“ 7 TABIAT YANG MENUNJUKKAN ANDA MEMPUNYAI MINDSET LUAR BIASA SEBAGAI USAHAWAN”

“ 7 TABIAT YANG MENUNJUKKAN ANDA MEMPUNYAI MINDSET LUAR BIASA SEBAGAI USAHAWAN”


Sering kali kita dengar setiap orang pasti mempunyai impian yang ingin dicapai dalam bisnes. Tapi tak semua orang mampu bertahan lama dalam bisnes.
 
Betul ke mindset dan mentaliti yang betul sangat penting lebih-lebih lagi dalam diri usahawan ?
 
Ya betul! Mindset yang betul akan mempengaruhi tindakan, usaha, dan tabiat yang cemerlang.Namun jika sebaliknya, kita akan ketinggalan dan masih berada ditakuk lama. Kebanyakan usahawan berjaya di luar sana adalah dahulunya bermula daripada orang biasa yang telah menggunakan minda mereka dengan cara yang luar biasa.

Kini pemikiran ini sebenarnya dapat menjadi modal awal seseorang ketika memasuki dunia perniagaan. Dengan memiliki pola pikir yang tepat, maka peluang anda untuk berjaya dalam dunia perniagaan akan menjadi lebih besar, bahkan anda sendiri mungkin tidak menyedari ketika anda mencapai puncak kegemilangan. 

Dari semasa ke semasa, pasti anda tertanya-tanyakan apakah tabiat yang menunjukkan bahawa anda sudah semakin hampir untuk mempunyai MINDSET USAHAWAN BERJAYA..
 
Jadi, kali ini saya akan bongkarkan “7 TABIAT YANG MENUNJUKKAN ANDA MEMPUNYAI MINDSET LUAR BIASA SEBAGAI USAHAWAN”
 
 
 
 
 
 1. SUKA BELAJAR DAN CINTAKAN ILMU
 
Mindset usahawan berjaya akan sentiasa bersedia untuk belajar ilmu baru dan sentiasa berusaha dalam pembangunan peribadi mereka sendiri.Mereka menghadiri seminar dan membaca lebih banyak buku lagi. Mereka mencari orang lain untuk berkongsi ilmu dengan mereka dan membina hubungan dengan orang-orang yang menyokong dalam membantu mengembang dan mengenal potensi diri.

Mereka mempunyai mentor yang baik dan bekerja pada cara-cara untuk menjadikan mereka lebih baik daripada biasa. Mereka berkembang setiap hari, dan tidak pernah gagal untuk menggunakan setiap kesempatan yang diberikan ke arah kebaikan.





 
 2. MENYAHUT DAN CINTAKAN CABARAN

Jika tiada cabaran, bagaimana anda nak belajar? Betul ke betul? Sebagai contoh, sekiranya anda ada satu produk tapi menerima banyak kritikan daripada pelanggan  berkenaan produk anda. Adakah anda hanya menerima kritikan itu sebagai pematah semangat anda? Usahawan berjaya akan bersedia dan anggap cabaran ini untuk  membantu memperbaiki lagi perniagaan mereka di masa hadapan. Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi cabaran baru dan pergi dengan berani di mana tiada siapa yang pernah lakukan sebelum ini.

Apabila berhadapan dengan masalah, ramai usahawan cuba elak dan lengahkannya. Sebenarnya dengan adanya cabaran, ia mendorong mereka untuk bekerja lebih keras. Seorang usahawan tidak boleh menjadikan kegagalan itu sebagai satu masalah yang tak dapat diselesaikan, sebaliknya mereka patut menjadikan masalah itu sebagai pembakar semangat untuk naik kembali dalam perniagaan.
 



 
 

 3. BERANI AMBIL TINDAKAN 

Seorang usahawan berjaya mempunyai mentaliti yang sentiasa mengambil tindakan dengan keadaan di sekelilingnya. Usahawan yang berjaya sedar mereka tidak mampu untuk mengubah sesuatu yang telah berlaku dan mereka juga tidak boleh memberi jangkaan yang tepat tentang apa yang akan berlaku di kemudian hari.Namun mereka boleh melakukan tindakan untuk masa sekarang sebagai usaha untuk menjadikan hari esok lebih baik untuk mereka.


