TIPS PENTING MEMILIH DIFFUSER

Lagi beberapa bulan kita bakal menjangkau ke tahun baru, kerajaan pun sudah mengumumkan perubahan fasa untuk beberapa negeri. Bagi negeri yang berada di fasa 4, bolehlah segera menempah katering untuk kenduri yang sudah lama tertangguh gara-gara PKP. Hujung tahun juga ramai yang mengambil kesempatan untuk pergi melancong dan mengunjungi keluarga di kampung. 

Ada yang sedang berfikir untuk mencari hadiah yang sesuai untuk bawa pulang ke kampung halaman. Ada juga yang mencari hadiah untuk pasangan yang bakal berkahwin, al maklumlah ramai yang bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Kebiasaannya terdapat pelbagai pilihan hadiah yang boleh anda beli, tetapi apa kata anda hadiahkan sesuatu yang lebih menarik dan bermanfaat iaitu pakej diffuser bersama Essential Oil khas untuk orang yang anda sayang sama ada keluarga di kampung atau sahabat anda yang bakal berkahwin nanti. Sangat menarik kerana pakej diffuser ini bukan sahaja membuatkan penerima gembira, malahan terdapat manfaat tersendiri daripada penggunaan diffuser bersama Essential Oil.

Sebelum anda membeli diffuser pilihan, amat penting untuk anda membuat sedikit kajian yang terperinci. Hal ini untuk mengelakkan anda membuat pembelian yang silap dan rugi kemudian hari. Apakah tips penting memilih diffuser? Jom teruskan pembacaan anda.

  • Ultrasonic Diffuser

Perkara pertama yang wajib anda tahu ialah memastikan diffuser yang dijual ialah bersifat ultrasonik. Hal ini kerana, diffuser yang bersifat ultrasonik berfungsi untuk memecahkan molekul Essential Oil ke udara secara lengkap dan sepenuhnya. Apabila wap Essential Oil tersebar, manfaat terapeutik mudah disebarkan ke udara, seisi keluarga boleh mendapat manfaat kesihatan yang sama.

Anda juga perlu tahu perbezaan Ultrasonic Diffuser, Humidifier dan Purifier agar anda tidak membuat pembelian yang salah. Humidifier dan Purifier tidak dapat memecahkan molekul kerana tiada plat ultrasonik yang menghasilkan getaran untuk memecahkan molekul Essential Oil. Jadi pastikan anda melakukan pembelian diffuser daripada penjual yang sebenarnya seperti diffuser NARINAR.

  • Waranti

Seterusnya, anda perlu memastikan diffuser yang dijual mempunyai waranti  sebagai jaminan kepada anda apabila berlaku masalah teknikal pada diffuser tersebut. NARINAR diffuser mempunyai tempoh waranti selama 100 hari. Jangkaan masa waranti yang lama dapat memastikan kepuasan hati pelanggan. Jadi sangat penting untuk anda mendapat jaminan daripada penjual. Jaminan waranti dapat membuktikan bahawa penjual tersebut betul-betul komited untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.


  • Seni reka bentuk dan pilihan warna

Apabila anda memilih diffuser pastikan reka bentuk memenuhi kriteria dan minat anda. Pilihan warna yang menarik dapat memberikan kelainan. Sebagai contoh di NARINAR, diffuser Nanion Max berkonsepkan alam semula jadi yang elegan dan moden. Sangat sesuai dijadikan barang hiasan untuk ruang rumah dan perabot anda. Pastinya menampakkan keunikan dalam dekorasi ruang rumah anda. NARINAR Nanion Max didatangkan dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu Light Wood dan Dark Wood. Rekaan kayunya yang cantik dan menarik pastinya menambah seri kepada dekorasi ruang rumah anda.

