”Penting ke untuk kekal bermotivasi setiap hari?
Remeh sangat benda-benda ni..”
Orang yang biasa memang akan berfikir seperti di atas.
Namun orang LUAR BIASA akan menjadikan benda remeh itu sebagai puncak kejayaan. Kekal positif dan bermotivasi itu penting setiap hari!
Bila kita positif, segala kerja akan menjadi lebih tenang dan lancar.
Bila kita bermotivasi, sebenarnya kita menjadi magnet kepada orang sekeliling untuk turut termotivasi.
ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI!
ORANG YANG BERJAYA ADALAH MEREKA YANG BERUPAYA MENGEKALKAN TAHAP MOTIVASI MEREKA PADA TAHAP MAKSIMA SETIAP HARI!
Motivasi adalah salah satu resepi untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita hanya tulis impian sahaja, kemudian bersemangat sekejap untuk beberapa hari dan beberpa jam kemudian hilang motivasi, terus lupa apa nak buat untuk capai impian itu.
Jika anda juga merasa perkara yang sama, jangan risau..
Hari ini saya akan kongsikan
"5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF DAN BERMOTIVASI SETIAP HARI"
Hari ini saya akan kongsikan
"5 TIPS UNTUK KEKAL POSITIF DAN BERMOTIVASI SETIAP HARI"
1. Tuliskan Matlamat Kecil Anda SETIAP HARI.
Jika nak berjaya, anda perlu menulis matlamat kecil anda setiap hari. Ramai yang tahu bagaimana hendak meletakkan matlamat. Tetapi hanya meletakkan matlamat di dalam kepala sahaja tidak cukup. Untuk kekal motivasi tuliskan matlamat kecil mahupun besar setiap hari. Ini akan sentiasa membuat diri anda termotivasi selalu.
Apa yang anda boleh buat adalah tulis matlamat kecil yang anda ingin lakukan esok hari sebelum anda masuk tidur. Lakukan setiap malam tanpa gagal. Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya dengan tanpa banyak berfikir. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.
Kenapa perlu tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda kepada apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin.
Tanpa anda sedari, matlamat besar anda akan tercapai dengan mudah.
Jadi mulakan sekarang juga!
Anda boleh lihat kesannya apabila aktiviti ini menjadi rutin.
Tanpa anda sedari, matlamat besar anda akan tercapai dengan mudah.
Jadi mulakan sekarang juga!
- MEMBACA KISAH KEJAYAAN SEKURANGNYA 20 MINIT SEHARI.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita semua. Ada ketika terasa sangat bersemangat dan termotivasi. Dan ada ketikanya juga, kita lemau, tak bersemangat dan terus lupa untuk capai impian yang diimpikan. Ini ialah cara efektif dan sangat terbukti memotivasikan diri sendiri. Banyakkan membaca kisah inspirasi mereka yang telah berjaya seperti kisah kejayaan Koloner Sander, pengasas restoran segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), Mark Zuckerberg dan ramai lagi.
Mereka juga antara orang yang tak pernah berhenti berusaha walaupun pernah banyak kali gagal. Tetap berusaha sehinggalah berjaya mencipta kejayaan. Hal ini dapat merangsang minda anda untuk medalami cabaran dan liku yang dilalui oleh setiap kejayaan seseorang. Secara tidak langsung akan akan termotivasi dengan perjalanan hidup mereka. PENTING! Untuk anda dapatkan segala tips kejayaan mereka supaya anda boleh amalkan juga dalam kehidupan seharian.
3. Berfikiran Positif dan Fokus Kepada Tindakan
Apa yang anda fikir akan menjadi tindakan, oleh itu fikirlah yang baik-baik setiap hari dan fokus kepada tindakan. Minda adalah alat paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita hendak di dalam kehidupan.
Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir.
Ia bergantung bagaimana cara anda berfikir.
Jadi, bagaimana anda mahu gunakan minda untuk kekal termotivasi?
Apa yang perlu anda buat adalah fikir apa hasil yang anda nak dapat.
Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita hendak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak capai.
Yang memberi motivasi adalah HASIL apa yang kita hendak, bukan proses mendapatnya. Jadi, anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda nak capai.
Pada peringkat awal memang nampak susah hendak laksanakan kerana anda belum terbiasa lagi. Namun, jika anda fokus dengan tindakan dan sentiasa positif, anda pasti berjaya.
4. Selalu Baca Kata-kata Semangat
Bacalah kata-kata semangat setiap pagi setiap hari supaya anda kekal bersemangat. Tatkala membacanya, semangat naik berkobar-kobar secara serta merta. Sekarang sudah ada banyak media sosial yang memaparkan kata-kata semangat seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi. Dan bila anda rasa kecewa atau sedih, bila anda baca je kata-kata semangat tersebut, ia akan menaikkan semula semangat anda.
5. BERSYUKUR DAN JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Jangan lupa bersyukur setiap kali selepas bangun tidur. Rasa syukur membantu kita menjadi lebih positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan yang membuatkan kita selalu dekat dengan kebahagiaan.
Pernah tak satu hari anda dapat rezeki ramai pelanggan tanpa disangka. Semua itu terjadi kerana Allah yang gerakkan hati mereka untuk membeli. Banyakkan berlapang dada dan bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat. Percayalah hari-hari yang mendatang anda akan rasa lebih tenang dan dipenuhi dengan rasa syukur.
Pernah tak satu ketika juga, saat anda melihat orang lain lebih daripada anda dari semua aspek. Kadang membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif.
Kalau anda ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh.
Kerana Allah akan beri satu nikmat dan rezeki yang lagi luas dan tidak ternilai buat insan yang sentiasa mendoakan orang lain.
Kalau anda ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh.
Kerana Allah akan beri satu nikmat dan rezeki yang lagi luas dan tidak ternilai buat insan yang sentiasa mendoakan orang lain.
Penting untuk jaga hubungan dengan Allah. Kerana Allah suka kepada hamba-hambanya yang meminta kepadanya bukan meminta kepada manusia.
Anda ingin lihat lebih banyak tips motivasi dan testimoni kejayaan?
Boleh terus tekan link di bawah☟☟☟
#narinarsquad
#usahawannarinar
#jomberjayabersamanarinar