“6 TEKNIK BERKESAN FOLLOW UP CUSTOMER”

“6 TEKNIK BERKESAN FOLLOW UP CUSTOMER”


Ramai orang bila berniaga, dia tak pandai nak pujuk pelanggan untuk terus membeli dengannya. Amat rugi jika pelanggan dah beli kali pertama , tapi tiada action follow up sehingga menjadi pelanggan berulang.

Sebagai peniaga, kita terlalu fokus pada pelanggan baru sedangkan pelanggan lama akan menjadi pembeli yang setia dengan kita sekiranya kita mahir ilmu pujuk hati pelanggan dengan betul.

Kenapa begitu? Sebab pelanggan dah ada kepercayaan atas servis yang kita berikan, jadi tidak mustahil untuk pelanggan beli berulang-ulang kali.

Perkara pertama yang kita kena faham tentang follow up ini adalah, ia merupakan satu aktiviti ‘menjaga hubungan' dengan prospek dan pelanggan.



Nak tahu “6 TEKNIK BERKESAN FOLLOW UP CUSTOMER”?

Jom kita sama-sama dapatkan ilmu berguna ini.









 
 1. TANYA KHABAR

Cara terbaik untuk membina hubungan bersama pelanggan dengan  mudah adalah dengan bertanya khabar. Teknik tanya khabar ini amat berkesan dalam membentuk hubungan yang serasi di antara bisnes anda dengan pelanggan supaya anda tidak terus hilang dari radar dan senyap selepas mereka membuat pembelian.


Mulakan perbualan yang mesra dan santai. Secara tidak langsung prospek pun akan lebih selesa dan tak kekok nak berurusan dengan anda. Secara amnya, kita dapat lihat sendiri melalui budaya kehidupan sering bertanya   khabar dapat merapatkan hubungan  sesama manusia.


 Hakikatnya, manusia suka diambil berat dan merasa selesa apabila ada orang yang mengambil tahu tentang perkembangannya. Begitu jugalah konsepnya dengan pelanggan. Amalkan untuk sering bertanya khabar dalam sesi follow up bersama pelanggan.
 
 
 
 
 2. KONGSI ILMU YANG BERMANFAAT

Anda perlu rajin. Rajin apa? Rajin untuk tahu dan sedar akan masalah bakal pelanggan anda. Supaya anda boleh memberi solusi dan  selesaikan masalah mereka  melalui produk yang anda sediakan.

Dari semasa ke semasa, anda sudah boleh berkongsi "content" yang bermanfaat. Sebagai contoh, tips-tips penggunaan, sebab masalah, punca masalah, akibat dan sebagainya.

Bayangkan bila anda kongsi content-content yang bermanfaat untuk prospek, mereka mula rasa anda faham dan mampu untuk menyelesaikan masalah mereka. Sekaligus anda telah membina kepercayaan  yang lebih kuat terhadap prospek anda. Selain itu, anda juga digalakkan  share content yang bermanfaat sebagai ilmu berguna buat mereka.

Dari sini dapat memberi kesedaran dan menarik minat mereka terhadap ilmu yang anda kongsikan. Ini akan memudahkan pelanggan sedia ada ini bertukar kepada raving fans. Jadi kalau anda upsell sekalipun, mereka akan beli tanpa banyak soal.
 
 
 
3.  FOLLOW-UP UPSELL

Cara seterusnya untuk follow up customer adalah menawarkan produk lanjutan setelah pelanggan membeli untuk kali pertama. Kaedah ini paling normal untuk upsell produk premium pada pelanggan yang sedia ada.

Teknik ini lebih berkesan lebih-lebih lagi apabila pelanggan anda dah dapat kesan positif pada produk pembelian kali pertama.

Kerana apa? Kerana pelanggan dah  dapat manfaatnya dan mula percaya dari awal semasa membeli kali pertama. Jadi, mudah untuk anda gunakan peluang ini untuk upsell lagi supaya pelanggan dapat lebih banyak manfaat  dari produk dan value  yang anda sediakan.
 
 
 
 4. LAYANAN  ISTIMEWA

Bilamana anda sudah ada pelanggan yang setia bersama produk anda. Mereka wajib untuk diberi layanan yang lebih istimewa. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka yang tak pernah henti membeli produk anda.  


Sebagai contoh, sebelum anda keluarkan sesuatu produk pada umum, pelanggan setia boleh  mendapat info awal terlebih dahulu dan boleh dapatkan dengan harga tawaran yang lebih jimat sebelum pelancaran. . Ataupun anda berikan pelanggan special ni untuk buat pre-order dengan harga yang lebih  jimat.


Sudah pastinya emosi mereka akan rasa teruja dan rasa istimewa. Kaedah ni seakan anda sudah  layan mereka seperti VVIP. Anda WAJIB guna teknik ini jika sudah ada pelanggan setia  yang selalu beli produk anda yang  mungkin bertahun lamanya. In shaa allah . Bisnes anda lebih mudah berkembang dengan adanya pelanggan setia seperti ini.







 

5. TESTIMONI

Testimoni juga adalah teknik terbaik dalam membina keyakinan dan memberi pengaruh  yang kuat terhadap pelanggan anda. Sentiasalah konsisten kongsikan memberi testimoni terbaru dengan pelanggan sedia ada.


Testimoni ini bagi memberi kesedaran terhadap pelanggan dan membantu mereka untuk mencari solusi terhadap masalah yang dialami. Dengan adanya testimoni begini, mereka lebih berani untuk mencuba kali pertama dan rasai keberkesanannya dahulu sebelum membuat pembelian pada masa akan datang.

Dan jangan berhenti untuk teruskan kumpul testimoni yang ada sebagai  manfaat dalam membina kepercayaan bersama pelanggan.




 
 6. HADIAH

Teknik yang seterusnya ialah melalui aktiviti beri hadiah pada pelanggan anda sempena apa-apa peristiwa. Contoh peristiwa yang dimaksudkan ialah sempena ulangtahun bisnes, hari lahir owner bisnes, hari lahir pelanggan (database kena lengkap) dan lain-lain.

Untuk menarik minat mereka, anda perlu  berikan diskaun, promo dan percuma apa sahaja barang yang boleh beri manfaat pada pelanggan sedia ada. Kebiasaannya manusia akan lebih tertarik untuk membeli apabila diberi hadiah istimewa pada masa itu. Boleh ke boleh?
 


Nak Lebih Banyak Tips Bina  Bisnes Berjaya?
Tekan link ini >>> https://t.me/Bisneszero2hero  untuk info lanjut .

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawannarinar
#jomberjayabersamaNarinar
Back to blog