“7 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA”

“7 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA”

Setiap orang di dunia ini pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan. Lagi besar cabarannya bilamana tiada kerja yang stabil. Hanya bergantung pada bisnes semata-mata.

Lagi sedih bilamana ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang. Fikiran semakin kusut dan terus ambil inisiatif meminjam duit dari Ahlong. Adajuga  yang sampai bertindak luar jangkaan seperti  meragut, mencuri, pecah amanah dan sebagainya.

Selagi mana kita terus bergantung pada dunia dan manusia, kita takkan jumpa jalan penyelesaiannya. Sebab apa? Hati manusia itu berbolak balik . Allah yang pegang hati mereka. Persoalannnya kepada siapakah anda harus tuju bilamana dilanda masalah yang berat dalam hidup?

Tidak lain tidak bukan, anda harus mengadu pada Allah dahulu. Minta petunjuk dan jalan keluar dari masalah yang anda hadapi. Kalau boleh menangis, menangis lah sepuas hati. Dari situ, Allah nampak dan mengetahui berapa berat beban yang anda pikul dan seberapa khusyuk anda bermunajat memohon pertolongannya. Jangan rasa malu untuk dekatkan diri denganNYA dan berdoalah  segala apa yang anda hajati.. In shaa allah pasti ada sinar di sebalik jalan yang tidak pasti.

Tarik nafas! Senyum 3 kali.

Jom sama-sama amalkan. Kali ini saya ingin kongsikan 
“7 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA”

 

 

 1. BANYAKKAN BERISTIGHFAR

Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12).


Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”.

Kisah ini membuka pintu hati kita semua untuk beristighfarlah anda walau apa pun ujian yang dihadapi. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambanya. Lalu dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambanya.

 







2. SELAWAT DAN SENTIASA DOA MURAH REZEKI

Ada hadis yang menganjurkan berdoa dan selawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

Sentiasalah berselawat dan amalkan doa ini dengan ikhlas.Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini dan doa yang berpanjangan diluaskan dan dilapangkan rezeki..

 

 

 

 

3.  MELAZIMI SOLAT DHUHA DAN TAHAJJUD

Amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.Melazimi Solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

 

 

 

 

 

4.MELAZIMI KEKAL BERWUDUK

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid).

 




 

 5. BANYAK BERSEDEKAH

Salah satu amalan rahsia kunci rezeki adalah bersedekah..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)ّ

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :

“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

 

 6. BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPA

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran:

17:23: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya ataupun kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”

17:24: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Disebutkan di dalam Hadis:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 

 

 

7. MELAZIMI MEMBACA SURAH AL WAQI'AH

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya:”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya.

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya ”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..

Justeru jadikanlah surah al waqiah ini sebagai amalan untuk dipermudahkan urusan dan sebagai ikhtiar dimurahkan  rezeki dunia akhirat.

 

 

Semoga semua tips amalan ini bermanfaat buat semua.

Renung-renungkan dan selamat beramal! Yakinlah serta letakkan sepenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiar ini Allah melimpah rezeki yang tidak putus-putus seperti air zam-zam.


Nak Lebih Banyak Tips Berjaya Dunia Akhirat?
Tekan link ini >>>  https://t.me/Bisneszero2hero untuk info lanjut

#mudahnyabisnesNarinar
#usahawanNarinar
#jomberjayabersamaNarinar

 

Back to blog