5 CARA BERNIAGA IKUT RASULULLAH

5 CARA BERNIAGA IKUT RASULULLAH

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat sehingga beliau digelar al amin Gelaran ini nabi dapat kerana amanahnya beliau dalam berniaga. Dari perniagaan jugalah nabi boleh berdakwah dan bantu ramai orang.
 
Pada suatu ketika duhulu di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
 
Nak ke nak kita bongkarkan rahsia di sebalik kejayaan rasullulah?|
Jom kita telusuri  “5 CARA BERNIAGA IKUT RASULULLAH”
 
 
 
 
 
 1. TIDAK PERNAH BERDEBAT

Zaman dahulu, rasullullah tidak pernah menyakiti hati peniaga lain ketika berniaga. Semua yang pernah berbisnes atau berurusan dengan Baginda SAW juga kagum dengan sifat beliau sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
 
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
 
Dari sini kita dapat ambil teladan bahawa bagaimana konsep Rasulullah berniaga sehingga disenangi orang ramai.






 2. SENTIASA SENYUM


Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah memukau para pembeli untuk mendekati barang perniagaan Nabi ialah sikap dan wajah baginda semasa menjalankan proses jual beli itu.

Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada baginda dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman.

Di sini kita dapat belajar bahawa daya tarik utama untuk menarik pelanggan ialah SENYUMAN atau riak wajah yang berbeza. Pelanggan akan mudah jatuh cinta pada penjual yang peramah dan mudah didekati dalam urusan jual beli.
 
 
 
 
 3. JUJUR

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
 
Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan. Hal ini tidak boleh dicapai jika berlakunya dusta dan penipuan dalam berniaga.
 
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.
 
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
 
Ilmu yang kita boleh pelajari di sini ialah wajib untuk berlaku jujur dalam berniaga. Kerana apa? Jika sekali anda dah biasa menipu, maka akan jadi amalan yang tidak baik pada masa akan datang . Dan cuba muhasabah diri semula jika perniagaan anda dilanda masalah.








 4. TEKNIK MENJUAL YANG UNIK
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan baginda yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.
Baginda amat bertimbang rasa dan amat berbelas kasihan kepada sesama manusia. Dengan wajah yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
 5. TIDAK BUAT JANJI PALSU

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya syaitan.

Apatah lagi bila  sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab sepanjang  perjalanan bisnes seperti itu bukan  sahaja merugikan orang lain, tapi juga membuatkan  perniagaan yang dijalankan tidak berkat. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.
 
Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim). Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya. 

Jadi amatlah penting untuk tidak mewujudkan sebarang ketidakpastian dalam berniaga. Jauhilah unsur riba, janji palsu, menipu pelanggan dan sebagainya.
 
 
 
6. FASIR DALAM TUTUR KATA

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
 
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).
 
Panjang pulak ya coretan kali ini. BEST kan tengok cara rasulullah berniaga?
Jom sama-sama ikut dan amalkan supaya kita semua dapat merasai nikmatnya keindahan berniaga cara Rasulullah di samping  memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda.

 
Nak Lebih Banyak Tips Bina Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>>  https://t.me/Bisneszero2hero untuk info lanjut

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawanNarinar
#jomberjayabersamaNarinar
 
Back to blog