7 Tips Dapatkan Tidur Berkualiti .

7 Tips Dapatkan Tidur Berkualiti .

7 Tips Dapatkan Tidur Berkualiti .

Bilik tidur adalah ruang persendirian yang memiliki suasana berbeza bagi setiap personality diri anda. Setiap manusia mempunyai mood yang dipengaruhi oleh ruang sekeliling. Ada yang suka bilik tidur yang terang, warna-warna yang ceria dan lapang memberi mood keceriaan. Ada juga yang mempunyai bilik tidur simple dan minimalist dan banyak lagi kategori mengikut citarasa diri sendiri .

Pernahkah anda perhatikan bagaimana warna boleh menjejaskan mood anda? Apabila mempertimbangkan idea-idea cat bilik tidur, pilihan bilik warna bilik tidur yang betul akan membuat perbezaan yang besar dalam perasaan anda. Psikoterapi terkenal Carl Jung mempelopori konsep psikologi warna. Dia berminat dengan sifat dan makna warna dan percaya bahawa seni berwarna-warni mempunyai potensi sebagai alat untuk psikoterapi.

Walaupun terdapat peraturan tentang warna apa yang terbaik untuk bilik tidur, setiap orang mempunyai pilihan dan citarasa mereka sendiri. Anda mungkin tertarik dengan warna yang tidak dijangka yang sifatnya anda perlukan lebih banyak dalam hidup anda. Lupakan peraturan tradisional, pilih warna yang anda suka dan cat dinding anda.

Ruang sekeliling memainkan peranan untuk anda terlebih tidur tetapi tidak berkualiti berbanding meminimakan tidur dan meningkatkan kualiti tidur dengan lebih baik.

Jom kita tengok tip yang bakal membantu anda mendapat tidur yang berkualiti.


1) KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN .

Kafein dapat menyebabkan insomnia.Tubuh dapat dengan cepat menyerap kafein, tetapi juga dapat menghilangkan dengan cepat. Kafein dimetabolisme melalui hati, memerlukan sekitar 5 hingga 7 jam untuk menghilangkan separuh kafein dari tubuh. Pada umumnya, pengambilan kafein dipagi hari tidak mengganggu tidur pada malam hari. Pengambilan kafein 6 jam sebelum tidur untuk mencegah terjadinya insomnia. Seseorang yang lebih sensitif dengan kafein, tidak hanya mengalami insomnia tetapi juga kesan sampingan menyebabkan jantung berdegup laju dan juga gangguan pencernaan. 


2) JAUHKAN GANGGUAN YANG MENYEBABKAN SUSAH TIDUR.

Tidurlah dalam lingkungan yang nyaman. Jauhkan barang-barang yang mengganggu ketenangan tidur kita seperti television, video games, handphone, dan komputer. Pastikan kita selesa dan nyaman dengan suhu ruangan bilik. Warna bilik dan kecerahan bilik juga memainkan peranan penting .


3) Dapatkan tidur malam yang baik dengan Aromaterapi Essential Oil.

Aromaterapi, yang dihasilkan ekstrak daripada minyak pati yang berasal dari tumbuh-tumbuhan. Minyak Pati Aromtaerapi juga digunakan selama berabad-abad untuk merawat pelbagai masalah kesihatan fizikal dan emosi. Walaupun masih belum banyak penelitian yang dilakukan ke atas keberkesanan rawatan aromaterapi, banyak kajian kecil telah membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan kebimbangan dan meningkatkan kualiti tidur.

Contoh Minyak Pati Aromaterapi untuk meningakat kualiti tidur dan mengurangkan tekanan adalah Lavender, Bergamot,Sweet Marjarom, dan banyak lagi .


4) Selaraskan jadual tidur anda. 

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari (termasuk hujung minggu). Jangan anggap bahawa anda boleh gantikan kekurangan tidur anda dengan masa tidur yang lebih panjang pada masa anda tidak bekerja. Tidur tambahan pada hari cuti mungkin boleh mambantu anda berasa lebih baik, tetapi, ia boleh merosakkan rithma bangun-tidur badan anda.


5) Elakkan hidangan yang berat beberapa jam sebelum tidur (snek ringan boleh diambil)

Amalan makan malam sebelum pukul 7 amat popular dalam kalangan orang yang berdiet. Amalan ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat menghalang kita dari makan terlalu banyak sebelum tidur.Makan sebelum pukul 7 telah lama diamalkan oleh masyarakat Cina. Ada banyak manfaat makan malam awal yang ramai tidak tahu.

Elakkan makan sebelum tidur! Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa makan pada waktu kita sepatutnya tidur hanya akan bawa mudarat kepada kesihatan badan.Kami faham bahawa ramai yang sibuk dengan kerja. Tapi elakkan menunda-nunda waktu makan sehingga anda terpaksa makan sebelum waktu tidur.

Individu yang makan lebih banyak pada lewat malam didapati lebih sukar untuk tidur berbanding individu yang makan lebih awal.Apabila anda makan lewat malam, sistem penghadaman anda terpaksa bekerja lebih keras ketika anda tidur.Ini akan buatkan anda sering terjaga ketika malam. Tidur yang tidak lena membuatkan anda merasa lebih penat ketika bangun tidur keesokan harinya.


6) Mandi air panas sebelum tidur.

Waktu yang bagus untuk mandi air panas adalah 90 minit sebelum tidur. Masa yang diambil untuk relax dan mengubah suhu badan kembali normal. Ketika suhu tubuh turun, maka secara automatik tubuh akan mengirimkan signal ke otak masa untuk tidur dan anda jadi mengantuk.

Kenapa harus air panas? Selepas mandi, suhu tubuh akan meningkat sehingga membuat anda lebih segar dan aktif. Di sisi lain, air panas juga berkhasiat membantu tubuh dan fikiran menjadi tenang. Dalam masa yang sama suhu badan akan menurun ke paras normal . Sistem tubuh lebih tenang dan bersedia untuk tidur yang lebih berkualiti.


7) Bersantai sebelum tidur (contohnya, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan).

Buku adalah jendela dunia. Otak bekerja lebih keras pada malam hari. Mengapa demikian? Saat anda beristirahat dan tidur, semua energi anda dapat difokuskan pada otak. Maka anda akan mengingat jauh lebih baik. Ditambah lagi, orang cenderung lebih fokus pada malam hari. Jadi memanfaatkan membaca dan belajar sesuatu yang bermanfaat sebelum tidur sangat menguntungkan. Ketika hendak melakukan ujian atau mempersiapkan perbentangan, anda lebih tenang semakin matang dengan membaca buku sebelum tidur.

Back to blog