Jawatan seorang ibu tidak boleh dilepas bila dah tiada mood. Bila penat, tugas ibu tidak boleh lepas tangan terutama bila anda ibu kepada 3 kanak-kanak dan seorang bayi.
Ibu juga manusia yang punya rasa penat, kecewa, marah dan sedih. Jangan lupa anda juga layak rasa gembira, bahagia, ceria dan dapat rehat yang cukup.
Ini 7 cara buat anda dapatkan kembali diri anda yang sebenar
- Bersenam
Jangan tinggalkan aktiviti fizikal bila anda rasa penat. Badan anda menghasilkan tenaga bila anda bergerak. Lakukan senaman ringan walaupun rasa penat.
- Minum air yang cukup
Keletihan ialah tanda pertama dihidrasi. Minum lebih air boleh buat anda rasa bertenaga dan menangani simptom burnout.
- Dapatkan tidur
Dapatkan tidur selama 10 minit. Power nap ini akan recharge tenaga anda. Ibu mudah terjaga dari tidur berbanding ayah. Pasangkan Nanion bersama 5 titis NARINAR Sidrie untuk tidur malam yang lena tanpa ganguan.
- Makan makanan yang sihat
Ada ibu yang tidak sempat makan dengan teratur. Lepas masak terasa kenyang buatkan diri mereka makan makanan yang tidak berkhasiat ketika lapar seperti aiskrem atau coklat. Pastikan dapur anda dipenuhi dengan makanan yang berkasiat seperti buah-buahan, yourget dan roti tinggi serat.
- Cipta impian
Tanya pada diri. Jika anda ada banyak tenaga, apa yang akan anda lakukan? Dengan impian begini beri beri halatuju dan motivasi untuk menjalankan cara hidup yang sihat untuk dapatkan tenaga anda kembali.
- Latih diri menguruskan tekanan
Baca quran, solat tahajud, hidu dalam-dalam NARINAR RoseLove. Cara ini bukan sahaja beri anda tenga fizikal tetapi beri anda kejelasan minda yang buat anda ambil keputusan yang lebih baik. Cara ini bantu anda menghadapi mommy burnout.
- Jumpa doktor
Jika anda sudah cuba semua tips di atas selama dua minggu secara berterusan dan tidak nampak apa-apa perubahan pada tahap tenaga anda, segera jumpa doktor untuk pemeriksaan. Antara sebab keletihan ialah anemia, thyroid, masalah jantung dan diabetes.
Jaga diri, sayangi diri dan cintai diri walaupun anda seorang ibu.