“ 3 TIPS BERKESAN PUKAU MINAT PELANGGAN”

“ 3 TIPS BERKESAN PUKAU MINAT PELANGGAN”


Selalu buat copywriting. Rasa ayat dah ok dah semua tapi masih tidak berjaya menarik minat pelanggan. Pernah ke anda terfikir nak adjust di bahagian mana silap atau kurangnya?


Bila rasa sale dah semakin hari semakin sendu. Sudah tiba masanya untuk anda cepat-cepat bertindak. Cari jalan penyelesaian untuk lakukan strategi yang lebih berkesan.

Nak  tahu tips berkesan pukau minat pelanggan?

Selalu kita dengar senang je nak mudah tarik minat pelanggan. Antaranya ialah buat “OFFER”. Ya betul! Tapi kita harus sedar OFFER semata tidak akan mampu membina pengaruh yang kuat dalam copywriting anda.

Jadi di sini saya akan kongsikan

“ 3 TIPS BERKESAN PUKAU MINAT PELANGGAN”

 
 
 
1. SCARCITY
Tips yang pertama ialah dengan menggunakan elemen scarcity. Tapi mana?
Gunakan elemen scarcity di dalam OFFER yang anda berikan. Maksudnya di sini anda memberikan offer yang sangat “LIMITED”. Sebagai contoh di dalam discount, produk, bonus dan sebagainya. Terpulang pada anda untuk berikan mengikut kreativiti dan keperluan yang ada.

Ramai usahawan salah anggap. Mereka berfikiran  scarcity ialah beri diskaun yang limited kepada beberapa orang sahaja. Hakikatnya tidak!

Sebenarnya, anda boleh juga offer BONUS PERCUMA kepada pelanggan. Tapi hasilkan satu SPECIAL VALUE di sini. Sebagai contoh, bonus tu terhad hanya untuk X pelanggan yang pertama sahaja. Lebih bagus beri bonus yang memukau pelanggan untuk terus beli dengan anda. Boleh ke boleh?




 
 

 2.URGENCY
 
“Saya selalu jer buat urgency offer tapi macam takde beza jer”.
Penting untuk anda cari dan perbaiki di mana kurangnya di sini.

Maksud create Urgency ini ialah anda beri offer dalam masa yang terhad. Lebih baik letak dalam jangka masa berapa lama. Supaya pelanggan anda tidak rasa selesa untuk lambatkan proses pembelian . Sebagai contohnya, offer 50% diskaun ini terhad sebelum xx/xx/2021. Selepas offer tamat,  harga  akan berbalik kepada harga asal.

Walaupun kadang-kadang anda akan rasa macam biasa jer. Tapi percayalah hakikatnya offer sebegini masih relevan dan berjaya memukau minat pelanggan sehingga ke hari ini.







 
 
3. TESTIMONI
 
Tips berkesan pukau pelanggan yang ketiga  adalah dengan menggunakan kaedah testimoni.


Teknik ini nampak macam dah cliche kan. Tapi teknik ini yang paling membantu jika anda gunakan dengan cara yang betul. Tapi ingat! Bukan semua testimoni berkesan untuk meningkatkan daya pengaruh iklan anda.


Testimoni yang power ialah yang jelas menceritakan transformasi diri prospek. Macam mana keadaan diri prospek sebelum tu? Lepas guna produk anda apa jadi? Apa perubahan hidup yang ketara berlaku? Boleh faham kan?


Ini adalah 3 tips berkesan pukau minat pelanggan dengan mudah. Cuba amalkan 3 formula ini pada iklan atau skrip close sale anda, in shaa Allah pelanggan akan  bertindak untuk membeli dengan segera.


Tapi, jangan terlalu harapkan hasil yang segera.
Anda wajib TRY AND ADJUST!
Cuba hadam kan dan selamat mencuba!


 
Nak Lebih Banyak Tips Bina  Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>> https://t.me/Bisneszero2hero  untuk info lanjut .

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawannarinar
#jomberjayabersamaNarinar
 
Back to blog