5 Cara Mencegah Selsema Berkahak Kerap Berlaku Kepada Kanak-Kanak.

5 Cara Mencegah Selsema Berkahak Kerap Berlaku Kepada Kanak-Kanak.

     
Kita sering dengar setiap hari mesti ada alami selsema terutama pada kanak-kanak kecil. Selsema ini selalu datang kepada kanak-kanak bahkan dewasa juga alami penyakit selsema ini. Selsema tidak mengira usia atau waktu, bila-bila sahaja boleh menyerang dan juga boleh berjangkit kepada orang lain. Kita jangan memandang rendah terhadap selsema jika tak dirawat atau mengambil tindakkan dari sekarang, ia boleh jadi makin teruk terutama pada kanak-kanak.

Kanak-kanak terutama bayi di bawah usia dua tahun amat mudah mengalami demam, batuk dan selesema. Ia antara masalah kesihatan paling kerap terjadi yang bukan saja menyebabkan si kecil berasa tidak selesa dan meragam hampir sepanjang masa malah mengakibatkan ibu bapa tertekan akibat perlu berjaga sepanjang malam. Keadaan menjadi lebih teruk apabila gejala itu berserta kahak atau hingus yang banyak hingga menyebabkan si kecil sukar bernafas atau tercungap-cungap. Mengikut laporan di laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca utama selesema dan batuk adalah disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan di kawasan hidung, tekak dan laring. Biasanya virus ini mudah menyebabkan jangkitan berbanding 100 jenis virus lain.

Jadi, Kita akan kongsikan cara mencegah selsema berkahak yang kerap berlaku kepada kanak-kanak. Yang pertama, Ibubapa selalu bersihkan rumah melihat keadaan sekeliling jika ada habuk, bersihkan untuk mengelak jangkitan kuman supaya anak kecil boleh tidur, rehat dengan suasana yang bersih dan aman.

Selain itu, Ibubapa juga perlu amalkan bersihkan diri dahulu selepas balik kerja dan kerap cuci tangan sebelum memegang dan memeluk anak mereka dan mereka juga perlu ajar anak mereka amalkan basuh tangan sebelum makan dan pulang dari sekolah.

Disamping itu, Jika Ibubapa tidak sihat perlu mengelak dan tidak begitu rapat dengan anak-anak mereka sebab kanak-kanak mudah berjangkit dengan antibody yang masih lemah.

Seterusnya, Memastikan permainan, pakaian, barang-barang di rumah bersih terutama mainan yang kanak-kanak selalu bermain dan ibubapa juga pastikan mengajar anak mereka makan makanan yang sihat dan seimbang, Minum air masak secukupnya. Jangan benarkan mereka makan makanan ringan yang tidak menyihatkan badan.

Akhir sekali, Jika berada di tempat awam pastikan sediakan tisu atau sapu tangan ke dalam poket anak dan jauhi daripada orang yang alami jangkitan kuman seperti selsema,batuk atau demam untuk mengelakkan jangkitan daripada orang lain.

Opss..terupa plak gunankan essential oil Narinar Frankie yang memang khas untuk jadi first kit untuk mencegah selsema berkahak. Pati Gam Arab dalam essential ni membantu mencairkan kahak terutama kanak2 yang bawah 2 tahun. Untuk maklumat lanjut tekan link di bawah

https://narinar.com/collections/narinar-therapy-series/products/narinar-ft

Ini sahaja yang dapat berkongsikan cara mencegah selsema berkahak yang sering berlaku pada kanak-kanak.

 

Back to blog