“ 3 FORMULA PENTING TEKNIK MUDAH CLOSING”

“ 3 FORMULA PENTING TEKNIK MUDAH CLOSING”

Pernah ke anda buat closing pada customer dalam berbisnes?

Mesti pernah alami kan gigih closing tapi akhirnya customer beri BLUETICK?

Sangat penting untuk anda bedah siasat puncanya supaya boleh perbaiki teknik closing anda ke arah yang lebih baik.

Untuk itu mempelajari teknik closing sangat penting, supaya tingkat konversi (% closing) semakin besar. Jika tingkat konversi besar, customer semakin banyak. Begitu juga sebaliknya.



Kali ini saya bantu anda dengan "3 Formula Penting Mudah Closing":






1. Customer NAK TAHU Product Knowledge

Penting untuk anda mahir product knowledge dari A-Z..Dan back semula dari Z-A.  Perlahan-lahan mula cerita tentang produk jualan anda. Pastikan anda menggunakan teknik penceritaan yang menarik dan dan ringkas.
 

Benda yang menarik perhatian customer ialah bilamana anda boleh cerita terperinci walau sekecil keadaan pun. Dan ingat bukan sekadar tahu USP produk sahaja..Anda perlu cerita dan beri value to solve problem yang customer banyak risau..






2. Customer PERLU after servis.

Maksudnya anda sanggup beri Value yang orang lain tidak dapat sediakan ..Sebagai contoh, customer nak produk COD cepat..Tempat lain tak dapat  sediakan atas faktor tertentu..Tapi anda terus beri pilihan COD dan boleh hantar dengan cepat.. Customer akan appreciate value yang mereka terima atas servis terbaik daripada anda.
 

 After servis ini penting untuk bina kepercayaan dan kesetiaan customer kepada produk anda.  Memahami keperluan pelanggan membolehkan anda memberikan pengalaman lebih positif kepada pelanggan anda







3.Customer kena MAMPU

Maksudnya di sini anda perlu sediakan produk atau servis mengikut kemampuan dan budget customer..Kerana apa? Bila mana mereka mampu untuk membeli, sudah pasti mereka mampu untuk terima servis atau produk yang anda jual.
 
Apa sebenarnya yang mereka mahukan, secara psikologinya pula apa yang mendorong setiap pilihan dan bagaimana anda dapat memastikan keinginan pelanggan dipenuhi.




Boleh ke boleh?

Semoga ilmu ini dapat membantu anda Grow Dalam Bisnes dan dapat sesuatu daripada perkongsian ini.


Nak lihat lebih banyak tips bina bisnes berjaya? ☟

https://t.me/Bisneszero2hero


Back to blog