Anak-anak masa kecil memang comel. Bila dia dah mula bercakap anda dah mula suruh diam. Bila dia dah mula berjalan, anda akan suruh dia jangan nakal.
Tak salah pun sebenarnya bila anak berlari dan menjerit sebab mereka kanak-kanak. Apa yang penting ialah bagaimana anda mengendalikannya.
- Tetapkan had
Cuba tetapkan had pada anak. Jangan terima apa sahaja yang mereka cakap dan mahu. Dengan had yang diberikan, memupuk anak jadi bertanggungjawab di masa hadapan. Fahamkan anak bahawa sikap buruk mereka ialah salah dan tidak patut diteruskan.
- Biarkan anak menjadi kanak-kanak
Masa kanak-kanak ialah masa mereka tak kenal erti TAKUT. Biarkan mereka cuba sesuatu yang baru seperti permainan baru, makanan baru dengan pemantauan anda. Anak akan jadi lebih berani dan akan meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri mereka.
- Jelaskan pada mereka kesan tindakan
Beri anak kesedaran bahawa apa-apa yang mereka buat akan ada kesannya. Mereka perlu faham perangai buruk mereka akan menyebabkan mereka meneriba kesan yang lebih buruk seperti didenda.
- Jangan jerit
Jika anak anda menjerit, jangan jerit kembali sebagai cubaan untuk tenangkan keadaan kerana cara itu akan buat anak anda lebih degil.
- Jangan lepaskan rasa kecewa pada anak
Jika anda berada dalam mood yang tidak baik jangan lepaskan kemarahan atau kecewa pada anak. Cara ini akan buat anak menjauhkan diri dari anda.
- Sediakan rutin untuk anak
Sediakan rutin harian seperti mandi pukul 6 petang, makan di meja makan atau susun kasut sendiri. Cara ini akan buat anak lebih berdisiplin dan kurangkan masa anak untuk mengamuk.
- Berikan perhatian
Kanak-kanak memang mahukan perhatian. Perangai buruk yang mereka tunjukkan semata-mata untuk dapat perhatian anda, orang yang mereka sayang. Berikan perhatian masalah yang mereka sedang hadapi dan dengar apa-apa yang mahu mereka kongsikan.
Menangani kanak-kanak nakal memang sukar tetapi jika anda cuba untuk memahami anak dengan baik, mereka sebenarya sangat baik menjadi penyejuk mata dan hati.