5 Tips Hilangkan Loya Semasa Mengandung

5 Tips Hilangkan Loya Semasa Mengandung

 

Loya atau mual semasa mengandung merupakan simptom biasa yang selalu dialami wanita mengandung. Loya bukan sahaja diketahui sebagai tanda awal mengandung, tapi ia juga merupakan simptom yang biasa dilalui oleh ibu mengandung dalam trimester pertama dan ada sesetengah kes ia berlarutan lebih lama.

Walaupun loya buat anda rasa tidak selesa tapi ia tidak membahayakan anda dan bayi yang dikandung, malah ia juga sebagai tanda kandungan yang sihat. Loya semasa mengandung juga biasa dipanggil morning sickness.

Bagaimana menangani loya?

  1. Rehat dari kerja

Jika anda seorang yang bekerjaya, ambil cuti pada minggu ke tujuh atau ke lapan kehamilan. Waktu ini biasanya morning sickness di tahap paling teruk. Jika anda rasa bangun pagi untuk ke tempat kerja buatkan anda rasa loya, beri masa untuk mental dan fizikal biasakan dengan perubahan diri dan hormon.

  1. Hidu NARINAR Sidrie

NARINAR Sidrie yang kaya dengan minyak pati Sidrie atau bidara juga lavender akan kurangkan rasa mual.

  1. Kenal pati & beritahu

Mula kenal pasti apa penyebab anda rasa loya. Mungkin sabun di bilik mandi atau bau pewangi suami. Berbincang dengan suami untuk elakkan dari guna wangian yang menyebabkan anda rasa mual.

  1. Makan sedikit tetapi kerap

Loya dan muntah akan buat perut anda kosong. Isi perut dengan kuantiti makanan yang sedikit tetapi kerap makan. Jangan terlebih makan kerana ia akan buat loya anda lebih teruk.

  1. Kurangkan tekanan

Hidu dalam-dalam aroma NARINAR RoseLove untuk kurangkan tekanan dan menstabilkan hormon. Minyak pati rose akan beri anda kesegaran, menenangkan minda juga buat anda rasa lebih bertenaga.

  1. Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan aktiviti kegemaran seperti membaca buku atau menyelesaikan Sudoku. Anda boleh juga membaca Al Quran sebagai langkah awal mendekatkan bayi kepada penciptanya.

  1. Tidur

Bila semua cara anda dah buat tapi masih kurang berkesan, cuba ambil masa untuk barik dan lelapkan mata. Ramai doktor dan ibu yang berpengalaman berpendapat tidur ialah cara terbaik untuk elak morning sickness.

Back to blog