5 TANDA BADAN KEKURANGAN VITAMIN C

5 TANDA BADAN KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C merupakan mikronutrien penting untuk manusia. Seperti yang diketahui, manusia tidak dapat mensintesis atau menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Ia perlu diambil daripada sumber luaran, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan suplemen tambahan. Sekiranya seseorang individu kekurangan vitamin C dalam dietnya selama tiga bulan berturut-turut, individu tersebut berisiko untuk terdedah kepada pelbagai penyakit. Berikut merupakan tanda-tanda badan dan kulit kekurangan vitamin C:

1. Kulit kering, bersisik dan rosak

Ramai orang berpendapat bahawa kulit kering berlaku kerana kurang pengambilan air masak dan tidak memakai losyen pelembab. Dua tiga jam selepas memakai pelembab, kulit kembali kering dan bersisik seterusnya mengganggu penampilan dan keyakinan diri. Tahukah anda, kulit kering dan rosak merupakan salah tanda badan dan kulit kekurangan vitamin C.

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kulit kekal sihat. Vitamin C merupakan antioksidan, bermakna ia melindungi sel kulit daripada radikal bebas yang disebabkan oleh matahari atau pendedahan kepada UV. Vitamin C membantu memperbaiki kulit selepas ‘sunburn’ dengan meminimumkan kemerahan dan keradangan dengan menggalakkan pertumbuhan semula sel yang sihat. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen, protein yang menyerap pada kulit, rambut, sendi, tulang dan pembuluh darah, yang memastikan kulit kelihatan gebu, sihat dan awet muda.

Maka dengan itu, antara tanda kekurangan vitamin C yang mudah untuk dilihat adalah pada permukaan kulit dimana kulit menjadi kering akibat kerosakan oksidatif yang disebabkan sinaran matahari serta bahan pencemar yang lain seperti asap rokok dan sebagainya.

2. Mudah letih dan emosi kurang baik

Badan cepat letih dan sering mengalami ‘mood swing’ merupakan tanda-tanda normal kesan kandungan paras gula yang tinggi dalam tubuh, tidak sihat dan kurang rehat. Namun, jika ia berlaku secara tidak normal tanpa sebarang sebab yang jelas, mungkin ia adalah petanda tubuh badan kekurangan vitamin C kerana vitamin C mempengaruhi tahap tenaga. Keadaan ini dapat mengganggu produktiviti dan prestasi kerja.

3. Sistem imun badan lemah- Peningkatan risiko jangkitan

Sistem imun sangat penting untuk memerangi serangan patogen dari luar tubuh. Sistem imun manusia semakin lemah dengan usia, menjadikan badan lebih berisiko untuk terdedah kepada jangkitan. Sesetengah individu lebih mudah mendapat penyakit kerana tubuh sudah kurang mampu untuk melawan virus, bakteria, atau benda asing lain yang boleh menyebabkan penyakit. Ini mungkin disebabkan badan kurang mendapatkan nutrisi yang baik seperti vitamin C.

Vitamin C adalah nutrien penting untuk sistem imun. Tahap vitamin C yang rendah boleh mengakibatkan imuniti terjejas dan meningkatkan risiko jangkitan. Memaksimumkan pengambilan vitamin C memudahkan tindak balas imun yang optimum, dan menyokong integriti vaskular yang sihat, peredaran dan tekanan darah yang seimbang.

4. Mudah lebam

Lebam berlaku apabila saluran darah di bawah kulit pecah, menyebabkan darah bocor ke kawasan sekitarnya. Lebam biasanya terjadi apabila terjatuh atau terlanggar benda yang keras. Jika lebam sering dan mudah berlaku walaupun hanya disebabkan kecederaan ringan, maka ianya adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Ini adalah kerana mudah lebam merupakan tanda biasa kekurangan vitamin C kerana pengeluaran kolagen yang lemah menyebabkan saluran darah turut menjadi lemah.

5. Luka lambat sembuh

Kekurangan vitamin C secara ketara boleh menyebabkan fungsi kolagen menjadi sangat lemah. Kulit amat memerlukan kadar penghasilan kolagen yang tinggi bukan sahaja untuk mengekalkan keadaan kulit yang sihat sepanjang masa, malah juga untuk membantu proses membaikpulih tisu kulit yang rosak akibat luka atau cedera berpunca dari faktor luaran atau dalaman tubuh.

Kebiasaannya, luka kecil pada kulit akan sembuh dengan sendiri dalam masa 3 hingga 7 hari. Jika tiba-tiba luka ini dikesan mengambil masa yang lama untuk sembuh, salah satu penyebabnya mungkin berpunca daripada kesan kekurangan vitamin C. Oleh kerana kekurangan vitamin C melambatkan kadar pembentukan kolagen, ia menyebabkan luka sembuh dengan lebih perlahan. Dalam kes kekurangan vitamin C yang teruk, luka lama mungkin dapat terbuka semula dan boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai mana-mana keadaan seperti yang tertera di atas.

Anda juga boleh dapatkan sumber vitamin C harian dengan Lipo-C Boost Narinar iaitu minuman botani yang mengandungi vitamin C dengan teknologi liposomal, dengan penyerapan secara terus ke dalam sel badan setinggi 90%. Ia seperti mendapat kebaikan vitamin C dari 10 biji oren. Kulit akan terus berseri serta badan kekal sihat dan bertenaga.

Rujukan:

  1. https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-c-deficiency-symptoms#TOC_TITLE_HDR_8
  2. https://www.ndtv.com/health/always-tired-these-common-vitamin-deficiencies-could-be-the-culprit-2299827
  3. https://www.merckmanuals.com/home/disorders-of-nutrition/vitamins/vitamin-c-deficiency
  4. https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/10/20/jaga-jaga-anda-mungkin-kekurangan-vitamin-c-jika-ada-4-masalah-kesihatan-ini
Back to blog