  • Keluasan Kawasan Penggunaan

Seterusnya, anda juga perlu tahu serba sedikit mengenai keluasan kawasan penggunaan diffuser sama ada ianya sesuai atau tidak digunakan pada ruang kecil atau ruang besar. Sebagai contoh, NARINAR Nanion Max dapat menyebarkan manfaat NARINAR Essential Oil ke seluruh ruang rumah anda dengan penggunaan kawasan yang lebih luas berbanding NARINAR Ultrasonic Diffuser yang lain. Anda boleh letakkan Nanion Max di kawasan ruang tamu, bilik tidur dan ruang kerja anda seperti bilik mesyuarat dan ruang pejabat.

Berbeza pula dengan diffuser Pengu, ianya sesuai diletakkan dalam ruang yang sederhana seperti bilik tidur anak atau ruang kerja anda. Bentuknya yang comel sangat sesuai juga diletakkan pada meja belajar anak anda selain penggunaannya memberi manfaat kepada anak anda, Pengu juga dapat menjadi peneman baik anak anda ketika mengulang kaji pelajaran.


  • Multifunction

Selain itu, diffuser yang bakal anda beli pastikan mempunyai pelbagai fungsi lain yang menarik bukan sahaja dapat mengeluarkan wap semata-mata. Fungsi lampu tidur yang menarik merupakan salah satu keistimewaan diffuser NARINAR. Sebagai contoh, Nanion Max didatangkan dengan 7 pilihan warna LED yang sangat menarik. Pilih 7 warna kesukaan anda dan pasangkan sebagai lampu tidur ruang bilik anda. Ia juga boleh dijadikan sebagai lampu hiasan ruang tamu anda dengan rekaan Nanion Max yang sangat cantik dan elegan.

Selain menyebarkan manfaat NARINAR Essential Oil, Nanion Max juga dapat dijadikan sebagai penghalau serangga perosak semula jadi. Lebih selamat dan fleksibel untuk digunakan bagi memastikan keluarga anda mendapat perlindungan yang lebih optimum. Gunakan NARINAR Essential Oil yang sesuai seperti NARINAR Ellgrie atau pilihan NARINAR Single Essential Oil yang lain. Mudahkan hanya dapatkan daripada NARINAR, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang lain.


  • Easy To Use

Selain daripada mengambil kira beberapa tips di atas, anda juga perlu memastikan diffuser yang bakal anda beli sangat mudah digunakan dan dibersihkan. Anda hanya perlu dapatkan nasihat dan konsultasi daripada konsultan atau peniaga yang sudah dilatih. Di NARINAR, kesemua penjual dan pengedar produk NARINAR diberi latihan yang betul untuk memastikan para pelanggan kami mendapat hanya yang terbaik. Selain itu, NARINAR sendiri menyediakan manual produk yang mudah difahami. 


  • Harga Yang Berpatutan

Di samping itu, anda juga perlu membuat sedikit pemerhatian daripada sudut harga yang ditawarkan oleh peniaga. Kadang kala ada peniaga yang meletakkan harga yang jauh lebih murah daripada harga normal tetapi daripada sudut kualiti barang sangat rendah dan jenis diffuser yang dijual bukan bersifat ultrasonik. Jadi ini bakal merugikan anda. Buat pemerhatian dan buat keputusan yang bijak.

  • Khidmat Pelanggan Yang Berdedikasi

Tips yang terakhir, anda juga perlu memastikan after sale service yang bakal anda terima seperti komunikasi dengan khidmat pelanggan sangat mudah dan jelas. Pastikan ada mengetahui nombor Hotline penjual untuk mudah terus berhubung sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Di NARINAR sendiri, kami menyediakan khidmat pelanggan yang mudah dihubungi. 

Secara keseluruhannya, anda tidak perlu risau untuk membuat pembelian diffuser selepas mengambil kira beberapa tips yang di kongsikan. Raikan kesyukuran dapat merentas negeri ini dengan menghadiahkan yang tersayang sesuatu yang lebih menarik.

Write a comment

Your email address will not be published. All fields are required