“5 KARAKTER USAHAWAN PROAKTIF YANG LUAR BIASA”

“5 KARAKTER USAHAWAN PROAKTIF YANG LUAR BIASA”

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan anda sendiri. Ramai nak jadi usahawan tapi tak tahu mcm mana nak jadi  proaktif yang luar biasa..

Tahu ke tahu? Proaktif merupakan salah satu aspek penting bagi seseorang itu boleh mencapai matlamat kejayaan. Hanya usahawan yang luar biasa dapat melakukan perkara yg berbeza dari yang biasa .

Harini saya akan  kongsikan 
“5 KARAKTER USAHAWAN PROAKTIF YANG LUAR BIASA” 
untuk diteladani:




 
 
 1. TETAPKAN MATLAMAT (GOAL)

Sebagai usahawan proaktif, matlamat sangat penting kerana ia membawa kepada hala tuju kehidupan. Matlamat dapat bantu anda bertindak untuk mencapai apa yang anda inginkan. Melalui matlamat dan target yang jelas, anda akan menemui cara pelaksanaan yang lebih utuh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Sebagai contoh dalam bisnes, wajib ada target jualan setiap hari. Bila anda letak target, anda akan berusaha untuk mencapainya walau apapun cabaran yang datang . Dapat sesuatu?
 
2. KONSISTEN DALAM TINDAKAN

Tindakan yang konsisten merupakan sikap dan kebiasaan yang paling mencabar untuk dilaksanakan. Usahawan yang proaktif adalah seorang yang konsisten. Kenapa konsisten tu penting dalam bisnes? Sebab usaha yang berterusan itu membuatkan orang nampak, ingat jenama atau produk anda.

Cuba tengok contoh brands yang kukuh sampai sekarang. Antaranya Kfc,Mcd, Pizza Hut. Sampai hari ini anda ingatkan? Tahu kenapa brands tu masih kukuh sehingga kini? Sebab mereka konsisten iklan dan upgrade marketing. Sampai setiap hari produk itu bermain di fikiran anda. Luar biasa kan?
 
 
 
 
 
 3.SENTIASA FOKUS DENGAN SASARAN
Tak semua orang boleh fokus dalam bisnes. Perasan tak ada sesetengah usahawan, anda boleh nampak sales mula sendu, customer berkurang dan macam-macam masalah bisnes datang.
Sebab apa jadi macamtu? Sebab hilang fokus, automatik matlamat pun tersasar. Hanya usahawan yang proaktif sahaja akan fokus untuk mencapai matlamat yang dah dirancang. Fokus dengan idea dan solusi bagi mengatasi masalah yang mendatang.
Boleh ke boleh?
 
 
 
 
 
 
 
 
 4.BIJAK MENGURUS BISNES
Kenapa penting untuk bijak urus bisnes? Pengurusan bisnes amat penting untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar. Nak jadi usahawan yang proaktif haruslah bijak di dalam pengurusan. Kerana pengurusan yang baik memainkan peranan penting dan menjamin perkembangan serta keuntungan syarikat . 
Contohnya, bijak menguruskan masa, bijak merancang aktiviti harian, bijak uruskan kewangan dan sebagainya.Usahawan yang proaktif sangat berkomitmen dan berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan. Semakin teratur pengurusan bisnes anda, semakin kurang masalah yang timbul. Selamat bertindak! 
 
 
 
 5. KESUNGGUHAN DALAM BERBISNES
Pernah ke nampak usahawan berjaya tanpa sifat sungguh-sungguh. Sudah pasti tiada kan? Berangan tinggi tanpa kesungguhan akan datangkan hasil yang sia-sia. Usahawan proaktif akan bersungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka akan komited untuk usahakan sampai dapat.
Tanpa kerja keras, sukar untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Begitu juga dalam berbisnes. Wajib untuk kerja keras dalam mencapai tujuan berbisnes.
Faham kan?
Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat anda semua.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
 
Nak Lebih Banyak Tips Bina  Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>> https://t.me/Bisneszero2hero  untuk info lanjut .

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawannarinar
#jomberjayabersamaNarinar
 
Back to blog