8 TIPS ATASI ANAK MENGAMUK ATAU TANTRUM.

8 TIPS ATASI ANAK MENGAMUK ATAU TANTRUM.

Mengatasi anak mengamuk bukan perkara mudah. Tajuk kali ini adalah bagaimana kita mengawal anak yang mengamuk. Dalam kata lain, cara hadapi masalah bila anak ‘throw a tantrum’.

Tindakan serta cara kita mengendalikan anak sangat penting dalam pembentukannya. Sindrom mengamuk sering berlaku di kalangan kanak-kanak kerana ini juga salah satu cara mereka berkomunikasi.

Anak-anak kecil berusia lingkungan bawah 4 tahun ini masih rendah tatabahasa dan bilangan perkataan yang diketahuinya. Cara mudah dan cepat untuk dia memberitahu sesuatu adalah dengan menangis dan mengamuk.

Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ada di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Hanya ibu bapa sendiri yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk.


1.IBU BAPA PERLU BERSIKAP LEBIH TENANG SEBELUM HANDLE ANAK TANTRUM

Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.

Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, “Eh, takkan mak aku tak marah pulak ni”. Ini namanya reverse psychology.
Pastikan juga suasana rumah dalam keadaan tenang untuk kita sebagai ibu bapa bertindak dengan tenang.

2. CUBA PUJUK

Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi.

Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian!

3. ALIHKAN FOKUS ANAK

Andaikan kita pergi ke hypermarket untuk berbelanja, contohnya Giant atau Tesco. Anak pula sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu.  Kadang-kadang, benda yang dia minta itu mengarut.

Dan lagi, jika kita tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya.Apa perlu buat? Cepat-cepat alihkan perhatiannya. Fokuskan pada perkara yang lain. Pujuk akan ambil masa. Bawa dia ke bahagian yang lain. Jangan pula alihkan fokus dengan menunjukkan sesuatu yang lebih menarik.

4. SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM)

Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama.

Kalau dia betul-betul inginkan benda yang sudah lama diidamkan, tentu sekali dia akan ikut kata kita.

5. BIARKAN SAHAJA!

Kes ini selalu terjadi bila anak nampak lollipop. Dia berkeras mahukan gula-gula. Jika pujukan tidak menjadi dan anak kita terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia.

Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling!

6. NASIHAT

Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, kita belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata.

7. BERSIFAT TEGAS

Sesekali kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa kita akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.

8. PERSEDIAAN SEBELUM MENGAMUK DENGAN AROMATERAPI ESSENTIAL OIL.

Ibu -bapa semesti sudah memahami sikap anak-anak. Bagi mengelakkan keadaan mengamuk atau mood swing ketika hendakkan sesuatu atau tidak dapat sesuatu dengan menggunakan minyak pati aromaterapi . Ini bertujuan mengawal rasa marah, berikan ketenangan pada anak dan kurangkan emosi yang sedih dan kecewa ketika tidak dapat sesuatu.

Back to blog