinar HQ sekiranya terdapat apa-apa masalah mengenai tempahan dan penghantaran.

Kami menawarkan warranty bagi Essential Oil Narinar dan Diffuser.

Bagi Essential Oil, tempoh warranty ialah dalam masa 7 hari selepas pembelian. Sila isi butiran untuk pemulangan di sini https://narinar.com/pages/aduan-kerosakan-minyak-aromaterapi

 

Bagi Diffuser, tempoh warranty ialah dalam masa 100 hari selepas pembelian. Terdapat 2 langkah untuk warranty Diffuser.

  • Sila daftarkan warranty anda di sini

https://narinar.com/pages/nanion-diffuser-warranty-registration

  • Sekiranya terdapat kerosakan, sila isi butiran pemulangan Diffuser di sini.

https://narinar.com/pages/nanion-diffuser-warranty-claim

Product has been added to your cart