"7 CARA BERKESAN PIKAT HATI PELANGGAN"

"7 CARA BERKESAN PIKAT HATI PELANGGAN"

Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. Peniaga kat luar sana, tak kiralah online ke, ada kedai kecik atau besar, anda mesti sudah terjumpa pelbagai jenis ragam pelanggan, betul tak? Ada yang senang dibawa berbincang, cerewet dan ada yang pilih barang bagai nak rak, tetapi akhirnya tak jadi beli.
Itulah lumrah berniaga.
 
Tak kenal maka tak cinta. Sememangnya bukan mudah untuk membuatkan seseorang yang tak dikenali suka kepada anda. Lebih-lebih lagi jika matlamat akhir anda adalah untuk menjual sesuatu kepadanya. Namun ianya tidak mustahil sekiranya anda menggunakan pendekatan yang betul. Percayalah seni memikat hati pelanggan adalah seni yang boleh dipelajari dan sentiasa boleh diperbaiki.
 
Orang kata sekarang ni susah nak gembirakan hati pelanggan sebab sekarang orang dah macam-macam.. Betul ke?

Taklah, sebenarnya kita masih belum lagi dapat puaskan hati pelanggan sebenarnya.

Berbeza, pelanggan yang tak berpuas hati dengan pelanggan yang gembira.
Layanan dan perkongsian yang bagus = pelanggan yang gembira.




Jadi "BAGAIMANA 5 CARA BERKESAN UNTUK PIKAT HATI PELANGGAN"  supaya sentiasa gembira dengan anda?







#1: FAST RESPONSE

Salah satu teknik penting yang berkesan dan halus ini ialah RESPONS dengan “sepantas” mungkin. Customer akan rasa ‘WOW’ dan  ‘impress’ kalau anda respon pada mereka dengan cepat. Kalau ada orang komen kat post fb kita, reply laju-laju. Kalau ada orang pm, wasap, jawab dengan pantas.

Zaman sekarang ni, kepantasan sangat penting! Semua orang nak laju. Lambat sikit je orang dah marah, lepas tu merajuk tak nak beli lagi.
Aduhh.. kadang-kadang sakit hati juga! Tapi apa boleh buat, mereka tak tahu.


Sebab itu kita perlu beritahu dan jelaskan kenapa kita lambat. Customer sebenarnya nak respons je, takut kene tipu.
Biasalah beli online, ada ramai pembeli yang dah kene tipu.
Jadi, sebagai peniaga..Cubalah cari jalan bagaimana cara nak respons semua pm & wassap dengan cepat.







 
#2: PERSONAL TOUCH
 
Pelanggan sukakan “sentuhan peribadi” bila berinteraksi dengan kita. KENALI prospek anda. Panggil mereka dengan gelaran yang sesuai. Kalau anda dapat nama pendek mereka pun lagi baik. Boleh tanya pada permulaan pm.
Gunakan bahasa audiens. Tidak terlalu formal, tidak terlampau “mesra”. Yang penting, anda perlu bina hubungan dulu dengan mereka.
Jangan lupa gunakan 
emoticon. 


Ia juga dapat bantu untuk tunjukkan emosi ketika berurusan dengan prospek.
Lebih baik jugak kalau anda gunakan nama pendek anda, atau cipta karakter khas sebagai orang yang menjawab soalan-soalan mereka.


Kenalkan diri dulu, siapa anda.. Dari mana, barulah orang lebih selesa nak berurusan dengan anda. Jangan terus menjual. Realitinya ialah orang suka membeli, tapi orang tak suka penjual.






 
#3:TANYA SOALAN
 
Bila nak berkomunikasi dengan pelanggan, pastikan kita tanya soalan yang berkaitan, soalan yang tepat. Sebab dengan soalan yang tepat dan betul, pelanggan akan terasa anda ni betul-betul ambil tahu pasal dia, pakar dalam perkara yang anda buat, bina kepercayaannya dan mudah meyakinkan dia yang menjawab soalan anda.


Banyakkan mendengar dari bercakap.
Banyakkan bertanya, biar prospek yang berikan jawapan.
Dari situ, anda dapat agak apa gaya bahasa yang sesuai digunakan untuk bercakap dengan prospek anda.
Anda boleh tanyakan apa masalah dia sebelum ini,apa yang dia dah buat untuk solve.


