5 Cara didik anak bertanggungjawab sejak kecil

5 Cara didik anak bertanggungjawab sejak kecil

 

Pendidikan awal bermula di rumah. Kita semua tahu kanak-kanak di Jepun tiada peperiksaan pada umur kurang 8 tahun. Pada usia ini mereka dididik cara menjaga kebersihan dan bertanggungjawab.

Sifat tanggungjawab ini sudah boleh dipupuk dari rumah terutama kita di Malaysia yang punya sistem pendidikan yang berbeza. Walaupun didikan ini bukan mudah dan mengambil masa yang lama tapi ia sangat berbaloi dan buat anak anda berterima kasih pada anda kelak.

Ini 5 cara galakan anda patut berikan sejak kecil untuk pupuk rasa tanggungjawab.

 

  1. Bertanggung jawab pada diri

Bantu anak belajar ambil tanggung jawab pada diri sendiri. Contoh beri anak peluang pilih dan pakai baju sendiri. Ambil minuman sendiri dan lap hingus sendiri ataupun siapkan makanan sendiri seperti sapukan mentega atas roti.

 

  1. Bertanggung jawab pada masa

Sekiranya anda sudah peruntukan masa untuk aktiviti anak-anak, beri masa untuk melakukan aktiviti sendiri. Ini menjadikan mereka lebih kreatif dan boleh mencungkil bakatnya yang terpendam.

Selain itu anda boleh memberi tugasan pada anak tanpa memberi peruntukan masa. Misalnya anak perlu kemas mainan sebelum makan malam. Biar anak ambil masa sendiri siapkan tugasan yang diberikan dan biar mereka rasai sendiri akibat mereka tidak siapkan tugasan yang diberikan.

 

  1. Bertanggung jawab terhadap hubungan

Ini kemahiran berkawan di sekolah atau taman permainan. Jika anak sulung anda punya adik-adik, cara ini boleh digunakan untuk mendidik sifat kepimpinan.

Didik anak ketuk pintu sebelum masuk bilik, minta izin sebelum ambil barang orang dan berkongsi makanan. Anda juga boleh ajarkan mereka cara untuk mengekpresi perasaan dengan peluk anak untuk menunjukkan rasa sayang.

Jika anak anda ada konflik antara adik beradik atau rakan biarkan mereka kendalikan situasi tersebut sendiri. Cara ini mungkin sukar buat permulaan tapi anak itu sendiri akan lebih bertanggung jawab dalam mengendalikan konflik.

Anda boleh bantu dengan mendegar apa yang mereka akan katakana dan boleh cadangkan apa tindakan yang boleh mereka ambil.

 

  1. Bertanggung jawab pada benda

Berbanding beri pinggan dan cawan dari plastik anda boleh beri rasa tanggung jawab dengan beri cawan kaca. Mereka akan belajar cara kendalikan barang mudah pecah dan lebih berhati-hati.

Anak juga bertanggung jawab untuk letakkan barang di tempat yang dikhusukan seperti baju kotor di dalam bakul ataupun lampin di buang dalam tong sampah.

 

  1. Tanggung jawab pada komuniti yang lebih besar

Anak perlu tahu yang kehidupan mereka bukan sahaja di rumah dan sekolah. Mereka ada tanggung jawab pada masyarakt dengan tidak buang sampah merata-rata.

Boleh juga anda ajar beri makanan pada kucing dan bela ikan misalnya. Jika anda ada masa bawa anak ke tempat volunteer seperti pembersihan pantai ataupun aktiviti penanam semula pokok.

Kita semua mahu jadikan anak lebih bertanggung jawab. Kita hanya perlu letakkan kepercayaan pada mereka. Percaya mereka boleh buat perkara yang betul dan percaya mereka boleh cari solusi pada situasi mereka.

Anak-anak akan selalu cuba penuhi jangkaan anda. Apa kata anda lihat sendiri sejauh mana mereka mampu pergi. Sentiasa ada bila mereka jatuh tapi jangan bantu mereka terlalu awal.

Back to blog