Ramai ibubapa diluar sana yang rasa susah nak travel bila dah beranak pinak. Selalu bagi alasan tak boleh nak travel sebab ada anak. Susahla bawa anak, lecehla bawa anak. Malas nak packing la atau 1 rumah dan rumah jiran sekali kene bawa. Akhirnya memilih untuk tidak travel.
Sayang sangat sebab travel sebenarnya sangat baik untuk emosi dan intelek anak. Masa kecil ni la dia mampu absorb segala ilmu dan belajar lebih banyak melalui pemerhatian dan pendengaran. Travel pula ke kota bersejarah yang ada ulama macam Madinah, Bosnia, Turkey.
Mana tau dapat rezeki didoakan oleh ulama di sana kan. Lagi pun masa travel kan doa mustajab. Kenapa tak berdoa untuk dipermudahkan travel berbanding memilih duduk di rumah?
Ini 9 tips yang wajib anda tahu dan buat persediaan sebelum travel dengan si comel.
1. Pilih tempat yang sesuai
Kita pilih sesebuah tempat untuk travel itu sebab itu impian kita masa kecil kan. Jadi kene pastikan rumah yang bakal kita tinggal tu boleh bawa anak kecil atau tak.
Jika dalam kereta perlu ada child car seat, kene sediakan lah. Kita perlu tahu sahaja. Tiada yang luar biasa sebab tempat tu pun ada anak kecil kan. Jadi for sure kita dan anak boleh survive juga.
2. Bilangan hari / jam
Kita sendiri tahu waktu tidur anak kita. Pastikan itinerary kita ikut waktu tidur anak. Kalau tak pun pastikan kita lakukan aktiviti yang berat seperti pergi memancing atau mendaki gunung di awal pagi semasa energy tengah tinggi.
Pada waktu petangnya pula boleh lakukan aktiviti santai seperti memandu jauh atau shopping pun boleh jika anak ada stroller untuk dia tidur.
3. Rancang awal untuk beli tiket
Bagi perjalanan yang menjadi kegemaran ramai seperti Indonesia, Korea, Jepun atau London, beli tiket terutamanya tiket flight lebih awal supaya anda boleh memilih tempat duduk yang berdekatan antara satu sama lain.
Bagi tiket masuk ke tempat pelancongan, boleh beli online jadi anda tidak perlu beratur panjang dengan anak-anak di pintu masuk tempat pelancongan seperti taman tema, akuarium dan sebagainya.
4. Budjet / Perbelanjaan
Untungnya travel dengan anak kecil ialah bab makanan. Mereka tidak memilih makanan. Asalkan makan on time dan makan cukup dah memadai untuk mereka.
Bab tiket seperti tiket flight digalakkan beli lebih awal kerana anda boleh dapat tawaran yang lebih menarik. Untuk si kecil jangan bimbang kerana tiada caj dikenakan untuk anak yang duduk diriba anda.
Dapatlah photo 1 keluarga di dalam salji.
5. Buku & Permainan
Bila travel terlalu lama mungkin boleh buat anak rindu dengan rutin hariannya. Bawa buku atau permainan kegemarannya supaya dia tak rasa 'rindu' pada teddy di rumah.
6. Pakaian yang selesa & sesuai
Pakaian yang terbaik semasa travel bukan sahaja nampak cantik dalam gambar tapi perlu juga selesa dan selamat untuk anda dan si comel.
Pilih pakaian ikut musim dan keadaan. Contohnya pakaian yang mudah ditanggalkan bila dalam flight yang panjang. Pastikan cukup tebal supaya anda dan si comel dapat tidur dalam suhu yang tidak terlalu sejuk.
Pilihlah kasut dan stokin berbanding sliper atau sendal.
7. Bawak bekal makanan kesukaan si manja
Kalau kita ada anak yang memilih makanan, bawa makanan kegemarannya. Pek kan siap-siap supaya mudah terus makan bila diperlukan. Tunjukkan pada anak ini je yang ada makanan kegemarannya. Makan dengan jimat. Hee
Masa travel inilah mereka dapat kenal makanan baru. Beri mereka rasa makanan tempatan yang mungkin boleh jadi makanan kegemaran mereka pula.
8. Stroller atau Babywearing
Penting untuk ada dua 'pembantu' ni. Stroller bukan sahaja boleh kita rehatkan bahu dari berdukung anak tapi boleh dijadikan tempat tidur anak yang selesam semasa kita on the go.
Babywearing pula buat si comel tidur dengan selesa di dalam flight. Kita nak makan atau membaca pun senang bila tangan bebas dari mengendong anak.
9. Ubatan & First Aid kid untuk si manja
Sediakan payung sebelum hujan. Bawak first aid kit yang elegant macam anda iaitu NARINAR Roll On Safari Series yang baru sahaja dilancarkan. Siri ini terdiri dari 4 jenis cukup untuk masalah common anda dan si manja. Baca lagi di sini
Klik sini utk dapatkan sekarang atau terus klik konsultan untuk bercakap dengan konsultan NARINAR.