Bahasa mudahnya.. Anda jangan jadi penjual tapi jadi “problem solver”. Kita perlu kaji kenapa orang membeli. Sebab manfaat produk, ye.. MANFAAT! 


Selagi tak tahu apa manfaat produk yang anda jual, jangan jual! Buang masa! Kerana susah nak yakinkan orang untuk beli produk anda. Sebab apa? Tak kenal produk!


Sebelum menjual, niatkan dalam diri untuk BANTU, bukan nak duit je. Barulah prospek akan selesa nak keluarkan duit mereka untuk dapat manfaat yang kita berikan.


Nampak mudahkan, tapi impaknya besar..






 
 
#4: Cerita Yang Membangkitkan Emosi PELANGGAN

Sudah menjadi lumrah manusia, suka bercerita dan mendengar cerita. Sebab itu manusia suka bergosip. Sebab manusia tertarik kepada cerita.
Tambahan pula jika kisah cerita itu ada kaitan dengan dirinya.


Jadi, dalam bisnes anda boleh menceritakan kisah atau pengalaman orang lain yang telah menggunakan produk anda. Tunjukkan result, ceritakan bagaimana pengalaman pelanggan anda sebelum ini. Ceritakan setiap bibit-bibit perkataan itu dengan penuh emosi. Pastikan sehingga tersentuh emosi pelanggan anda. Kerana ini antara teknik yang berkesan untuk dekatkan hati mereka kepada produk yang kita beri.



 


#5: GIVE SURPRISE

Siapa yang benci dengan surprise?
Takde manusia yang benci. Walhal musuh pun boleh gembira sekiranya kita benar-benar berikan kejutan yang positif dan baik untuk mereka .
Betul ke betul?


Kejutan boleh dalam pelbagai cara. Anda boleh berikan hadiah, percuma freegift setiap kali pelanggan buat pembelian dan macam-macam lagi..
Kejutan seperti ini bukanlah benda yang dilakukan setiap hari tapi sesekali. Jadi, kejutan ini mampu menarik perhatian pelanggan yang sedia ada, menarik perhatian prospect untuk cuba dan tingkatkan engagement anda.
 







#6: BANTU BUAT DECISIONS


Bukan PUSH mereka untuk membeli. Ingat! Prospek mencari produk anda kerana nak cari penyelesaian bagi masalah mereka.
Jadi, anda perlu bantu mereka supaya rasa konfiden yang produk anda mampu selesaikan problem mereka.


Lain customer, lain perangainya. Anda perlu pandai berkomunikasi dengan mereka dulu sebelum suruh buat pembelian.
Dan jangan sesekali membandingkan produk anda dengan brand lain.
Fokus saja tentang kelebihan produk anda, serta benefit yang mereka akan dapat jika memiliki produk anda.





 




#7: AFTER SALES RAPPORT

Akhir sekali, keep in touch dengan customer anda. Anda ada database mereka, kan? FOLLOW UP mereka. Jangan buatkan mereka rasa anda hanya nak duit mereka saja. Jadikan diri anda sebagai kawan pada mereka.

Dengan cara ni, barulah mereka setia untuk membeli dari anda berkali-kali.
Macam mana cara nak follow up customer yang dah buat bayaran? Antaranya..

  • Berikan nombor tracking selepas prospek buat bayaran.
  • TANYA jika barang yang ditempah dah sampai.
  • Berikan TIPS berkaitan dari masa ke semasa.
  • Minta feedbackikhlas dari mereka.
  • DISKAUN khas untuk repeat order.
  • Offermereka buat side income sebagai EJEN anda

Dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Ok tu je untuk sesi perkongsian kalini.
Anda dapat sesuatu daripada perkongsian kali ni?
Jangan lupe kongsi dengan rakan-rakan anda pulak ye. 
|Moga bermanfaat buat semua.
 
 
Anda ingin lihat lebih banyak tips bisnes dan testimoni kejayaan?
 
Boleh terus tekan link  di bawah☟☟☟
 
 #narinarsquad
#usahawannarinar
#jomberjayabersamanarinar
 
 
Back to blog