3 TIPS AMALAN MEMBENTUK PEMIKIRAN ORANG YANG BERJAYA

3 TIPS AMALAN MEMBENTUK PEMIKIRAN ORANG YANG BERJAYA

Saya percaya ramai usahawan pasti ada impian untuk ada 1 atau lebih bisnes yang capai tahap kejayaan luar biasa.
 
Tapi buntu kenapa bisnes masih terkial-kial tahap sama..

Ia berpunca daripada pemikiran yang tidak berubah.
 
Pemikiran akan mempengaruhi tindakan.
 
 Tindakan mempengaruhi keputusan yang anda capai  pada hari ini.
 
Maka, kali ini saya kongsikan
 

"3 TIPS AMALAN MEMBENTUK PEMIKIRAN ORANG YANG BERJAYA"

 
 

1- Tuntut ilmu dan jaga pergaulan

 
Sebagai usahawan, jangan pernah takut jika anda
tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak dalam bisnes.
Walaupun anda masih baru dalam dunia bisnes, jangan buntu.
Apa yang anda perlu buat ialah berada dalam kalangan
rakan-rakan yang mempunyai impian untuk berjaya.
 
Sebagai contoh, katakan anda mempunyai bisnes.
Rutin harian anda hanya ulang alik ke premis setiap hari tanpa pergi belajar. Bertahun-tahun, buat rutin sama tapi tetap tiada perubahan.
Berbanding dengan seorang lagi usahawan. Bisnes dia sama seperti anda. Bezanya setiap bulan usahawan tersebut akan luangkan sedikit masa untuk berguru, bergaul dengan orang bisnes yang lebih berjaya
dan sentiasa cari ruang untuk buat perubahan dan penambahbaikan.
 
Maka sudah tentu tahap pengetahuan dan tindakannya akan berbeza.
Dalam pada masa yang sama, anda akan sedar bahawa anda
akan mempunyai tahap pemikiran yang lebih matang.
 
Sangatlah penting juga untuk anda jangan pernah bangga andai pengalaman anda dalam bisnes sudah 10 tahun tetapi tiap-tiap hari hanya buat rutin yang sama. Sibuk belum tentu bisnes anda akan berkembang dengan baik.
 
 

2- Berani untuk letak impian yang lebih tinggi

 
Langkah awal untuk kita capai impian adalah dengan
beranikan diri untuk menulis impian kita yang luar biasa.
Sebagai contoh, anda berada dalam industri fesyen. Cabar diri sendiri..
“Pada tahun 2025, anda mahu capai jualan RM1juta sebulan.”

Tulis impian dengan lebih spesifik.

Barulah kita berani untuk capai sasaran sendiri.

Bagaimana keberanian itu datang?
Ia datang daripada ilmu, tindakan dan pergaulan kita!
 
Dan jangan lupa segala kekuatan itu datang adalah dengan izin Allah jua. Sentiasa berdoa agar Allah swt permudahkan urusan kita.

 
 

3- Jadikan kegagalan itu sebagai peluang untuk belajar

 
Gagal dalam bisnes itu perkara yang biasa.
Pepatah Jepun juga ada menyatakan, gagal 7 kali, bangkit 8 kali.
 
Dengan menghadapi keperitan dan pengalaman daripada kegagalan itulah, anda akan bangkit membina pengalaman yang berharga dalam hidup anda.
 
Apabila anda hadapi krisis yang mendatang, anda akan lebih tenang.
 
Anda juga akan lebih cepat sesuaikan diri dan pantas cari jalan solusi untuk bangkit kembali.
 
Anda ingin lihat lebih banyak tips motivasi  dan testimoni kejayaan?
 
Boleh terus tekan link  di bawah☟☟☟
https://www.facebook.com/groups/408483457052492
Back to blog