5 RAHSIA ORANG BISNES BERJAYA DENGAN LEBIH CEPAT

5 RAHSIA ORANG BISNES BERJAYA DENGAN LEBIH CEPAT



Setiap orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul ke betul?
 
Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti?
Saya pasti semua pasti tahu tiada jalan ringkas untuk berjaya dalam sesuatu perkara melainkan dengan adanya usaha.
 
Setiap  manusia di dunia ini mempunyai cita-cita yang besar iaitu ingin berjaya dalam kehidupan. Tetapi persoalannya sejauh manakah cara yang tepat untuk berjaya?
 
Orang yang sukses adalah orang yang terus mencuba walaupun telah mengalami banyak kegagalan dalam kehidupan. Mereka akan memandang kehidupan sebagai satu proses dan peluang untuk mencapai kejayaan …
Nak ke nak saya kongsikan?
  
“5 RAHSIA ORANG BISNES BERJAYA DENGAN LEBIH CEPAT”
  
 
  
 1. Sentiasa bersyukur
  
 Orang berjaya sentiasa bersyukur. Tak kiralah sama ada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap akan bersyukur. Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan cuba untuk melihat dari sudut yang baik-baik.
 
  
 2. KOMITMEN YANG TINGGI UNTUK MENCAPAI IMPIAN
  
Tabiat ini memang jarang ada pada orang yang biasa-biasa sahaja. Percayalah tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi. Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
 
Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekeliling dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa ke arah kejayaan. 
 
Ingatlah bahawa “Orang yang berjaya akan selalu berusaha mencipta kejayaan-kejayaan lain, oleh sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya”
 
  
 3. Berhenti mencari salah orang.
 
Orang yang berjaya tidak akan membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Mereka akan menerima kekurangan  diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya . Dan segala kebaikan yang ada, akan dilihat sebgai peluang untuk membantu orang lain.
 
Bahagian ini yang ramai orang bisnes suka buat, ada sahaja bahagian orang lain yang tidak kena di mata mereka. Pantang nampak silap dan salah orang, memang jadi bahan zikir harian mereka. Semua orang salah, mereka sahaja yang betul.
 
Sebagai contoh: “Kata ajar orang bisnes online, tapi iklan di billboard. Ini ajaran apa?”
 
Pernah ke kita terfikir kenapa kita masih berada di takuk yang sama sahaja dalam bisnes?Kerana mata kita masih terus lihat salah orang sahaja di setiap sudut…
 
 Oleh itu, segeralah tukar mindset kita jika ingin berjaya cepat. Sebagai contoh, cari kelebihan orang lain yang kita boleh jadikan contoh.. Cuba jadi MATA HELANG apabila lihat orang lain di atas, fahami teknik dan strategi mereka ..Berhentilah menjadi MATA LALAT, sentiasa sibuk mencari SAMPAH dan benda yang kotor sahaja. 
 
Ingatlah bahawa “Dalam bisnes tidak ada yang salah, yang ada cuma salah faham”
 
 
 4. Jaga ADAB dengan GURU.
 
Prinsip ini selalu di didik di sekolah tetapi ianya amat penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.. Bila mana sudah masuk di dalam dunia bisnes , dengan sesiapa pun sifu bisnes yang kita sudah belajar dengan mereka, mereka tetap guru kita sampai bila-bila..
 
Walau ada salah mereka  di mata kita, latih diri untuk doakan mereka kerana mereka manusia biasa..Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. Bukan kerja kita untuk mencari salah mereka, apatah lagi ingin buktikan mereka salah dan terus menghukum atas kesilapan mereka.
 
Ingatlah dengan asbab ilmu dari mereka, kita boleh berubah ke arah yang lebih baik..WAJIB bagi kita untuk menjaga hubungan dengan insan yang bergelar guru..Teruslah mendoakan mereka dan menjaga adab dengan guru
Kita boleh lihat orang yang berjaya dengan cepat, mereka sangat menjaga adab bersama guru…Bila mana mereka redha dengan kita, mudah sahaja untuk kita mudah faham setiap ilmu yang disampaikan. Inilah konsep KEBERKATAN yang perlu kita pelajari.
 
Ingatlah bahawa “Antara berkat guru dan kepandaian kita, pilihlah keberkatan dahulu.. Kerana  pandai itu hanya seketika, berkat itu sepanjang masa”

 
 5. Berkongsi rezeki dengan orang lain.
 
Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain. Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara sekalipun yang mereka boleh termasuk suka berkongsi ilmu.
 
Hidup ini adalah pilihan. Setiap orang boleh sahaja buat bisnes seorang diri. Sudah tentu hasilnya lumayan kerana makan seorang diri. Tapi persoalannya SAMPAI BILA nak buat seorang diri?
 
Ingatlah bahawa NAK KAYA RAYA DAN KAYA JIWA, WAJIB untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Nak bina legasi dalam bisnes, mulakan dengan ambil seorang pekerja dahulu. Dapatkan ilmu uruskan pekerja dan latih mereka sehingga berjaya..
 
Tidak mengapa kita perlu berkorban untuk mereka pada peringkat awal, memang itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membina legasi dalam dunia bisnes. Jika kita boleh berkorban dan berkongsi rezeki untuk mereka, jangan tanya kenapa mereka sanggup berkorban habis-habisan berkorban semula untuk kita..

Ingatlah bahawa “Kejayaan seseorang bukan pada mereka yang memulakan, tapi pada siapa yang bersama-sama dengan mereka”.

 
 6. MENJAGA PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH
  
Setinggi mana pun cita-cita yang dikejar, sebesar mana pun usaha yang diambil..Percayalah hanya dengan izin Allah kejayaan akan dicapai. Orang yang ingin berjaya dunia akhirat akan berpegang teguh pada prinsip ini.
 
Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat. Mereka sangat yakin bahawa Allah yang memberi  mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka kejayaan. Dan dalam sekelip mata juga Allah mempunyai kuasa untuk menariknya semula.
 
Ingatlah bahawa “Kejayaan sebenar bagi seseorang ialah kejayaan di akhirat”
  
Anda ingin lihat lebih banyak tips motivasi dan testimoni kejayaan?
Boleh terus tekan link  di bawah☟☟☟
 
https://www.facebook.com/groups/408483457052492
  
#narinarsquad
#usahawannarinar
#berjayabersamanarinar
Back to blog