Mereka mempunyai perancangan serta matlamat yang jelas untuk dicapai. Jalani usaha-usaha kecil setiap hari dengan tindakan yang pantas untuk capai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan berjaya juga tidak boleh menunggu sesuatu sehingga sempurna sebelum melakukan tindakan. Mereka mulakan hari ini dan perbetulkan ia dari semasa ke semasa. Mereka mulakan  langkah kecil untuk cipta kejayaan dan langkah yang lebih besar.
 




 

4. BERDISIPLIN DAN BERWAWASAN TINGGI

Usahawan yang berjaya mempunyai keazaman yang sangat besar. Mereka berazam untuk menjadikan idea-idea mereka bekerja, tidak kira bagaimana sukar. Mereka berazam untuk memupuk idea-idea mereka dan biarkan mereka berkembang. Mereka bermula dengan impian apa yang mereka benar-benar mahu capai dan mereka menetapkan matlamat dan objektif yang jelas.


Dari situ, mereka menyusun strategi, merancang dan bertindak ke atas apa yang mereka mahu capai. Mereka memberi inspirasi kepada orang lain dalam memberi tumpuan untuk mencapai keputusan.Usahawan berjaya juga cemerlang dalam  perkara yang dilakukan, kerja keras dan ada dedikasi yang tinggi. Mereka bangun awal, bekerja lewat dan tidak pernah berputus asa sehingga mereka mendapat apa yang mereka mahu.
 







5. MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI DAN KOMITMEN YANG TINGGI

Keyakinan diri mereka dan kepercayaan dalam idea-idea mereka membolehkan mereka untuk berjaya. Mereka percaya kepada keupayaan mereka untuk berjaya dan teruskan ketika orang lain meragui idea-idea mereka. Mereka percaya mereka boleh membuat ia berfungsi dan tidak pernah membenarkan keadaan sekeliling untuk meletakkan had ke atas potensi diri mereka.


Mempunyai komitmen tinggi adalah sikap yang sentiasa tertumpu kepada perniagaan yang dijalankan. Usahawan berjaya sentiasa berusaha untuk memperoleh hasil yang terbaik mungkin dengan sumber daya seminimal mungkin. Untuk mempunyai komitmen tinggi terhadap perniagaan yang dijalankan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan datang begitu saja dengan tiba-tiba, akan tetapi perlu dibina, dibangunkan dan diusahakan untuk mencapai kemajuan.
 



 

6. BANYAKKAN MENDENGAR DAN SABAR HADAPI KRITIKAN

Pelakon Jessica Alba, pengasas dan presiden Santa Monica, Calif – The Honest Company, yang menjual produk bayi, rumah dan penjagaan diri, menyatakan bahawa pentingnya seseorang usahawan itu untuk berada di kalangan orang yang lebih pintar dari anda untuk mendengar idea dari mereka. Kerana baginya, kejayaan itu bermula dari komunikasi, kerjasama dan kadang-kadang kegagalan itu yang akan merubah perniagaan menjadi yang terbaik.


Tiap kali mendepani kritikan daripada orang sekeliling, mereka akan ambil masa untuk dengar dahulu dan bersabar. Gunakan ‘reverse psychology’. Usahawan berjaya akan menganggap setiap kritikan itu sebagai peluang untuk buktikan bahawa mereka boleh menjadi orang berjaya pada masa hadapan. Kritikan itu sudah menjadi normal vibes yang akan sentiasa hadir dalam perjalanan sebagai usahawan. It is time to make them see who you are!







6. BERFIKIRAN JAUH DAN UNIK

Usahawan  adalah mereka yang berinovasi, sanggup mengambil risiko dan menghasilkan idea idea baru untuk mencipta penyelesaian masalah masa hadapan. Mereka juga mampu membantu organisasi dalam membuat keputusan yang matang dan menghasilkan idea-idea baru dalam mengambil peluang yang ada untuk maju ke hadapan. Adakah anda salah seorang usahawan yang mempunyai tabiat seperti ini?


Renung-renungkan dan selamat maju jaya!
Nak lihat lebih banyak tips bina bisnes berjaya? ☟

https://t.me/Bisneszero2hero
 
#narinarsquad
#usahawannarinar
#jomberjayabersamanarinar
Back to blog