3 ASPEK PENTING DALAM AMALAN PENJAGAAN DIFFUSER

Apa itu diffuser?

Diffuser adalah alat ultrasonic yang mengeluarkan kabus asap dan menyebarkan molekul ke udara melalui semburan kabus tersebut. Namun anda seharusnya tidak patut mengabaikan aspek-aspek penting dalam penjagaannya. Dalam erti kata mudah, setiap benda harus dijaga sebaik mungkin untuk memastikan ia tahan lebih lama.

 

 

 

Berikut adalah 3 Aspek utama yang perlu diamalkan dalam penjagaan sebuah Diffuser :

  1. Periksa Kandungan air
  • Apa yang penting adalah memastikan paras kandungan air berada pada tahap yang ditetapkan. Jangan tuang air berlebihan ke dalam diffuser.
  • Untuk Diffuser Nanion paras air yang disyorkan adalah 220 ml bersamaan 2 cup. Manakala Diffuser Modi pula hanya 20 ml air.
  • Paras air yang berlebihan akan mengakibatkan kabus tidak keluar.
  • Tukar air setiap malam bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.
  1. Lap Permukaan Diffuser
  • Pastikan lap permukaan Diffuser sehingga kering dengan kain untuk mengelakkan lebihan minyak terkumpul dan tersumbat di dalam permukaan Diffuser.
  • Lapkan juga penutup supaya tidak ada lelehan air yang keluar untuk mengelakkan terkena di ruangan moto atau enjinnya.

 

 

  1. Simpan di Tempat Selamat
  • Setiap Diffuser harus disimpan di tempat yang selamat bagi mengelakkan ia cepat rosak. Elakkan simpan di tempat yang terlalu tinggi. Pastikan juga ia dipasang di atas meja yang tidak mempunyai alas.